47.Singa jadian?

6.1K 494 35
                                    

Seekor binatang seakan singa mendarat kemas dalam keadaan kebasahan kerana diserang oleh Viez. Badannya tiga kali ganda dari singa biasa. Berbadan manusia ada kaki dan tangan serta mempunyai kuku yang tajam. Badannya juga diliputi bulu yang lebat. Mukanya bengis!

Huh? Singa jadian?

"Viez, tolong aku!"

Pinta Irene sambil meronta-ronta seperti nyawa-nyawa ikan. Tubuhnya telah digengam erat. Dia langsung tidak dapat bergerak!

"Irene, kau tak apa-apa ke?"

"J-jangan tanya soalan bodohlah, Viez! Lakukan sesuatu!"

Pekik Irene. Viez menjeling. Eh, perempuan ni baik-baik aku nak tolong ni, jap lagi tak nak tolong kang padan muka. Ha biar mati.

"Aku dengar apa yang kau cakapkan!"

"Mana ada aku cakap apa-apa!" Bidas Viez dengan laju.

"Aku boleh ... A ... Argh! Viez! lakukan sesuatu!"

Tubuh Irene dijulang tinggi ke atas. Mulut singa jadian sudah tergangga luas hingga ke telinga. Terserlah gigi taring yang tajam. Irene meronta-ronta cuba melepaskan diri.

"Kau nak aku mati ke!"

"Kau sabar boleh tak!"

"Aku diambang maut! kau minta aku bersabar? Gila ke!"

Viez mendecit kegeraman. Dalam keadaan macam itu pun masih lagi nak cari pasal? Apalah perempuan ni, membebel sahaja tidak sudah!

"kau kutuk aku ke?" Jerit Irene.

Viez tersentak."Eh, mana ada aku cakap apa-apa! Ah, sudahlah! aku taknak tolong nanti baru tahu!"

"Viez!"

Viez tak menyahut sebaliknya dia menayangkan muka serius. Terus Irene terdiam. Matanya terkebil-kebil memandang Viez. Tak sangka, ini pertama kali dia lihat muka Viez menjadi serius. Adakah itu Viez?

Aura Viez mula keluar dari badannya, Semakin lama semakin banyak. Kemudian air keluar dari telapak kaki dan berpusar di ruangan udara sebelum membentuk figura.

"Ah! tak guna punya binatang! sakitlah! Cubalah ada sifat memperikemanusiaan sikit dalam diri kau!"

Irene membentak di kala dia dihempas pada batu besar. Sungguh pantas hingga dia tidak sempat melepaskan diri. Rasa sakit mula menjalar ke seluruh badan. Tulang belakang terasa macam nak patah! Sia-sia je kau cakap macam tu Irene. Binatang itu bukannya faham pun.

Muka Irene berkerut, menahan sakit. Tubuhnya lagi di tekan dengan kuat. 'Ah! sudahlah terhentak pada batu lepas itu di tekan kuat pula tu! Ingat aku ni apa? bantal? tilam? kapas? benda lembik? suka-suka je!' desis Irene dalam hati. Nafas Irene susah tersekat-sekat.

Singa jadian itu merenung anak mata Irene. Mulutnya tersenyum hingga ke telinga dan menampakan gigi taring. Muka didekatkan pada leher Irene. Hembusan nafas hangat dapat dirasai. Muka Irene juga sudah bertukar pucat lesi disaat taring singa jadian itu menyentuh kulit lehernya.

"V-viez ...." gumamnya perlahan sambil memejamkan mata. Kulit lehernya terasa dicucuk!

"Gosh, kalau tengah bebas bergerak ni. Aku akan belasah cukup-cukup sampai lunyai. Sampai lembik! Sampai hancur. Aku bakar! sampai rentung! sampai jadi bangkai! dan biar mereput!" Irene berkata dalam hati.

"Hey! binatang liar, jangan kau sentuh dia!"

Badan singa jadian itu tercampak ke tepi. Ia bergolek-golek di atas tanah. Figura air menerjah laju. Pukulan demi pukulan dilepaskan terhadap singa jadian tanpa henti-henti!

White Guardians ( Editing)Onde as histórias ganham vida. Descobre agora