~ BAB 54 ~

3.5K 91 0
                                    

Dania menghampiri kak ain yang sedang menulis sesuatu. Dania lalu menyergahnya dan membuatkan kak ain terkejut dan melatah. Dania tergelak nakal.

" amboi... Mentang-mentang baru balik honeymoon dah pandai naa. Untunglah orang tu berjalan sakan dekat phuket dengan suami tercinta. Kak ain dekat sini dilupakan. Ada souvenir tak? " soal kak ain sambil menghulurkan tangannya.

" of course... Nah. " dania menghulurkan satu beg kertas kepada kak ain.

" wow.. Apa ni? " soal kak ain gembira. Dania mendekatkan dirinya pada kak ain dan berbisik.

" bikini... " bisik dania.

" hei!! " teriak kak ain kecil. Dania tergelak kecil.

" kalau nak tahu, tengoklah nanti. Kalau dania bagi tahu nanti tak surprise lah. Apalah kak ain ni. "

" ye tak ye juga kan. Betul betul betul."

" buka dekat rumah tau. Jangan dekat sini. " arah dania dan menerima isyarat tangan ' okay ' dari kak ain.

" aku punya mana? Tak akanlah untuk kak ain seorang je. This is not fair. This world is not fair. You are not fair with a people in this world. " kata fahmi.

" dahlah.. Tak payah nak dramatic sangat. Ambil ni. " dania menyerahkan satu beg kertas kepada fahmi dan menerima senyuman lebar dari bibirnya.

" hah, macam ni lah. " fahmi tersenyum gembira.

Seseorang melintasi mereka.

" woi, kau nak pergi mana? Duit aku bila kau nak bayar? Masa tu, bukan main lagi kau ajak aku lunch. Last-last, aku yang kena bayar makan minum kau. Lepas tu esoknya, kau lari pergi siam. Bagus perangai kau. " bengang fahmi.

" eh, bukan kau belanja aku ke? " soal imran dan tersenyum.

" bila masa pula aku nak belanja kau? Kau yang ajak aku lunch sama-sama, lepas tu kau tak bawa duit. Aku tak kira. Duit aku mana? " fahmi menghulurkan tangannya.

" halal lah ye, bye. " imran berlalu pergi dengan senyuman nakalnya.

Fahmi yang bengang lantas mengejar imran.

Dania dan kak ain pula menjadi bingung melihat kelakuan fahmi dan imran.

" kak, betul ke apa yang dania baru nampak dan dengar ni? " dania menggosok matanya.

" akak pun tak tahu. Kita mimpi ke? " soal kak ain bingung.

" lunch sama-sama, fahmi tegur imran... Hmm... Rasanya dunia dah terbalik. " kata dania. Dania dan kak ain pun menggaru kepala mereka yang tidak gatal serentak. Pelik dengan hubungan fahmi dan imran yang tidak seperti biasa.

******

Jihan lagi tadi masih duduk berkurung di dalam bilik kerjanya. Dania pula menjadi risau apabila jihan tidak mahu makan malam kerana sibuk dengan kerja yang sedang diuruskannya.

" knock, knock. " dania membuat bunyi ketukan sambil mengetuk pintu bilik kerja jihan yang terbuka luas. Jihan memandangnya sekilas lalu menyambung kerjanya.

" boleh saya masuk? " soal dania dan mendapatkan anggukan daripada jihan.

Dania menghampiri jihan dengan membawa dulang berisi secawan kopi hangat dan beberapa biji sandwich buatannya. Dia meletakkannya di atas meja yang agak jauh daripada kertas kerja jihan.

Dia memerhatikan jihan kelihatan sedang sibuk. Jari-jemarinya pantas menekan butang yang terdapat pada komputer ribanya. Kemudian, dia sibuk menyelak kertas kerjanya.

" abang, berhentilah sekejap buat kerja tu. Saya ada bawa sandwich dan air kopi ni. Awak makanlah. Awak tak nak makan nasi tadi. Jadi, makanlah sikit ye. Isi perut awak tu. Nanti sakit, susah pula jadinya. " kata dania lembut.

" okay, thanks. " balas jihan tanpa memandang dania. Matanya hanya melekat pada skrin komputer ribanya.

Dania pun beredar keluar dari bilik kerja jihan dengan senyap.

Jam telah menunjukkan pukul 12 malam. Dania yang sedang membaca novel di dalam biliknya keluar untuk melihat keadaan jihan.

Dia menghampiri bilik kerja jihan dan berhenti di daun pintu. Jihan kelihatan sudah terlelap dengan kepalanya diletakkan ke atas meja kerjanya. Dia menghampiri jihan.

Dia melihat makanan yang dibawa olehnya untuk jihan mengisi perutnya. Sandwich yang dibawanya tidak disentuh dan hanya air kopinya sahaja yang habis diminum.

" eh, budak ni. Orang suruh makan tak nak. Nanti perut masuk angin baru tahu. " bebel dania perlahan. Tidak mahu mengganggu tidur jihan.

Dia keluar sebentar mengambil seseuatu lalu kembali. Dia menghampiri jihan lalu menyelimuti tubuh jihan dengan selimut yang baru sahaja diambilnya.

Ketika dia menyelimuti tubuh jihan, dia tersentak apabila jihan mencapai tangannya.

" don't leave me... " kata jihan sambil tidur. Dania terkejut dengan kata-kata jihan. Dia terkedu sebentar. Dia merenung jihan dihadapannya.

" i won't leave you. I will stay with you as long as i could. I promise...and i hope, you will do the same. " balas dania perlahan walaupun dia tahu, jihan mungkin tidak mendengarnya kerana dia sedang tidur.

Dania mengusap rambut jihan lembut dan melepaskan tangannya dari genggaman jihan dengan perlahan agar tidak menyedarkan jihan dari tidurnya.

******

Dania termenung sendirian di ruang tamu miliknya sambil menggigit kukunya.

" yes, dania. You change my life and now i became a new me. You bring happiness into my life. When i'm lonely and need someone to understand me, you came into my life without any notice. You always there and tried very hard to understand me. You always there when i'm in need and when the other refuse. You always cheer me up when i was down. No wonder it's hard for me to let you go from my life. I always wanted to tell you that... I love you. "

Dania mengambil bantal kecil yang terdapat di sofa itu lalu ditumbuknya geram.

" kenapalah itu semua mimpi dan bukannya kenyataan?!! Kenapa aku perlu mimpi yang dia kata macam tu pada aku bila hanya kita orang  berdua dekat sana. I hope it's will become true. Aarrggghh!! So frustrated! " bengang dania.

Telefon pintarnya berdering.

" ni nombor siapa ni? " soal dania bingung lalu menjawab panggilan tersebut.

" what?!!.... Okay2. Saya akan ke sana. Terima kasih. " dania lantas bangun dari sofa dan berlari ke tingkat atas untuk menyiapkan dirinya.

HER OVER FLOWERWhere stories live. Discover now