10 | Office

425 34 2
                                    

Namaku Tiffany, aku bekerja di sebuah perusahan kontrak, jam kerjaku 12 jam. Masuknya jam 6 pagi, balik jam 6 malam jadi setiap hari aku harus menunggu bas pukul 5.05 pagi. Perjalanan dari rumah ke tempat kerja memakan masa 15 minit sampai ke pejabat sekitar pukul 5.25 minit.

Suasana pejabat masih sepi, orang yang baru datang cuma aku. Semasa aku duduk dan menyalakan komputer, tiba-tiba aku ingin ke tandas untuk buang air kecil, samar-samar terdengar langkah kaki seseorang seperti menggunakan sandal. Kadang jauh, kadang dekat, aku sangat takut dan terkejut kerana aku orang baru di tempat kerja itu.

Tapi aku tidak mempedulikan suara itu, aku bergegas ke tandas. Aku turun ke tingkat dua dengan menggunakan tangga, aku terkejut kerana tingkat dua tersebut masih belum ada pekerja yang datang. Di pejabatku ada tiga tingkat, aku kerja di tingkat tiga. Kembali ke cerita, aku membuka pintu itu dengan tangan yang terketar - ketar, cahaya hanya berasal dari tandas, ketika aku melangkah memasuki tandas tersebut, terdengar suara seseorang menaip pada keyboard komputer.

Seperti ada orang yang sedang bekerja. Tapi saya berusaha tidak takut dan berfikir positif saja itu bos kerana bos berada di dalam ruangan. Tapi dengan perasaan yang curiga saya mendekati ruang bos, tetapi tidak ada orang disana. Aku cepat-cepat bergegas melangkahkan kaki untuk naik ke tingkat tiga. Suara keyboard itu terdengar sangat cepat dan keras.

Aku ketakutan dan berlari sangat laju, ketika aku naik ke tingkat tiga, aku belum melihat rakan kerja, terdengar lagi langkah kaki sangat laju kali ini seperti berlari di sekitarku. Ada pintu kecemasan yang menghubungkan ke tingkat satu. Aku berlari menuju ke tingkat tersebut, ketika aku sampai di tingkat satu, aku menceritakan kepada pekerja yang berada disana.

Mereka menganggap hal itu sudah sangat biasa. Mereka juga sering diganggu dan bahkan sudah melihat kewujudan hantu yang berada di tingkat dua dan tingkat tiga. Hantu di tingkat dua ialah sosok perempuan dan hantu di tingkat tiga adalah lelaki. Sedangkan di lantai satu adalah seorang nenek. Semenjak saat itu aku tidak mahu lagi pergi kerja terlalu pagi.

Thank you snowytaenggo sebab buatkan cover ni. Btw, lawa gila weyh😳♡

CreepypastaWhere stories live. Discover now