BAB 16: KAWAN

95 15 2
                                    


Ha... jadi, seperti yang aku rancangkan, Ace datang ke bilik aku dan mengajar beberapa perkara yang aku boleh kata agak susah juga pada malam ahad lepas. Aku ni jenis malas nak terang benda susah-susah. Menyusahkan je rasanya.

Pada hari ahad pula, Auni menghantar aku mesej untuk bertanya bilakah masa yang free untuk aku belajar dengannya.

Aku sebenarnya malas nak cakap dengan Auni. Aku pun pasti dia meluat dengan aku. Macam aku cakap, kalau tak nak, tak payah la paksa diri.

Pun begitu, aku dan dia bersetuju untuk dia mula mengajar aku benda-benda yang aku boleh consider as intermediate skills.

Intermediate skills kira berat juga. Aku tak faham langsung apa yang Auni ajar. Banyak kali aku mengulangi soalan yang sama kerana aku blank. Ya, blank.

Ada masa dia seperti mahu give up dan rasa seperti sesuatu yang useless jika dia meneruskan. Aku pula diam kerana aku faham yang dia frustrated.

Aku belajar dengannya selama empat jam, kemudian, aku dah tak larat. Selalunya bila aku belajar coding, paling lama aku boleh tahan pun dua jam. Jadi, dia kena bersyukur kerana aku sanggup cuba mendengar kata-katanya walaupun aku sudah dikira penat.

Demi mencapai cita-cita aku, aku teruskan je walaupun aku dah sampai limits. Semuanya kerana dia. Ya, kerana dia.

Pada sebelah petang pula, aku mengambil keputusan untuk rehat. kepala aku akan overloaded dengan macam-macam information, which is kinda not good.

Pada waktu malam pula, tiada apa yang berlaku kerana inilah kehidupan sebagai pelajar di universiti. Ada masa kehidupan di universiti ni boleh jadi extremely fun, dan ada masa kehidupan di universiti ni boleh jadi extremely boring. Inilah dinamakan kehidupan.

Pada hari isnin pula, kelas berlangsung seperti biasa, tiada apa yang menarik. Kelas pukul lapan pagi dan juga pukul dua petang. Lecturer bahasa Jepun pula rupa-rupanya seorang yang baik. dia mengajar aku sekelas dengan cara paling berdedikasi, dan juga cepat balik.

Pada sebelah petang pula, macam biasa, lecturer perempuan sangat sempoi dan ada sahaja punchline yang dia berjaya buat.

Dengan kata lain, kehidupan aku membosankan.

Ya, membosankan.

Balik daripada kelas, aku terus membuka website yang menganjurkan ACM-ICPC programming practice, di mana website sebegini akan menyediakan set-set soalan yang bertujuan melatih participant menyiapkan soalan dalam masa-masa tertentu.

Ha, inilah kehidupan aku sekarang, melakukan online practice untuk programming competition tu. Kalau aku asyik slacking off, I won't go anywhere. I have to win this shit. Aku kena juga menang.

Tiba-tiba, phone aku berbunyi. Aku memngambil telefon itu dan membuka lock screen.

Ha, Nia.

" Wei, kau jadikan pergi mengajar hujung minggu ni?"

Aduh, tak faham bahasa ke dia ni? kan aku dah cakap aku pergi.

" Ya, mangkuk."

Aku menghantar mesej kembali kepadanya. Ya, aku balas mangkuk kepadanya.

0%Where stories live. Discover now