CHAPTER 54- SELAMAT TINGGAL

613 40 7
                                    

"Dato', kami dah tangkap dah perempuan ni. Haah, dia ada dah dengan kami," sayup-sayup kedengaran perbualan seseorang. Aku berusaha untuk membuka mata dan bergerak. Tapi tanganku dah diikat ke belakang dan mulutku dah ditutup dengan sallotape hitam.

Aku membuka mata meskipun terasa berpinar-pinar. Aku memandang sekeliling. Yang ada cuma katil tempat aku dibaringkan dan kerusi tempat lelaki yang sedang berbual dalam handphone tu.

Aku meronta-ronta dan menjerit-jerit walaupun suaraku terkolom sendiri. Lelaki yang membelakangiku tadi terus menoleh ke aku.

Lelaki ni! Desis hatiku. Ya, dialah lelaki yang meragut kesucian aku semalam dan menuduh aku tidur dengan dia. Apabila melihat aku terkejut melihatnya, dia tersengih sinis.

"Dato' jangan risau. Saya tahu buat kerja saya. Yang penting, semuanya berjalan seperti apa yang dirancangkan," katanya lagi.

Dia bangun dan berjalan ke arah aku. Tangannya mengelus-mgelus muka aku. Aku mengelak dari mukaku disentuh tangan kotornya itu. Melihat aku mengelak sentuhannya, dia ketawa lagi.

"Ya, perempuan ni tak kan muncul depan anak Dato' lagi. Malah, takkan ada dekat dunia ni lagi. Bila semua dah selesai, saya akan bagitahu Dato'," katanya sambil memandang aku dan tersengih sinis padaku. Seolah-olah dia hendak aku dengar semua tu.

Apa maksud dia? Aku takkan muncul depan anak Dato' tu lagi? 

Jangan cakap, orang yang dia call tu sebenarnya Dato' Ismail, ayah Abang Ian.

Dan jangan cakap, semua ni ulah Dato' Ismail. Sebab tak nak aku dekat dengan Abang Ian lagi.

Aku menitiskan air mata sekali lagi. Ya Allah, bencinya dia pada aku sampai tahap macam tu sekali? Hanya kerana aku orang biasa dan tak berdarjat seperti dia?

Aku ingat, cerita Antara Dua Darjat tu cuma kisah arahan P Ramlee sahaja. Hakikatnya, kay dunia ni memang ada orang yang memandang harta dan darjat sebagai ukuran manusia. Kejamnya manusia!

"Kau dengar kan tadi?" soal lelaki tu. Aku membuka mata perlahan-lahan. Dia sudah duduk di tepi katil.

"Kalau ikut pada perjanjian, aku kena bunuh kau harini jugak, waktu ni jugak."

Aku terus berdiam diri. Aku rela. Kalau itu memang takdir aku. Kalau dia memang nak bunuh aku, dan memang dah ditulis yang kesudahan aku begini, aku redha. Aku rela.

"Tapi sebelum tu, aku ada satu tawaran untuk kau," katanya lagi. Aku membuka mata.

"Kau ikut aku. Jadi perempuan simpanan aku. Kita tinggalkan Malaysia. Tapi kalau kau tak nak, terpaksa aku bunuh kau. Amacam?"

Jadi perempuan simpanan? Pergi mampus! Lebih baik aku mati dari jadi perempuan simpanan lelaki tak guna ni!

Aku ketawa sinis. Dahinya mengerut memandang aku.

"Apesal ketawa? Dah gila?"

"Lebih baik kau ambil pistol atau pisau ke. Bunuh aku sekarang," arah aku, tanpa basa-basi.

"Sah kau gila!"

"Kau ingat, aku nak serahkan diri aku pada kau? Aku lebih rela mati dari hidup dengan iblis macam kau!" jerit aku kuat.

Matanya mencerlung tajam memandangku. Sikit je lagi nak terkeluar biji mata. Aku membalas pandangan matanya tanpa rasa sikitpun takut. Kesah pulak aku!

"Kau jangan nak melawan aku. Hidup mati kau sekarang kat tangan aku!" jeritnya lagi. Jali ni tangannya sedang mencekak leher aku kuat. Aku terbatuk-batuk mencari oksigen.

"Kalau tu boleh puaskan hati semua orang. Kenapa kau nak simpan aku," jawab aku perlahan. Sekali lagi air mata aku mengalir.

Cengkaman tangannya semakin lemah, dan akhirnya dia lepaskan aku. Aku terduduk dibirai katil.

"Kau patutnya bersyukur sebab jumpa aku," katanya perlahan.

Aku salah dengar ke apa? Bersyukur? Aku dah rasa akulah orang paling malang kat dunia ni sebab jumpa orang macam dia. Dia kata, aku kena bersyukur?

Dia bergerak ke meja dan mengambil sebilah pisau rambo. Nampaknya dia dah bulatkan hati untuk bunuh aku. Walaupun tanganku terketar, aku cuba untuk kuatkan diri dan redhakan hati.

Dia duduk di birai katil dan membuka ikatan tali di tanganku. Sikitpun aku tak melawan. Apa gunanya aku melawan kalau dah memang ternyata, tenaga dia 10 kali lebih kuat dari tenaga aku.

Kalau orang nak kata aku dah putus asa untuk hidup. Ya, mungkin betul. Aku tak kesah. Untuk apa aku hidup lagi sedangkan hidup aku memang dah musnah. Masa depan aku dah musnah. Aku dah tak suci. And of cause, takkan ada sesiapa pun yang nakkan aku. Abang Ian sendiri mentah-mentah tolak aku.

"Kau tahan sikit taw," katanya perlahan.

Dia mengambil telapak tanganku dan menghirisnya kuat. Aku menjerit menahan kesakitan. Darah laju mengalir dan membasahi bajuku.

"Darah ni adalah bukti bahawa kau dah mati. Aisy, kau takkan boleh balik lagi. Semua orang dah anggap yang kau dah mati," katanya perlahan, berbeza dengan tadi. Matanya memandang lembut padaku.

"Maksud kau?"

"Aisy Humaira' dah mati. Dan kau sekarang bukan lagi Aisy. Aku dah siapkan semua pengenalan baru kau. Lepas ni, kita akan pergi dari sini. Bina hidup baru kat tempat yang lain," jelasnya lagi.

"Aku tak nak ikut kau. Tolong, lepaskan aku," rayuku.

"Kalau dato' tahu yang kau masih hidup, dia akan bunuh kau dengan cara yang paling kejam. Dan kalau sampai keluarga kau tahu apa yang berlaku kat diri kau, atau sesiapa pun tahu, dato' takkan teragak-agak untuk bunuh semuanya. Termasuk ahli keluarga kau. Kau nak ke keluarga kau mati?" jelasnya perlahan.

Satu demi satu wajah ahli keluarga aku hadir dalam fikiranku. Mak, abah, along, dan Anis.

"Dato' takkan biarkan sesiapapun tahu kesalahan yang dia buat. Dia takkan biarkan sesiapapun jatuhkan dia," tambahnya lagi.

"Kenapa dia buat macam ni pada aku? Apa salah aku?"

"Bagi dia, kau cuma virus dalam keluarga dia. Sebab tu dia nak hancurkan kau," jawabnya lagi.

Patutlah. Dato' nak aku nampak buruk depan Abang Ian dan keluarga dia. Sebab tu dia upah lelaki ni untuk tidur dengan aku. Dan bila Abang Ian benci pada aku, senanglah dia nak bunuh aku. Jadi Abang Ian takkan cari aku kat mana-mana pun. Dan Abang Ian takkan kesah apapun yang terjadi pada aku.

"Habistu, kenapa kau tak bunuh aku je terus. Kan tuan kau suruh kau bunuh aku?"

Lelaki tu tak menjawab sebaliknya dia mencapai satu beg plastik di atas meja.

"Nah, pakai baju ni. Aku nak keluar kejap," dia mencampak satu plastik pink berisi pakaian ke arahku.

Aku merenung pakaianku yang dah terpalit darah merah dari telapak tanganku. Baju ni akan menjadi saksi bahawa aku dah tak dekat muka bumi ni lagi. Bermakna, aku dah mati. Dan aku dah tak boleh balik pada keluarga aku lagi. Hidup aku dah terkubur bersama baju ni.

"Aisy, pakai baju ni nak. Baju ni mak yang jahitkan untuk kamu. Ingatkan nak buat raya. Tapi alang-alang kamu kena pakai baju cantik-cantik, kamu pakai jela. Nanti mak buatkan yang lain," kata mak seraya memberikan aku dress merah yang sangat merelap. Excuse meh, mak aku taylor yang berwawasan lagikan verstile. Takat baju macam ni, ala celah gigi geraham dia ajelah.

"Cantiknya makkk..." mataku berpinar-pinar dek terkena silauan batu-batu yang bertaburan pada baju itu.

"Eh, mestilah. Mak yang buat, mestilah cantik," mak mula masuk lif tekan sendiri. Aku tersengih je tengok mak mengflipkan rambutnya ala-ala iklan syampoo Pantene.

Dan akhirnya, baju nilah yang akan menjadi tanda bahawa aku telah mati. Aku terpaksa ambil keputusan ni. Aku tak nak keluarga aku pun ikut sama nasib macam aku jugak.

Mak, abah, along, Anis... Jaga diri baik-baik. Kita akan selalu ingat pada kalian semua. Sampai bila-bila.

Selamat tinggal semua😢😢😢


8.54 p.m
Jumaat, 24/3/2017

Hurm...rase cm sedih je... Adela jugak reader walaupun sikit, tpi xde sape nak comment atau vote. Korang senanye x suka ke cite ni?😢😢 (sis emo)

LOVE LOCK (NOVEL MELAYU)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang