"Aku benci betul lah dengan along aku tu.Dia tu suka hati je nak marah-marah orang.Dia ingat orang lain takde perasaan." Kata Damia kepada Melissa,kawan baik Damia.Memandangkan sekarang tengah cuti sekolah,mereka banyak menghabiskan masa di luar.Tahun ini pun dia tidak ada pergi kemana-mana untuk bercuti.Bukan macam along dia,nak pergi Belgium dalam tiga hari lagi,ergh.Boyfriend pun takda nak keluar dating macam orang lain.
Sedang Damia dan Melissa berjalan,ada seseorang yang terlanggar bahu Damia.Habis jatuh beg yang dibawa olehnya."Awak ni jalan pakai mata ke pakai lutut?!" Marah Damia pada lelaki yang telah melanggarnya.
Melissa menggeleng melihat Damia yang memarahi lelaki itu.Adik dengan abang sama je."Err...sorry dik,tak sengaja." Ujar lelaki itu sambil mengambil beg Damia yang terjatuh disebabkan oleh dia.Beg itu dihulurkan pada Damia."Lain kali jalan tu cuba........" Kata-kata Damia terhenti apabila dia baru nampak wajah lelaki itu dengan jelas.'Omg!!Hensemnya😍'
Bisik hati Damia.Niat dia hendak memarahi lelaki itu hilang begitu saja."Hello!Awak okay tak ni?" Tanya lelaki itu sambil mengoyangkan tangan dihadapan muka Damia.'Aduh malunya kantoi usha dia!!' Gumam Damia perlahan.
"O..okay,thanks.Lain kali jalan tengok orang sama." Ujar Damia tertunduk malu.Dah lah hensem mana boleh nak pandang lama-lama,nanti terjatuh hati pula.Opss!!
"Okay great.Kalau macam tu saya pergi dulu." Lelaki itu mula menjauh.'Haih tak sempat nak tanya nama.'
"Mel,kau rasa laki tadi tu macam mana?" Soal Damia.Melissa mengerutkan dahinya.Pelik dengan kawan dia sorang ni."Kau dah suka dia ke?Baru jumpa berapa minit je kot.Kau pun bukan kenal dia pun.Entah awek keliling pinggang." Damia pantas menampar lengan Melissa.Tak ada insurance punya mulut,orang baru nak feeling.
"Tapi aku tengok dia tak nampak macam playboy.Aku rasa dia jenis yang setia dengan sorang je.Kalau aku dapat dia memang aku yang paling bertuah dekat dunia ni.Hensem." Melissa mula menyampah dengan Damia yang berangan lebih.
"Wei itu bukan lelaki tadi ke?" Melissa menunjuk ke arah suatu kedai pakaian di mall itu.Ternyata benar itu lelaki yang terlanggarnya sebentar tadi.
"Ikut aku jap." Damia menarik tangan Melissa supaya mengikutnya.Rupa-rupanya Damia menuju ke arah lelaki itu. 'Sah dah gila kawan aku ni.'Bebel Melissa dalam hati.
"Eh awak buat apa kat sini?" Soal lelaki itu sebaik perasan kehadiran Damia dan Melissa disitu.Malu juga dibuatnya kerana mereka kini berada di dalam kedai menjual pakaian lelaki.
"Lupa nak kenalkan diri tadi,saya Tengku Damia.Awak pula?" Dengan muka tak tahu malu,Damia menyoal.
Lelaki itu hanya tersenyum manis.
'Makin cairlah hati ni,Sabar wahai hati.'"Pinjam telefon awak kejap." Pinta lelaki itu.Pada mulanya Damia teragak-agak hendak bagi,buatnya dicuri telefon itu.Kalau nak curi hati takpe lah🙊
"This is my number.Saya nak kena balik cepat ni.So,nanti awak call or WhatsApp jelah,okay?" Telefon bimbit Damia dihulurkan kembali.Wow!! Tanya nama dapat sekali dengan number phone.
Lelaki itu berlalu pergi tanpa sempat Damia berkata apa-apa."Untunglah kau." Ujar Melissa sedikit berjauh hati.
Jealous lah tu.*****************************
Kring~
Kringg ~
Kringg ~
YOU ARE READING
Mr Husband I love you (slow update)
RomanceAlesya sofea yang akan dijodohkan dengan Tengku Danial Harriz atas perancangan orang tua mereka.Pada mulanya mereka benci antara satu sama lain tetapi semakin lama mereka mengenali diri masing masing semakin timbul rasa cinta dan sayang antara merek...