"Failed lagi!" Suara saya bergetar menelefon suami.
Saya cuba tahan air mata daripada keluar, tapi tidak berjaya. Dalam hujan, saya berjalan lesu ke platform kereta api untuk pulang ke rumah. Ini kali ketiga saya pulang sendiri setelah gagal dalam ujian memandu.
"Dah tua-tua macam ni ambik lesen kereta. Memang takdak keje!" Menyumpah-nyumpah suara dalam kepala, tanda protes tidak puas hati. Paling best kali ni, saya tidak sempat langsung masuk ke dalam kereta. Tidak sempat pun nak start enjin kereta, dah gagal cemerlang!
"I'm sorry mam, you don't have personal ID. I cannot let you take the test today." Macam petir saya dengar kata-kata pemeriksa.
"But...I have these," balas saya masih berusaha memujuk pemeriksa berdarah Arab, masih muda belia.
"Come on, this is not my first time...I've been here two times before and i brought my passport. No one asked about it." Saya masih tidak berpuas hati dengan pemeriksa cerewet itu.
Pemeriksa masih berkeras dengan keputusannya, saya terpaksa pulang dengan hati bernanah.
Kali pertama dan kedua gagal, bukan disebabkan tidak bawa pasport. Pemeriksa memang tidak berpuas hati dengan cara saya memandu, kononnya ketat, tidak relaks, terlalu banyak fikir, dan not a second nature. Bagaimanalah nak relaks kalau dia asyik 'conteng' atas kertas periksa? Huh!
Tapi kali ini, sebab tidak bawa pasport! Hati panas tiba-tiba. Bukan senang hendak dapat slot ujian memandu. Tunggu hampir tiga bulan untuk dapatkan waktu dan masa yang sesuai. Senang-senang sahaja pak Arab ini cancel sebab tidak bawa pasport. Padahal saya bawa lesen memandu Malaysia, prove of age, kad medicare...cuma tidak ada pasport!
Sampai di rumah, suami memeluk dan memujuk, "Belum rezeki nak lepas, jangan sedih sangat okey!"
"Senanglah cakap jangan sedih...ini kali ketiga tau! Setiap kali nak ambik periksa, I tak boleh tidur malam sebab stres. Nak telefon, book slot lagi, nak bayar lagi, nak tunggu tiga bulan lagi...!" Saya terus membebel meluahkan panas hati yang membara.
Suami diam tidak berbunyi. Agaknya dia bagi peluang saya sembur lava api dari dalam badan.
YOU ARE READING
Moving Out
Non-FictionApabila kami membuat keputusan untuk berhijrah, ramai yang menentang hajat ini. Ahli keluarga, rakan taulan, dan jiran sebelah rumah. Tanya mereka, "Apa lagi yang kami cari?" Sebuah soalan yang memungkinkan seribu satu jawapan. Kewujudan buku in...