Bab 3

8.4K 284 1
                                    

Anis menunggu kedatangan Ammar dibawah sebatang pokok redang. Dia mengerling jam ditangannya untuk kali ke6. Tidak pernah-pernah Ammar lewat menjemputnya pulang kelas.

Anis mendengus sendiri. Hari ini tubuhnya benar-benar terasa letih. Kelas pula habis lewat. Salah satu faktor mungkin disebabkan kandungan yang sudah sarat. Yang akan melahirkan pada bila-bila masa sahaja.

Setelah hampir 10 minit , ada satu kereta berwarna Ford putih berhenti dihadapannya. Pemandu kereta tersebut terus keluar dan menerpa ke arah Anis.

" sayang.. Abang mintak maaf sangat-sangat sayang. Sorry abang lambat. " ucap Ammar menjelaskan keadaan.

Anis hanya menjeling kearah suaminya. Dia mengangkat buku-buku rujukan yang diletakkan disebelahnya.

" takpe-takpe. Biar abang tolong. " Ammar menghalang lalu laju sahaja buku-buku tersebut berada ditangannya.

Anis terus memboloskan diri kedalam pintu hadapan. Ammar pula meletakkan buku-buku dan beg Anis kebelah pintu belakang.

***

Didalam kereta keadaan hanya sunyi. Anis masih bersikap dingin keatasnya. Anis mengusap perutnya lembut. Terasa bayi yang didalamnya sedang menendang-nendang. Pingganya turut terasa sakit.

" sayang.. Abang minta maaf. " ucap Ammar. Tangan kirinya memegang tangan kanan Anis yang berada diatas peha manakala tangan kanannya masih memegang stereng.

Melihatkan keadaan Anis seperti itu. Tangan Ammar jatuh pula pada perut buyung itu.

" sakit? " soalnya lagi.

Anis masih diam.

" abang... Minta maaf sayang... " pujuk Ammar lagi.

" abang ni. Kenapa lambat? Penat tau tak sayang tunggu. Perut and pinggang sayang semua sakit tau tak? Kalau sayang tiba-tiba sakit nak bersalin tadi macam mana? Dalah call tak angkat! " luah Anis.

" ye..ye.. Abang minta maaf sayang. Abang tak sengaja. " balas Ammar.

" okey! Tapi dengan satu syarat! " ucap Anis. Tangan kirinya menunjukkan tanda satu.

" okey. Ada apa? " Ammar sudah mula tersenyum.

" sayang nak makan pizza boleh? " soal Anis dengan manjanya sambil memandang Ammar yang masih memandu itu.

" okey boleh! " balas Ammar sambil membalas pandangan isterinya lalu kembali fokus kearah pemanduan.

****

Anis memegang perutnya yang terasa tidak selesa. Pinggangnya semakin sakit. Namun dikuatkan untuk menunaikan solat isyak bersama Ammar.

Ammar menoleh kebelakang setelah mengaminkan doa yang telah dibaca olehnya. Malam ini sungguh lain baginya.

Anis menyambut huluran tangan Ammar lalu dikucupnya. Baru sahaja bibir Ammar ingin mendarat didahi Anis , muka Anis semakin berkerut. Kali ini , dahinya turut basah.

" sayang.. Sayang okey? " soal Ammar terkejut. Dalam pada masa yang sama , dia turut berasa risau.

" perut sayang sakit. Sayang rasa sayang dah nak bersalinlah. " ucap Anis tenang.

Ammar mula panik.

" sayang dah nak bersalin? Ha..kejap-kejap sayang. " Ammar bangun dari duduknya lalu menukar kain pelikat yang dipakai kepada seluar panjang. Kunci kereta dan purse diselitkan dipoket belakang seluarnya.

" sayang boleh bangun tak? " soal Ammar lembut sambil membantu Anis menanggalkan telekungnya.

Perlahan-lahan Anis mengangguk. Setelah kain telekung ditanggalkan , Ammar segera mendukung isterinya masuk kedalam kereta. Dia segera memandu kearah hospital. Mujurlah barang kelengkapan bayi semuanya telah disediakan didalam bonnet keretanya minggu lepas.

Takdir Yang TertulisWhere stories live. Discover now