5. Mendung

353 19 0
                                    

Hari itu mendung. Cahaya matahari terhalang dek kumpulan awan yang gah. Dan aku duduk di suatu kawasan paling terpencil. Di ceruk hati aku yang remuk redam.

Hari itu mendung. Manusia mula mencari tempat berteduh. Mengharapkan titisan hujan tidak membasahi tubuh mereka. Dan aku masih lagi berdiri, memandang awan yang sudah hitam.

Hari itu mendung. Dia mula melepaskan tangan aku. Berharap aku mampu berdiri sendiri. Walau dia tahu aku hanya ada separuh kudrat.

Hari itu mendung. Sama seperti mendungnya hati aku. Yang sarat dengan awan hitam. Yang menanti masa mahu gugur ke bumi. Seperti mana cinta aku yang baru luruh.

TulisWhere stories live. Discover now