Setelah ketiadaan Bella, Stella di rundum sedih dan kesunyian. Hari-hari dia kerinduan, meratapi pemergian sementara Bella.
"Stella rindu Bella?" Mama Suzanne menyoal walaupun dia sudah tahu jawapannya.
Stella mengangguk laju. Air matanya bergenang di tubir mata.
Mama Suzanne tersenyum pendek. Sudah menjangkakan reaksi itu.
"Kenapa mama senyum? Mama tak rindu Bella?"
"Rindu.." pantas Mama Suzanne memeluk Stella, apabila dia melihat Stella pasti dia juga akan teringat akan Bella. Dia amat merindui dan menyayangi Bella seperti anaknya sendiri.
"Tapi, kenapa mama tak sedih bila Bella tinggalkan kita?"
"Siapa cakap mama tak sedih?" Soal Mama Suzanne kembali. Lalu, dia menyambung, "Mama tak sedih sebab mama tahu Bella akan selamat dan dia pun rindukan kita."
Stella menunduk. "Maa.. bila Bella nak balik? Bila kita nak hidup bersama lagi?"
"Bila tiba masanya nanti, sayang.."
"Bila, maa?"
"In shaa Allah.." hanya itu yang mampu dia berikan pada Stella ketika ini. Dia sendiri tidak tahu, bila Bella akan kembali.
"Maa, kenapa Bella pergi? Stella ada buat salah ke? Stella takut, kalau Stellalah penyebab Bella pergi.." Lirih suara Stella. Dia benar-benar takut andai dialah penyebab kenapa Bella pergi.
Ninno! Ninno!
Bunyi loceng rumah kedengaran tanda ada tetamu yang bertandang. Soalan Stella dibiar sepi. Miss Kitty berlalu ke hadapan dan tidak sampai seminit dia kembali semula."Madam, Mr.Ammar is coming."
"Okay, let him in."
Ammar berjalan menghampiri mereka berdua. Miss Kitty pula datang membawa teh dan kudapan tambahan ke ruang tamu.
"Assalamualaikum.. Auntie apa khabar? Sihat?
"Alhamdulillah, macam nilah orang tua, Ammar.." balas Mama Suzanne sambil tersenyum.
"Stella?" Soal Ammar lagi.
"Alhamdulillah.. Stella pun sihat sahaja. Ammar? Lama dah tak datang sini." Perhatiannya sedikit teralih dengan kedatangan Ammar.
"Alhamdulillah, saya pun sihat.."
Mata Ammar melilau. Mencari sesorang. Dan tingkahnya itu diperhatikan oleh seseorang.
"Ammar cari Bella?" Soal Mama Suzanne.
Perlahan-lahan Ammar mengangguk. "Where is she, auntie?"
"Dia takda."
Ammar tidak terkejut apabila mendengar perkhabaran itu. Dia sudah menjangkakan itu. 'Awak masih sama, V.. suka buat keputusan terburu-buru..' bisik Ammar.
"I have something to tell.."
"About what?" Belum sempat lagi Ammar menghabiskan ayatnya, dia telah di soal oleh Stella. Entah kenapa, hatinya gelisah serta ternanti-nanti apakah yang bakal Ammar ceritakan.
'Apa perkaitan Ammar dengan Bella?'
Hendak diluahkan rasa yang bermain di mindanya tetapi, semuanya hilang apabila Ammar memulakan cerita.
"We were in love." Ammar memandang tepat ke arah mereka berdua. Mama Suzanne hanya bereaksi biasa. Lain pula buat Stella, dia sangat terkejut dan kehilangan kata-kata.
"Sebenarnya saya dan Bella, no, i mean, Vivi Syabilla.. kami pernah bercinta dahulu.." Di mata Ammar jelas menunjukkan kejujuran.
"Awak dan Bella pernah bercinta?" Terketar-ketar Stella menyoal. Hatinya kecewa. Semuanya jelas sekarang, Bella lari daripada mereka semua adalah kerananya. Kerana Stella menyukai Ammar.