Bab 30

247 14 0
                                    

Selepas tamat menonton filem seram bertajuk Sinister itu,Ervin mengajak Yuri memasuki sebuah kawasan permainan yang terdapat dalam pasaraya.Kelihatan ramai kanak-kanak dan golngan remaja berlegar-legar dalam kawasan berkenaan.Terdapat mesin-mesin permainan berbentuk motorsikal,kereta dan sebagainya.Bunyi muzik agak bingit di situ.Ervin menarik tangan Yuri ke kaunter token.Hampir terbeliak mata Yuri apabila Ervin membeli token sebanyak RM 200.Lebih daripada budak kecik dia ni!

“Banyaknya awak tukar token.Awak nak main game apa kat sini? Macam budak-budak je.Kat rumah kan dah ada PS3.” Yuri bertanya sambil berpeluk tubuh memandangnya.

 “Takpelah.Kita main semua permainan yang ada dekat sini.Satu daripada impian saya ialah bila saya ada teman wanita,saya nak ajak teman wanita saya bermain dekat sini.”

Pelik jelah dia ni.Aku ni teman wanita dia ke? Tanya Yuri dalam hati.

“Saya bukan teman wanita awak.”

“Memanglah bukan.Awak tu girlfriend saya.” Lain ke maksudnya?

“Sejak bila pulak kita declare couple?” Yuri terus bertanya.

“Awak nak suruh saya umumkan ke? Saya tak kisah.Dengar sini semua!”

Yuri menggelabah tahap gaban bila Ervin tiba-tiba saja menjerit dalam kawasan permainan itu.Banyak mata tertumpu ke arahnya.Belum sempat Ervin meneruskan kata yang Yuri tahu bukan sekadar gurauan Yuri terus menekup mulutnya dengan tangan sekuat mungkin.Setelah Ervin hampir kelemasan barulah dia melepaskan tangan.

“Jangan nak buat gila kat sini okey?” yuri mencerlungnya bengang.Ervin hanya tergelak.

“Tadi awak cakap suruh saya umumkan tentang perhubungan kita.”

“Masa bila pulak saya suruh awak buat pengumuman tergempar macam tu?! Tak tahu malu betul.”

“Oh,jadi awak dah mengakulah.”

“Mengaku apa?” Yuri pelik.

“Mengaku yang awak girlfriend saya dan saya boyfriend awak.?” Yuri terperangkap.

“Jangan nak perasan sangat.” Yuri mendengus kecil sebelum menapak menjauhi Ervin.

“Dengar sini semua!.Itu teman wanita saya!.Dan saya ialah teman lelakinya!”

Ervin menjerit seraya mengajukan jarinya kea rah Yuri.Semua yang mendengar kelihatan tersengih-sengih memandang mereka berdua.Beberapa kerat golongan dewasa yang membawa anak-anak,menggelengkan kepala.Pasti mereka mengutuk perangai Yuri dan Ervin yang kurang sopan itu.Yuri kembali menapak ke arah pemiuda itu dan mencubit kuat lengannya.

“Sakitlah Mayurie Rosella!” Ervin terjerit kecil sambil menggosok bahagian lengannya yang merah akibat penangan cubitan Yuri.

“Cari pasal lagi dengan saya.Sekali lagi awak buat sesuatu yang memalukan saya,memang tercabutlah isi badan awak saya cubit.” Yuri memberi amaran penuh geram.

“Tak takut pun.Asalkan satu dunia tahu yang awak milik saya,walaupun badan saya putus akibat cubitan awak,saya tetap akan bertahan.Alah bisa tegal biasa.Setakat cubitan awak,apalah sangat.” Jawab Ervin riak.

“Jangan nak melebih okey?.Saya tak suka.” Susah betul hendak berbicara dengan lelaki seperti Ervin.Semua perkara pun dia anggap main-main.Akibat rasa meluat yang datang meluap-luap,Yuri berhenti daripada terus memandangnya.Terus saja dia berpaling ke belakang dengan perasaan sebal.

“Alahai,janganlah merajuk sayang.Abang main-main jelah.Abang minta maaf ya?”

Hampir terjatuh rahang mulut Yuri apabila Ervin berbicara sedemikian rupa.Hendak berabang bagai.Sah,Daniel Ervin sudah gila.Gila kerana apa? Gilakan Yurilah.Perasan sudah kau Yuri.

You'll also like

          

“Awak ni dah kenapa Ervin? Gila?” Yuri bertanya dengan nada meluat.Bukan tidak tahu perangai Ervin macammana.

“A,ah gila.Saya gilakan Mayurie Rosella.Salah ke?”

“Bodohlah dia ni.Dahlah,malas saya nak melayan awak lagi.” Yuri tergelak kecil sebelum menolak lembut kepala pemdua itu.Baru sempat Yuri menapak beberapa langkah,tangannya diraih seseorang dari arah belakang.Ervin memimpin Yuri dan menuju ke arah mesin permainan kereta.

Masa berlalu dengan pantas apabila Yuri bersama Ervin.Mereka bermain permainan lumba kereta,lumba motorsikal,tembak-tembak dan pelbagai lagi.Sepanjang berada di sisinya,Yuri tidak menafikan yang dia rasa gembira sangat.Perasaan gembira yang tidak pernah dikongsi bersama dengan seorang lelaki selain daripada ahli keluarganya sebelum ini.Agaknya beginilah rasanya orang bercinta.Erk,Akusedang bercinta dengan Ervin ke?.

“Penipulah mesin ni,saya tak boleh dapatkan anak patung tu pun.Buat habis token je.”

Ervin membebel seraya menghentakkan tangannya ke atas kaca lutsinar yang dalamnya menempatkan pelbagai jenis patung bersaiz kecil.Comel pulak bila dia membuat wajah tidak puas hati begitu.Monolog Yuri dalam hati.Sudah hampir 20 kali Ervin mencuba permainan untuk mendapatkan anak patung itu.Namun,dia tetap gagal.Yuri yang berdiri di sisinya hanya menahan gelak melihat perangai lelaki itu yang seperti budak-budak.

“Mesin ni tak menipu.Cuma awak tu je yang tak pandai main.Cuba tengok saya pulak yang main.Mesti dapat punya patung ni.”

Yuri menolak tubuh Ervin ke tepi bagi memberi ruang untuk dirinya bermain permainan itu.Tadinya,Ervin menyerahkan Yuri seratus keping token untuk dia bermain semua permainan yang terdapat di situ bersamanya.Jadi,sebelum pulang,Yuri dan dia perlulah menghabiskan semua token itu.

“Ceh,tadi cakap pandai sangat main.Poyo je awak ni Yuri.Tak dapat pun patungnya.”

Ervin mula memperli apabila cubaan pertama Yuri dalam permainan itu gagal.Dia mencuba lagi.  Setelah hampir sepuluh kali mencuba barulah sebuah anak patung Pororo melekat pada pencangkuk permainan tersebut.Ervin melekapkan dahinya pada cermin lutsinar itu dengan wajah penuh suspen.Yuri menahan debar  sambil menggerakkan analog yang mengawal pergerakan pencangkuk itu agar menjatuhkan patung itu tepat dalam lubang di bahagian tengah.

“Perlahan Yuri,jangan laju-laju.Nanti patung tu jatuh.” Bersungguh sekali Ervin memberi arahan dan Yuri terus fokus pada permainan itu.Mata mereka berdua tertumpu pada pergerakan cangkuk yang sudah hampir ke bahagian tengah dengan sebuah anak patung penguin dan…

“Yeah!!!” Yuri dan Ervin bersorak bagai orang yang memenangi perlawanan bola sepak dunia sambil mengambil patung Pororo yang keluar dari bahagian bawah mesin.

Mereka berdua bergilir-gilir melihat patung Pororo bersaiz kecil itu dengan wajah penuh kegembiraan.Yalah,bukannya senang untuk mendapatkan patung daripada mesin itu.Walaupun banyak mata pengunjung yang memandang gelagat kami berdua,Yuri tetap meneruskan permainan itu.Setelah beberapa percubaan gagal,sekali lagi dia berjaya mendapatkan sebuah patung Pororo sama saiz.

“Hebatnya sayang saya.Saya nak satu patung Pororo ni boleh?” Ervin meletakkan patung Pororo itu dipipinya dan Yuri menahan gelak melihat Ervin.Comel betul gelagat pemuda itu!

“Tak boleh.Dua-dua Pororo ni saya yang punya.” Yuri merampas patung tersebut daripada tangan Ervin dan berlari keluar daripada kawasan permainan.

Ervin mengejar Yuri dari arah belakang.Mengenangkan token mereka sudah habis,jadi tidak perlulah mereka berterusan berada di situ.Jika diikutkan Ervin,mungkin dia akan membeli 200 keping token lagi.

“Okey tak apa.Awak kedekut dengan saya.Tak nak bagi Pororo dekat saya.Awak tunggu sini.Kejap lagi saya datang.”

Ervin mengarahkan Yuri duduk di sebuah kerusi kayu yang terdapat dalam pasaraya itu sebelum dia berlalu pergi.Dia hendak pergi ke mana? Hendak main game patung lagi ke?Pertanyaan Yuri terjawab apabila tidak sampai sepuluh minit,Ervin kembali dengan dua buah teddy bear bersaiz manusia dalam pegangan tangan kiri dan kanannya.Sekali lagi dia menarik perhatian orang ramai yang berada di situ.Yuri sekadar melopong melihat tindak tanduknya.

“Kenapa awak beli patung sebesar ni? Dua ekor pulak tu?”

Ervin selamba saja meletakkan dua ekor teddy bear bewarna coklat itu di bahagian kiri dan kanan Yuri di atas kerusi.Saiz teddy bear itu lebih besar daripada Yuri.Apabila Yuri mahu bangun dari duduk,Ervin tidak membenarkan.Dia mengeluarkan Samsung Galaxie Notenya sebelum mengambil gambar buah hatinya yang diapit oleh dua buah patung gergasi itu.Memang Yuri menjadi tumpuan para pengunjung yang lalu lalang di pasaraya itu.Entah apalah yang mereka katakan.

“Em,saya nak tukar teddy bear ni dengan Pororo awak.Nak tak?” Rupa-rupanya dia ingin membuat sistem barter dengan Yuri.Gila agaknya Ervin ni.

Harga teddy bear itu pasti mencecah ratusan ringgit.Ada pula dia hendak menukarkan patungnya dengan patung penguin berkaca mata bersaiz kecil itu.

“Tak nak saya.Patung ni besar macam awak.Menyeramkan.” Yuri saja menyakat.Padahal sedari tadi matanya tidak beralih daripada merenung teddy bear itu.Kalau dapat untuk buat peluk malam,mesti syok!.Hendak beli sendiri mana mampu.Mahal kut.

“Tak suka patung besar ke? Em,takpelah saya pergi beli yang saiz sederhana je.”

Jika dibiarkan memang Ervin akan membazir duitnya untuk membeli patung lain.Yuri menarik tangannya dan memberikan dia sebuah patung Pororo yang dia dapat tadi.

“Ambil jelah satu.Token tu pun beli guna duit awak.” Ervin tersengih memandang Yuri sebelum memeluk patung Pororo itu.

“Okey.Teddy bear ni awak tak nak ke? Kalau awak tak nak saya bagi orang lain jelah.”

Untuk mengelakkan kemungkinan patung yang Yuri suka dihadiahkan Ervin kepada orang yang lalu lalang di situ,segera saja dia mencapai salah satu daripada patung itu.

“Takpelah.Saya nak teddy bear ni.”

“Tadi kata menyeramkan?”

“Dah tak seram dah.” Yuri berbasa basi.

Akhirnya,Ervin berkeputusan untuk menyimpan sebuah teddy bear dengan sebuah patung Pororo.Begitu juga dengan Yuri.Sebelum keluar daripada pasaraya itu,Ervin sempat meminta salah seorang daripada pengunjung mengambil gambar mereka berdua dengan patung-patung tersebut.Apa yang penting,hari itu bukanlah hari Yuri menemani Kak Ima dan Farah bertemujanji.Sebetulnya,hari itu adalah hari pertama dia keluar bertemujanji dengan seorang lelaki yang bernama Daniel Ervin!

Bila Kuli Jadi ArtisWhere stories live. Discover now