Chapter 28 (Final Chapter)

449 27 3
                                    


Dia berdiri memandang 8 tempat -berbentuk 4 segi- yang ada di situ. Dari dia tiba setengah jam yang lalu satu patah perkataan pun, tiada yang keluar dari bibirnya. Hanya air mata yang sesekali keluar apabila teringatkan tragedi hitam itu.

Badannya dibongkokkan tanda hormat.

"Korang apa khabar?"

Dia berjeda.

"Maaf..."

Dia diam.

"Maaf sebab aku... tak pernah datang sini."

Dia memandang tempat abu Sehun ditempatkan. Gambar Sehun terletak elok.

"Maaf sebab hyung tak pernah datang jenguk kamu, Hun.."

Dia menyeka air matanya.

"Maafkan aku.. aku tak pernah nak bantu keluarga kita. Malah, aku kurung diri aku dalam bilik. Tapi, aku tak sangka aku boleh jadi gila. Hah..!"

Dia berjeda. Dia senyum hambar.

"Aku harap, korang semua bahagia kat sana. Aku harap korang takkan merana lagi. Aku doakan, korang sentiasa gembira... tunggu kami.."

Dia ketawa kecil selepas mengucap perkataan 'tunggu kami'.

Tiba-tiba bahunya disentuh dari belakang. Dia menoleh.

Senyumannya diukir manis.

"Umin hyung, Suho hyung, Yeol."

Mereka senyum.

Xiumin: Luhan.

Dia senyum.

Suho: Dah?

Luhan mengangguk. Dia memandang gambar milik Sehun, Chen, Baekhyun, Lay, Kris, Tao, D.O dan Kai. Dia senyum. Air matanya mengalir lalu diseka dengan hujung jari.

Luhan: Selamat tinggal.. ada masa aku datang balik.. selamat tinggal, Hun..

Dia senyum nipis. Dia pandang Suho lalu mengangguk kecil tanda dia bersedia untuk pergi. Suho mengangguk. Mereka mula melangkah pergi.

"Walau aku mati sekali pun, benda ni akan aku ingat sampai bila-bila. Walau tiba kehidupan aku yang seterusnya. Aku harap kita semua akan bersama, untuk kecapi semua impian kita yang tak tercapai sebelum ni. Bogosipeoso.."-Suho, Xiumin, Chanyeol, Luhan

~*~

Luhan berdiri menghadap tasik di taman tempat Suho dan Hee Chul pergi dulu. Tangannya dimasukkan ke dalam poket seluarnya. Matanya terpaku ke hadapan, merenung air tasik.

"Selamat petang, Encik Luhan."

Satu suara menyapa. Dia menoleh. Kelihatan Hee Chul sedang berdiri tidak jauh darinya. Luhan hanya senyum lalu mengangguk kecil.

Hee Chul: Ada apa ya?

Luhan senyum.

Luhan: Saya nak jumpa awak, sebab saya nak ucap terima kasih.

Hee Chul senyum.

Hee Chul: Dah memang kerja saya.

Luhan menggeleng kecil.

Luhan: Apa yang awak buat, betul-betul buat kami terhutang budi. Terutama sekali saya.

Hee Chul diam tetapi senyumannya menghiasi bibir.

Luhan: Saya tak tahu macam mana nak balas budi awak.

Hee Chul: Eh! Tak.. Saya tak harap apa-apa.

Luhan diam. Di amatinya wajah Hee Chul lama. Hee Chul mula rasa janggal.

Luhan mula menaikkan tangannya ke wajah Hee Chul. Disentuhnya wajah Hee Chul. Beberapa ketika kemudian, dia menurunkan tangannya semula. Dia senyum pahit.

Luhan: Rupa awak, memang sama... dengan adik saya.

Hee Chul terkedu. Dia lihat mata Luhan mula berkaca. Dia mula sebak.

Luhan: Senyuman awak... sama dengan senyuman dia.

Setitik air mata jatuh ke pipi Luhan. Dia mula teringatkan Sehun.

Hee Chul: Anggap sahaja saya dia..

Luhan terkejut mendengar kata-kata Hee Chul. Tapi perlahan-lahan dia senyum lalu menggeleng.

Luhan: Tak ada yang boleh gantikan, Oh Sehun... Kang Hee Chul. Serupa, tak semestinya sama.

Hee Chul diam. Dia tundukkan kepalanya.

Hee Chul: Maaf. Saya tak bermaksud...

Luhan: Tak apa..

Hee Chul senyum kecil.

Hee Chul: Encik----

Luhan: Panggil saja saya hyung..

Hee Chul terkedu. Dia memandang Luhan dengan riak terkejut.

Luhan: Saya serius. Panggilan encik tu, agak janggal bagi saya. Lagipun, saya lagi tua dari awak. Jadi apa salahnya panggil saya 'hyung'?

Luhan senyum manis. Hee Chul masih lagi tidak percaya dengan apa yang dia dengar. Luhan senyum. Dia faham perasaan Hee Chul. Itulah apa yang dia dan Sehun rasa dulu bila Suho menyuruh mereka memanggilnya 'hyung', pada kali pertama mereka berkenalan.

Luhan: Saya faham perasaan awak. Dulu saya rasa apa yang awak rasa bila Suho suruh saya dan Sehun panggil dia 'hyung'. Memang agak janggal, tapi lama-lama dah biasa.

Luhan senyum. Perlahan-lahan Hee Chul mengukir senyuman.

Luhan: Mungkin kamu tak akan sama dengan Sehun.. tapi, sekurang-kurangnya kamu boleh kurangkan sikit rasa rindu hyung dekat dia. Hyung tak suruh kamu untuk jadi dia. Jadilah diri kamu sendiri. Hyung tak kisah.

Hee Chul mengangguk. Bibirnya mengukir senyuman.

Luhan mendepakan tangannya dan memeluk Hee Chul. Hee Chul tergamam. Pelukan Luhan semakin kuat. Tangannya perlahan-lahan naik membalas pelukan Luhan.

Entah kenapa, dia rasa selesa. Mungkin sebab dia sendiri tidak pernah rasa kasih sayang seorang abang? Mungkin?

Pelukan mereka berdua semakin erat. Air mata gembira mengalir ke pipi.

Dari jauh mereka diperhati..

"Baguslah..." dia senyum dan air matanya mengalir. Gembira melihat Luhan bahagia.

Tiba-tiba bahunya di sentuh.

"Sehun..?"

Dia menoleh.

Sehun: Kris hyung.

Kris senyum. Dia memandang ke arah Luhan dan Hee Chul. Bibirnya mengukir senyuman.

Kris: Dia nampak gembira.

Sehun senyum lalu mengangguk.

Sehun: Hun tumpang gembira, hyung.

Kris memandang Sehun. Dipeluknya bahu lelaki itu.

Kris: Kkokjeong hajima. Satu hari nanti, kita akan bersama semula.

Sehun senyum. Dia tahu itu.

"Aku harap, kau dapat buat hyung aku sentiasa gembira, Kang Hee Chul. Aku tak nak tengok dia sedih lagi. Xi Luhan hyung... kita jumpa nanti. Hun akan tunggu hyung. Tak kira berapa lama.. Hun tetap akan tunggu hyung.. Saranghae."-Oh Sehun

....TAMAT....

I'M SORRY [EXO-BTS] (COMPLETED)Where stories live. Discover now