SG 25

2.1K 120 0
                                    

                                 🌸🌸🌸

Redza's Pov.

Puas. Aku puas. Puas tengok dorang gaduh, lagi puas dorang breakup tapi memang dah breakup pun. HAHAHAHA. Aku dah cakap Emir, kau takkan menang. Heh ni Redzalah. Ingat boleh lawan ke ? Aku tersenyum sinis. Cawan diatas meja, diambil lalu disua ke mulut. Tawa sinis terletus lagi. Cukup puas. Aku memetik jari memanggil pembantuku. Dida datang dengan menundukkan kepalanya tanda hormat.

" kau boleh balik, pergi jenguk bini kau yang nak terberanak tu. " ujarku dengan senyuman sinis.

Dida terkejut. Mukanya kelihatan teruja yang amat. Tingkah sebijik macam budak kecik dapat lolipop.

" yeke bos ? "

Redza mencerlung pembantunya. Aku dah bagi tu terima jelah ni duk pertikaikan lagi.

Dida tersengih, lantas dia meminta diri.
" eh kejap. " aku keluarkan not purple 10 keping dan hulur duit tu ke Dida.

Dida ambil. " untuk apa ni boss ? "

" eh kau ni, banyak soal pulak. Aku tarik karang. Biar takyah jumpa bini kau tu terus. "

Dida tersengih lagi, dia angguk kepalanya macam burung belatuk. Haih, bertuah betul aku ni. Dahlah boleh jumpa orang tersayang lepastu dapat duit pulak. Rezeki harini. Dida keluar dengan girangnya.

Redza dari masam terus tersenyum mengenangkan kemenangannya.

Padan muka engkau !

***
Skate comp yang tinggal lagi beberapa hari membuatkan Street Girl tak menang tangan. Dengan Spm lagi. Selesaikan dua benda dalam satu masa. Hm, boleh putus fius lagu tu.

" guys.. Salah ke kalau aku cakap aku rindukan Propper Gang ? " kata Ari sambil mengeluh perlahan. Dia mencampak pen di atas buku Addmath. Badan dan tangan diregangkan. Penat dari tadi memandang buku sahaja.

Ad buat bodoh. Sejak kes haritu, dirinya yang dahulu kembali. Dingin. Cakap pun bila perlu. Tiada senyuman dibibir. Cepat melenting. Ego. Keras kepala. Keutamaan dia sekarang, Spm dan Skate Comp.

" tak salah pun. " balas Erin acuh tak acuh. Tidak dapat dinafikan, dia sememangnya rindukan Yusuf. Setiap kali dia nampak Yusuf, mahu saja dia melompat memeluk. Tapi, takkanlah perempuan yang kena mintak maaf. Am i right, girl ? 

Ari mengeluh buat kali kedua. Susah betullah ada kawan ego punya melangit ni. Mengalah dahlah. Tengok macam aku ni. Bahagia dengan Amar tu. Takde masalah pun. Huhu. Riak sekejap.

" takkanlah korang taknak berbaik dengan dorang. Atleast kawan. "

" Ari better kau focus spm je. " ujar Ad mendatar. Ari hanya mengikut. Kalau dah keluar suara Ad tu better ikut, kalau nak mati awal ha takpayah ikut.

***
Erin Pov.

Aku meluncur sambil mata tak lepas membaca nota nota yang diberi oleh cikgu. Sejak akhir akhir ni pemikirannya hanya pada Spm dan Skate Comp. Yusuf ? Hm dahlama campak jauh dari pemikiran. Malas nak pikir benda yang dah lalu.

Hati sakit melihat Yusuf bermesra dengan classmate sendiri.Tipulah kalau dia kata dia tak jealous. Rasa sayang pun masih kukuh dalam hati. Ah Erin, kau yang semua ni. Takpayah nak kesal bagai lah. Ingat, Spm, Spm, Spm.

Nota dipandang lagi. Khusyuk sangat membaca hingga tak sedar hari kian gelap. Aku duduk dibangku lalu meneguk air. Menghilangkan dahaga yang dari tadi bersarang dekat tekak.

Aku memandang segenap taman. Matanya akhir berhenti dibangku yang terdapat orang disitu. Lelaki. Pemakaiannya kelihatan familiar. Cara dia duduk. Cara dia pandang langit. Kenapa lelaki ni familiar je ?

Lelaki itu memandang seperti mana aku memandangnya. Serta merta jantung seakan berhenti berdegup.

Yusuf.

Aku hanya memandang sepi. Jauh dalam sudut hati, mahu sahaja aku peluk, meminta maaf namun ego aku menghalang. Aku bangun, tangan sebelah kiri membimbit deck sebelah kanan memegang buku.

" erin. " aku tersentak. Suara itu ! Suara yang selamani dia rindui. Aku hanya kaku. Tak pusing ataupun jalan meninggalkan dia.

" pusing please. "

Aku diam sahaja. Kalau boleh sepatah perkataan atau perbuatan pun aku taknak tunjuk.

" aku just nak kata im sorry. Sumpah aku tak jangka pun kita akan gaduh seteruk ni. Aku tahu kau bengang, aku pun sama. Tapi, takkanlah nak biar berlarutan macamni. And, aku sedar salah satu dari kita kena mengalah dan orang tu ialah aku. Im sorry Erin Farisya " luah Yusuf dengan penuh kesal. Dia menundukkan kepalanya. Dia bersedia untuk menerima apa shaja yang akan diperkatakan oleh Erin nanti.

Aku diam. Tergamam ke ? Terharu kot ? Ntahlah. Taktahu nak kasi reaction apa.
" please, say something. "

" okay. "

" okay je ? "

" habistu, kau nak aku balas panjang lebo ? Buat ayat sweet sweet gitu ? " ujar aku geram.

" lah, mana tahu kau nak buatkan. Yelah perempuan ni drama queen sikit. " balas Yusuf bersahaja. Dia tersenyum sikit.

" yusuf. Kau sayang aku tak ? " tanya Erin tiba tiba.

Yusuf terkejut. Tidak menyangka Erin akan menyoal soal hati dan cinta.

" aku..er...em.. Ofclah sayang kau ! Gila tak sayang ! Kau je princess dalam hidup aku ! Kau tahu tak sepanjang kita gaduh ni, aku rindu gila babi dengan kau tahu tak. " jerit Yusuf gembira.

Aku terdiam. Tanpa sedar, senyuman terhias dibibir. Aku pusing ke belakang. Yusuf tersenyum. Aku turut tersenyum.

" nak aku lamar balik ke ? " usik Yusuf.

Erin ketawa sambil mengangkat jari tengahnya. Yusuf mendepa tangan untuk memeluknya. Aku berlari lalu memeluknya erat.

" haritu, aku nampak kau bukan main mesra lagi dengan Anggerik. "

" kenapa kau jealous ? "

" taklah. "

" itsokay kau nak jealous. Aku just nak kau tahu yang takde siapa dapat ganti tempat kau walaupun orang tu selawa model. " ujar Yusuf perlahan sambil mengusap rambut Erin yang masih dalam pelukan.

" walaupun aku gemuk ? "

" walaupun kau gemuk. "

" walaupun aku marah kau, maki kau, pukul kau ? "

" walaupun kau marah aku, maki aku, pukul aku. "

" walaupun kita takde jodoh kau tetap sayangkan aku ? "

Yusuf terdiam. " walaupun kita takde jodoh, aku tetap sayang kau. "

Erin tersenyum gembira. Dia melepaskan pelukan lalu mengambil jari kelingking Yusuf dan temukan jari kelingkingnya.

" promise eh ? "

" promise princess. "

" jom balik. "

Yusuf angguk kepala. Dia menarik kepala Erin masuk ke dalam ketiaknya lalu ketawa. Erin mengelupur melepaskan diri namun dia ketawa juga.

" jadi betullah kau jealous ? "

" diam sebelum aku tumbuk ! "

Tawa Yusuf memenuhi segenap taman.





HA NAH. PENAT TYPE. SORRY LAMBAT UPDATED. TAKDE IDEA. KENAPA AKU GUNA CAPSLOCK NI ?

Okay dah tutup. Anyway, silalah baca buku saya yang kedua iaitu Lisa Milla. Taknak baca pun takpe, tapi votelah. Meh saya ajar. Firstly, ko buat buku aku lepastu tutup mata scroll ke bawah then tekan bintang tu. Ha buat macamtu sampai habis okay ? Masih !

Vote and comment 😚

Street Girl | ✔Where stories live. Discover now