Bab 4: Mimpi

4.5K 300 14
                                    

5 TAHUN KEMUDIAN

Alyxie Dragsella Elvender.....

You are the light angles.....

You dance on the red flowers under the star and the moon.....

Come light queen, we are waiting for you....

Who make dreams come true.....

Who sing songs of the great power.....

Who believe in the magic.....

Who bring justice and happiness to the world.....

Because you are THE CHOSEN ONE.....

"Aarrgghhh!! Huff...huff..huff". Alyxie bangun dari tidurnya. Nafasnya tidak teratur. Dia seolah-olah baru selesai berlari. Jantungnya berdegup sangat kencang. Peluh sudah membasahi dahinya. Alyxie memandang sekelilingnya dan perasan rantainya bercahaya namun dia hanya melupakan situasi itu.

"Mimpi yang sama?? Tapi....kali ini berbeza. Seperti mendengar bisikan seseorang. Apa yang nak disampaikan ni??" kata Alyxie sangat perlahan. Bunyi loceng yang nyaring mengejutkan Alyxie daripada khayalannya. Tangannya bergerak-gerak mencari jam locengnya. Setelah mendapat apa yang dicarinya segera dia menutup jam itu.

"Hhmmm.....tak palah lebih baik aku bersiap"Alyxie segera masuk ke bilik air. Namun sebelum itu dia melihat kalender bersebelahan dengan bilik airnya. Alyxie pelik apabila melihat tarikh pada hari itu dibulat dengan pen warna merah.

"Kenapa aku bulat tarikh ni ye....sat....eehhh ni tarikh hari jadi aku!! Ehh betui ke kelender ni...ke dia kelentong aku?? Bukan dah lepas ka?? Hari ni ke....uncle dah tak ada.....so nothing special. Macam tahun sebelum ni..." kata Alyxie bersahaja. Dia masuk ke dalam bilik air. Tanpa disedari rantainya bercahaya tetapi sangat malap.

......................................................................

Alyxie berjalan menuju ke Supermarket. Setelah tiba di tempat kerjanya, segera Alyxie menyalin bajunya. Dia terus memulakan pekerjaannya sebagai promoter bahagian makanan ringan. Pelanggan yang datang pada hari itu sangatlah ramai kerana hari ini ialah hari cuti. Sedang Alyxie sibuk menyusun barang di rak, dia ditegur oleh seseorang. Tak lain tak bukan kawan baiknya iaitu Syera Vladimir.

"Oohh kawanku......kau tengah buat apa tu...." tanya Syera.

"Aku tengah berdangdut, nak join??"balas Alyxie.

"Tak funny lah.....macam ni kau layan aku Alyxie" kata Syera.

"Ye lah, sorry. Kau kenapa pandang aku semacam ni. Kau jangan macam-macam aku masih normal okay." kata Alyxie sambil memandang Syera yang sudah bercekak pinggang.

"Woi....aku pun normal...tak ingin aku dengan kau. Lainlah kau tu Jungkook BTS. Aku dah ngap tau" balas Syera yang sudah berangan-angan naik pelamin dengan idolanya. Tapi yang pasti Alyxie tak nak tolong Syera kalau kena serang dengan peminat Jungkook.

"Hhmm....ye lah aku siapa kan... hahaha" kata Alyxie dengan buat-buat sedih kemudian tergelak akan ayatnya. Syera yang melihat Alyxie hanya tersenyum. Timbul rasa kasihan terhadap kawannya sorang itu kerana umurnya masih muda lagi tetapi perlu bekerja untuk mendapatkan duit bagi menjalani kehidupan di bandar ini.

"Dah lah aku nak start kerja aku dulu nanti balik tunggu aku tau" pesan Syera kepada Alyxie. Alyxie hanya membalas dengan anggukan. Alyxie ingin menceritakan mimpinya kepada Syera namun dia tidak mahu kawannya berasa risau. Tanpa berfikir panjang, Alyxie terus menyambung kerjanya yang tergendala.

Gambaran untuk Syera Vladimir

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Gambaran untuk Syera Vladimir

THE LAST HEIR OF THE LIGHT KINGDOM (MALAY)Where stories live. Discover now