Mata dibuka perlahan , sakit pula rasa kepalanya mesti gara_gara terlebih minum semalam . Terasa sesuatu berat di pinggangnya. Cuba dialihkan benda berat di pinggang ...' Tangan '
'' Carend bangun ....'' suara serak kedengaran tetapi matanya belum lagi terbuka , dia dan Carend berkongsi bilik yang sama kalau pulang ke apartment Linda.
'' Carend.....bangun ....'' badan dipusing ke arah si pemeluk , matanya di buka perlahan kemudian digosok pula . Otaknya yang belum betul diketuk , mukanya ditampar perlahan , jantung pula seperti berlari 100meter apabila otaknya faham situasi sekarang , OMG ....terbuka luas matanya melihat susuk tubuh badan seseorang . Tangan di pinggang dialihkan kasar , perut nya terasa tidak selesa ingin memuntahkan sesuatu laju dia berlari ke bilik air .
Alexander terganggu dengan tidur nya apabila merasa badannya ditolak.
'' uwekkk.....''
'' uwekkk.....'' yang keluar semuanya air entah berapa botol beer yang masuk ke perut nya semalam , Almi pun tidak tahu pukul berapa sampai dirumah Dan bagaimana dia sampai kerumah. Setelah puas memuntahkan isi perut nya Almi terduduk diatas lantai.
Mendengar Almi muntah dari bilik air Alexander memaksa tubuhnya bangun menuju ke bilik air , serba salah pula rasa hatinya mana tau pengsan pula nanti.
'' nasib masih ada baju '' kata Almi berbisik .
'' Al are you ok.... '' pintu bilik air diketuk dari luar . Soalan itu tidak dijawab kerana dia sendiri lagi pusing memikirkan keadaan nya sekarang. Nasib sempat mengunci pintu bilik air tadi bila masuk . Keadaan sekeliling bilik air diamati .
'' ehh...ni bukan bilik akulah '' kata Almi . Panik dia bangun , badan yang lemah tadi pun segar rasanya walaupun belum mandi . Setelah pintu dibuka
'' awak buat apa dengan saya ? Macam mana saya boleh ada dekat sini ? Mana kawan saya '' Alexander ditembak dengan pelbagai soalan dari Almi.
'' Hahaha.....'' Alexander ketawa mendengar soalan Almi dengan expresi muka yang comel .
'' eh ...ketawa pula , crazy.....'' kata Almi , jelingan tajam dilemparkan.
'' you yang gila sebab tak nak lepaskan I semalam , remember ? '' kening diangkat Alexander beserta senyuman senget.
'' yalah tu ..Nasib saya pms kalau tak memang awak dah rogol saya kan ?'' Almi
'' tapi awak yang goda saya semalam '' Alexander tidak mahu kalah menyoal.
'' awak yang cium saya dulu!!'' Mata dibesarkan ini kalau anak kecil pasti boleh ditakutkan , tak kisahlah janji puas hati Almi.
'' awak pun suka juga sebab tu awak sambut '' Alexander
'' huhh....apa apalah , tepi saya nak balik '' Almi menutup malunya sendiri , badan Alexander didepan ditolak ke tepi.
'' ehhh...bukan awak yang ajak saya couple semalam ?? '' baru Almi teringat . Sebab itulah dia minum sampai tak ingat dunia sudahlah aksi dia dan Alexander ditonton semalam buat malu aja. Kepala di geleng apabila kejadian malam tadi bermain di kepalanya.
'' ada ke ...tak ada pun '' jawab Alexander seperti tiada apa yang berlaku.
'' kepala you tu semalam bukannya betul sangat tau '' Alexander menutup rasa gugup didada memang dia bodoh mengambil tindakan awal semalam meluahkan perasaan terlalu awal , rasanya itu bukan dirinya kerana kebiasaannya perempuan yang akan datang padanya dahulu . Semuanya berlaku secara spontan apabila hatinya cemburu melihat mata nakal dan mendengar pujian kepada Almi menari semalam , kerana itu dia berani mencium Almi.
'' huhh..... '' Almi keluar tanpa menoleh Alexander.
*******************
'' nak beli apa lagi '' soal Almi , penat rasanya jam ditangan Alexander ditoleh 2pm , cacing dalam perut pun dah menari tiang agaknya. Sarapannya bersama Alexander dirumah tadi hanya kopi dan roti kosong saja.
'' tak ada , you nak beli apa I belanja '' pelawa Alexander. Diculiknya Almi ke mall apalagi marah lah dia , janjinya pada Almi menghantar dia pulang ke rumah, tapi dia ingat menghabiskan waktu bersama Almi hari ini.
'' nantilah cari jom temankan I makan dulu I belanja '' ajak Almi .
'' Jom ..'' Alexander baru sedar mereka berdua belum makan tengahari lagi. Tangan Almi dipimpin menuju food court .
'' lepas lah apa pegang tangan ni , tak malu ke '' geram hati Almi.
'' whose care ? '' Alexander tidak memperdulikan tindakan dirinya , tangannya dialih ke pinggang Almi pula.semasa berjalan ramai mata pengunjung memandang mereka berdua ada yang senyum , ada yang berbisik . Ah... peduli lah bukan aku kenal pun , kata hati Almi.
'' Alex... what are you doing here '' sapa seorang gadis .
'' you buat apa pula kat sini '' Alexander menyoal pula
'' biasa shopping.... tengah tunggu Lisa pergi ladies '' mata gadis itu hanya pada Almi .
'' siapa lah ni pula gf dia barangkali '' kata hatinya Almi.
'' same with you ...ajak girl I ni shopping tapi nak lunch dulu '' jawab Alexander acuh tak acuh . Dia tahu Almi tidak selesa dipandang Nina begitu , pegangan dipinggang semakin erat.
'' sweetie kenalkan my ex Nina '' kata Alexander
'' hai....Almi '' salam diberikan kepada Nina. Nina menyambut tangan Almi sakit hatinya apabila dikenalkan sebagai ex dihadapan Almi .
'' patutlah you tak ada call I lagi dah dapat mangsa baru '' sindir Nina , Alexander hanya tersenyum .
'' but she better with you '' Alexander membalas Nina .
'' baby ...I'm.....so.....so....sorry.....please....'' tangan Alexander Cuba diraih Nina tapi ditepis Alexander . Almi pula menjadi drama tak berbayar sebagai pembantu pelakon saja .
'' Jom ....'' Alexander menarik kasar tangan Almi mengikut langkahnya , rimas rasa hatinya diperlakukan Nina begitu.
YOU ARE READING
Love you much
RomanceMengisahkan sepasang pasangan yang berpisah dan selepas hampir sembilan tahun berpisah mereka bertemu semula secara tidak sengaja . Almi seorang wanita yang tabah menerima pelbagai dugaan selepas dikhianati seorang lelaki yang amat dicintai sem...