Part 22

64 5 3
                                    

"Grace, go to Sergio's room, Now!" Jerit Luca,
"Go grace, get Sergio and bring him away from here." Andrea juga bersuara.
"..(Kalau kau melangkah setapak aku sumpah aku akan menembak dia!)" Emanuella menambah dengan melirik ke arah Luca, keadaan yang genting buat kami semua. Aku tahu semua orang gentar tapi hanya aku yang panik di sini.
"Arggggh. Diam!!!" Jerit ku kerana tidak tahan dengan tekanan yang mereka berikan. Masing-masing tidak faham apa yang aku cakap, mereka hanya melihat dan memandang aku.
"..(Tidak ada siapa yang akan mati di rumah ini. Kalau kamu mau bertembakan sila keluar dari sini. Sudahlah datang tanpa di undang, tidak tahu malu lagi mahu mengotorkan rumah orang.)" Marahku, entah apa-apa saja yang keluar dari mulut ku. Semua mereka terdiam mendengarnya, semuanya biadap macam tidak di ajar saja. Masuk-masuk rumah orang buat kecoh.

"..(Lepaskan dia Emanuella, lepaskan Andrea. Aku mahu kau pulang sekarang juga!)"
"Hahaha..(Kau ingat kau siapa mahu memberi arahan pada aku? Kau lepaskan dulu Luca dan tinggalkan tempat ini barulah aku lepaskan kekasih kau yang satu ini.)"
"..(Kau gila, kau nampak aku kah yang memegang pistol ke arah Luca? Kau mau aku lepaskan dia? Aku ini isteri sah dia, kau tu siapa? Sudah kau dapat jawapan dari dia sendiri kan? Kalau betul dia mau pergi kepada kau.. nah ambil sajalah!)" Aku menolak Luca ke arah Emanuella.
"Grace?!" Marah Luca.

"..(Maestro Massimo, ambil lah satu-satunya anak kau ini.. dan bawa pulang sekarang juga.)"
"Hahahah.. (Kau ingat aku datang sini sebab nak bawa balik anak aku? Aku tidak tahu dia sanggup datang ke sini untuk memberitahu kamu yang bapanya akan datang untuk membunuh Luca. Dasar anak tidak kenang budi!!!)"
"Grace, listen. Go to your son. Lock the door..(apa pun yang kau dengar nanti, jangan sekali-kali buka pintu kalau bukan aku yang memanggil kau keluar.) Let me handle this..trust me." Pujuk Luca pada aku. Mahu tidak mahu aku mengangguk-anggukan kepalaku, melihat ke arah Andrea dia juga mengangguk padaku sekali. Mungkin ada baiknya aku tinggalkan mereka semuanya sendirian, biar mereka saja selesaikan masalah mereka sendiri. Baru saja aku berpusing untuk membuka langkah pergi dari situ.. krakk...! Bunyi pistol Emanuella berbunyi menandakan dia sudah pun bersiap-sedia untuk melepaskan tembakan,. Huuuh, yang kini di acukan tepat pada kepalaku.

"No..No..," Serentak Luca dan Andrea terjerit kecil melihatkan aksi Emanuella itu. Tetapi dia senyum lebar, bangga dengan perhatian yang di berikan padanya kali ini.
"..(Apa kau buat ni? Kau sudah gila. Kenapa kau mau tembak dia pula. Kau ni kenapa haa?" Muka berang Luca memarahi Emanuella.
"..(Luca, janji dengan aku, kau akan tinggalkan dia dan kita akan pergi dari sini, please..please.. kita akan bahagia berdua. Harta-harta itu akan di pindahkan ke nama aku, dan kita pergi jauh dari sini dan mulakan hidup baru. Ok, ok?" Tidak habis-habis Emanuella memujuk rayu kekasih lamanya.
"..(Apa kau cakap ni? Aku tidak pernah cakap aku mahu kembali kepada kau. Aku mahu kau pergi dari hidup aku.)"
"No.. no..no..no, (kau boleh ambil nyawa aku, tolong jangan apa-apakan dia, Sergio masih terlalu kecil untuk kehilangan ibunya. Tapi bapa aku sudah bosan melihat anaknya, dia tidak akan kisah kalau aku ada atau pun tiada.)" Demikian kata Andrea.

   Sedih hati aku mendengar apa yang di katakannya itu, aku faham bagaimana perasaan seorang anak yang kekurangan kasih sayang ibu bapa, walaupun hidup mewah tanpa kasih sayang tidak akan melengkapkan hidup mereka juga. Tetapi Maestro Massimo buat-buat tidak dengar saja apa yang di katakan oleh anaknya, atau mungkin di dalam hatinya juga turut terluka, aku sendiri tidak tahu. Muka besi yang di tayangkannya begitu zalim dan tidak dapat ku baca perasaan dia sebenarnya.

   Andrea betul-betul ikhlas menyayangi aku, dalam saat-saat begini dia masih boleh teringatkan akan Sergio. Luluh lagi hatiku mengingatkan persahabatan istimewa kami ini, sayang sekali aku tidak boleh tawarkan dia lebih dari itu.

"..(Apa yang terjadi ni?)"
Satu lagi hero ku sampai untuk berkumpul dalam reunion' ini.
"Oh, Great! Its perfect now." Keluh ku melihat Aldo di muka pintu.
"..(Emanuella, apa kau buat ni? Kau sudah gila? Apa kau buat di sini?)" Tanya Aldo kepada Emanuella sepupunya itu.
"..(Kau jangan masuk campur urusan aku. Tepi!!!)" Keluar juga singa di dalam dirinya perempuan gila ini.
Tanpa menunggu lagi Aldo juga mengeluarkan sepucuk pistol dari belakang seluarnya. Dan mengacukan pada kepala Emanuella. Aku hanya menggeleng-gelengkan kepalaku dan menghembus nafas panjang.

"Luca, please do something.. (sekejap lagi Sergio akan bangun.)" Kataku pada Luca, aku sudah tidak tahan untuk berada lebih lama dalam keadaan ini. Mendengar akan permintaan aku itu, semakin menjadi-jadi pula angin panas Emanuella.
"..(Buat keputusan kau cepat Luca. Kalau nyawa aku melayang, ertinya nyawa perempuan ini pun akan ku bawa bersama aku.)"
"..(Hey, baik kau berhenti dari bergurau! Berikan aku senjata itu.)" Kata Aldo kepada Emanuella, tetapi sedikit pun tidak di hiraukannya.

Pakk..pakk..pakk..pakk, bunyi tepukan Maestro Massimo yang masih lagi duduk di sofa memerhati pergelutan bicara di antara kami. Walaupun aku tidak tahu apa tujuan dia datang ke sini sebenarnya, tetapi kalau bukan dia yang mulakan semua ini.. aku pasti tidak akan terjerat di tengah-tengah ini.

"..(Hebat, hebat sungguh. Lebih hebat dari tayangan gambar Mexico yang ku lihat setiap jam 4 petang itu. Selama ini aku ingat di dalam tv itu cuma cerita rekaan. Tidak ku sangka melihatnya di depan mata sekarang ini. Hahahahahaha.... Apa yang best' nya.. si E cinta dengan si L tapi si L pula hanya mahukan si G, dan datang pula si A1 yang dalam diam cintakan si G, siapa tahu si G pun memang ada hati dengan dia. Tapi si A2.. apa pula halnya?" Maestro Massimo menggaru-garu janggutnya di dagu, sementara kami semua melihat ke arah dia. Siapalah yang tidak hairan ada pula pengulas hiburan yang duduk-duduk dengan senangnya.

"Luca..." Panggil ku seperti terdesak sudah. Hanya menunggu masa saja si kecil ku akan bangun.
"Emma, per favore.. guarda me, ho detto guarda me! (Emma, tolonglah.. pandang sini, aku kata pandang sini!)" Luca memulakan bicara lembutnya, oleh kerana kemarahannya tadi sedikit pun tidak di endahkan Emanuella.
"..(Kau sudah buat keputusan kau?)" Tanya Emanuella yang sedikit pun tidak berganjak anak matanya dari kepalaku.
"..(Lepaskan dia, dia tidak ada kena-mengena dengan semua ini. Kau lebih tahu undang-undang, kalau kau tembak dia kau ingat kau dapat larikan diri? Walaupun bapa kau penuhkan semua mulut di mahkamah itu dengan emas bertan-tan. Kau tidak akan dapat boleh lari. Kerana dia bukan rakyat di sini, kerajaan di negaranya akan mengejar kita semua untuk menuntut keadilan. Percayalah cakap aku.)" Kata-kata Luca membuatkan aku berfikir sejenak. Sedikit-sebanyak apa yang di katakannya itu ada juga betulnya.
"..(Berikan aku pistol tu Emma. Ini bukanlah tempat dan masa sesuai untuk kau menunjukan keegoan kau.)" Aldo pula yang memujuk.
"..(Argggh.. Diam, diam.. diam boleh tak?! Kau Luca, kau tidak nampak kah pistol di kepala kau tu? Bila-bila saja nyawa kau melayang, kau masih ambil berat pasal perempuan ni lagi?!)"
"..(Aku tidak kisah nyawa aku yang melayang, tapi dia ibu kepada anak aku. Tidak kah kau melihat anak aku itu masih kecil, aku baru kehilangan kedua ibu-bapa, takanlah kau mahu Sergio pula kehilangan ibu bapanya. Aku sudah tidak boleh kehilangan orang yang aku sayangi lagi, tolonglah kita selesaikan dengan cara baik. Lagipun masih banyak kerja yang perlu kita selesaikan bersama. Dengarlah cakap aku,)" selesai saja Luca bercakap, taatkala itu juga tangisan suara Sergio kedengaran dari radio baby di atas meja yang tidak jauh dari kami semua berkumpul. Seperti aku, mereka juga serentak melihat ke arah radio baby itu.

   Aku memandang Luca tapi dia juga tidak boleh bergerak dengan pistol yang berada tepat betul di belakang tengkorak kepalanya, manakala Aldo pula memegang dengan begitu cermat pistol yang di acukan pada Emanuella, dengan kedudukannya itu aku pasti dia juga tidak akan mahu berganjak dari situ. Mahu tidak mahu aku memandang ke arah Andrea, dia yang entah dari bila lagi sudah pun memerhatikan aku. Mata kami bertembung seketika, tanpa bicara dia faham apa maksudku, yang mahukan dia pergi untuk melihat Sergio. Hanya dia saja yang bebas dari sasaran peluru ketika ini, ada pun Maestro Massimo takanlah aku suruh dia pula pergi melihat anak ku menangis kan.

   Andrea mengangguk kecil dan mengelipkan matanya tanda faham, baru saja dia melangkah melewati kami..

"..(Eh..hey, kau hendak ke mana ah? Kau ingat aku sudah lupakan kau? Kalau kau bergerak selangkah lagi, sekarang juga peluru pertama mengena pada kepalanya.)"  Emanuella dengan suara yang tinggi memberi amaran pada Andrea, lalu dia datang kembali berdiri berhampiran aku tanpa dapat berbuat apa-apa.

   Aku betul tidak faham sudah situasi ini, kalah-kalah adegan rompakan di bank oleh penyamun-penyamun seperti di kaca televisyen. Ketua penjahatnya sudah pun di ambil alih tempatnya, dari yang gemuk besar perut, walaupun tua tetap kacak seperti anaknya yang lain dan tak bukan Maestro Massimo. Sekarang pula sudah beralih kepada perempuan seksi dan menyeksakan, bijak dan lawa, serta.. aku pasti dia memang cekap mengendalikan senjata. Bak kata orang yang lawa-lawa dan cantik-cantik terlebih yakin itu  perempuannya memang bijak, miang-miang bambu mengharapkan aset yang ada di badan saja dan bergantung pada kekayaan bapa, hati batu dan selalunya paling penjahat. Salah satunya yang berada di hadapan mataku sekarang ini.

My Sicilian Husband S2Where stories live. Discover now