Ikut.

2.9K 205 4
                                    

Saifiyah bangun awal pagi itu. Entah kenapa rasa mengantuknya hilang tiba-tiba selepas subuh tadi. Selalunya lepas subuh dia akan berbungkus kembali. Tapi pagi ini tidak. Segar bugar dan bertenaga.

Dia keluar dari bilik tidur menuju ke dapur. Keadaan di luar masih lagi gelap. Jam menunjukkan pukul 5.45 pagi. Nescafe 3 in 1 di bancuh dengan cermat. Kemudian dia melenggang ke ruang tamu. Rumah Paklongnya boleh dikatakan agak besar. Asalnya rumah ini adalah sebuah surau kampung. Tapi ingin dirobohkan untuk membuat surau baharu di tapak yang baru. Jadi paklongnya membeli lalu mengubah suai sedikit di bahagian dalamnya lalu jadilah sebuah rumah.

Saifiyah mencapai novel M.A.I.D yang baru dipinjamnya dari Chekmi kelmarin. Helaian pertama dibuka dan mula membaca dengan penuh khusyuk.

"Huh." Sesekali Saifiyah menjuih bibirnya apabila tiba di babak yang menjengkelkan hatinya. Yang sebenarnya di sudah tahu apa kesudahan cerita itu. Sudah pun dimainkan di kaca tv. Tapi membaca dengan menonton tak sama rasanya. Itu yang membuatkan dia meminjam novel tersebut.

♾♾♾♾♾♾♾♾

Maisarah termenung seorang diri di tangga rumahnya. Bunyi motorsikal abangnya yang membingit tidak di pedulikannya. Dia dalam dunianya sendiri.

Murad sesekali menjeling ke arah adiknya. Wajah yang pucat itu di pandang lama. Motorsikal dimatikan. Dia melangkah menuju ke arah Maisarah.

"Dik?" Tegur Murad.

Tiada balasan. Kaku.

"Oi dik?" Suaranya dikuatkan sedikit. Tangannya di gawangkan di hadapan muka adiknya.

Masih lagi kaku. Matanya merenung ke arah yang sama.

Murad garu kepala.

Ni dah pasaipa pulak dah ni?

"Hoi Dik!!! Mamun ka?!!" Bahu Maisarah di tolak kuat. Maisarah terkejut.

Dengan tak semena-mena leher Murad di cekiknya.

"Aaaaaarrrrrrrggghhhhh!!!" Jeritnya. Murad tidak dapat menyeimbangkan dirinya di tangga lalu terjatuh ke tanah. Pegangan tangan Maisarah terlepas dari lehernya.

"Hoi!! Gila ka??!" Jerkah Murad.

Maisarah tersenyum-senyum di tangga. Lidahnya sesekali terjelir ke luar. Matanya terbeliak besar.

"Maaakkkkk!!!" Jerit Murad. Ada sesuatu yang tak kena pada adiknya. Murad bangun sambil menepuk-nepuk punggungnya.

"Makkkk....!!!" Jerit Murad lagi.

"Ha...apadia? Dok jerit-jerit pasaipa?" Zulaikha tiba di muka pintu.

"Tu adik tu. Tiba-tiba ja cekik orang. Ni tengok ni?" Lehernya yang berbekas merah di tunjuk pada ibunya.

Zulaikha memandang Maisarah dengan kehairanan. Maisarah tersenyum.

"Betoi ka adik buat macam tu?" Soal Zulaikha.

Maisarah masih lagi tersenyum. Semakin lebar senyumannya. Agak menyeramkan bagi Zulaikha.

"Betoi....adik benci tengok abang. Dia suka buat bising. Sebab tu adik cekik dia. Biaq aman sikit dunia ni. Hahahahaha...."

Zulaikha dan Murad terkejut besar. Maisarah mengilai di tangga rumah.

"Benci sangat ka hang kat aku?" Soal Murad lagi.

Maisarah yang sedang ketawa terhenti ketawanya. Menangis pula.

"Aku tak buat macam tu pun..aku tak tau jadi apa kat aku..tolong aku abang..huuuu" Maisarah menagis.

Zulaikha berlari ke dalam rumah untuk menelefon suaminya. Jantung berdegup laju. Entah apa yang menimpa anaknya sekarang ini. Bingung jadinya.

♾♾♾♾♾♾

Saifiyah tersengguk-sengguk menghadap novel. Akhirnya dia kalah juga. Matanya pejam dengan novel menimpa mukanya.

Maziah menggeleng kepala melihat anak saudaranya yang terlentang dengan novel menutup muka itu. Dia menuju ke dapur. Mustafa akan pulang dari masjid tak lama lagi. Sarapan harus di sediakan secepat mungkin.

Sedang dia sibuk memasak Saifiyah melintasinya lalu masuk ke tandas. Maziah hanya memandangnya sekilas. Tangannya ligat berkerja.

Bunyi motorsikal milik Mustafa tiba di gegendang telinganya.

"Assalamualaikum!" Mustafa masuk dengan songkok di tangan. Kunci motorsikal disangkut pada paku di belakang pintu.

"Peah? Oo Peah."

Maziah kehairanan.

"Peah dalam bilik air,bang." Sahut Maziah dari dapur.

"Bilik air apa tu yang dok terkangkang atas sofa tu sapa?" Mustafa menjuih bibir ke arah Saifiyah yang terlentang di sofa.

Maziah terkejut. Pucat wajahnya ketika ini. Perlahan-lahan dia memusingkan wajahnya ke arah pintu tandas. Pintu tandas terbuka luas di hadapannya. Patutlah semasa Saifiyah masuk ke dalam tandas dia tidak mendengar sebarang bunyi. Bunyi pintu di tutup pun tiada.

Maziah mengurut dadanya. Penyakit semputnya datang tiba-tiba.

"Eh,eh...pasaipa pulak dah ni?" Mustafa menyambut tubuh isterinya yang mahu tumbang. Maziah di dukung lalu di baringkan di katil. Ubat semput isterinya dicapai lalu di suakan ke bibir isterinya.

"Kenapa ni? Tiba-tiba ja mai semput." Soal Mustafa. Tapak tangan Maziah di picit lembut.

Maziah terhendap-hendap ke arah pintu bilik.

"Tadi masa saya tengah masak,saya nampak Peah lalu belakang saya masuk tandas. Tak lama lepas tu abang balik abang kata Peah tidoq kat depan tu. Saya pun pelik la.. Sebab Peah tak keluar lagi dari tandas."

"Habis tu? Yang mai semput ni pasaipa?"

"Saya terkejut ja..sebab saya baru perasan yang masa Peah masuk tandas tu saya tak dengaq bunyi apa pun. Bunyi pintu tutup pun tak dengaq,bang. Bunyi ayaq jatuh pun tak dak. Tu yang mai semput tiba-tiba tu.." Terang Maziah panjang lebar.

Kening Mustafa terangkat akibat terkejut.

"Saya takut yang Toksu punya mai ikut kita bang..." kata-kata Maziah membuatkan Mustafa hilang kata-kata. Kata-kata Maziah tepat seperti apa yang difikirkannya.

"Ish...takkanlah.!" Mustafa cuba menafikan. Walhal dalam hatinya sudah bercampur aduk pelbagai perasaan.

"Abang..jom kita pi cari Pak Ngah. Kot dia boleh mai tengok." Cadang Maziah. Mustafa hanya menganggukkan kepala.

"BAMM!!!"

"Allah!" Serentak Maziah dan Mustafa menyebutnya. Pintu tandas di hempas dari dalam. Seolah-olah ada sesuatu di dalamnya.

"Abang....." Maziah terketar-ketar ketakutan.

PewarisWhere stories live. Discover now