• Part II •

20.1K 1K 27
                                    

Dylan merenung skrin komputer ribanya dengan pandangan yang kosong. Fikirannya dipenuhi dengan Dr. Emma. Bukan kerana dia mula jatuh suka dengan doktor baharu itu, tetapi dia terasa sedikit terancam dengan kehadiran doktor wanita baharu yang cekap itu.

“Impossible.” Ujarnya sendirian.

Dia dikejutkan dengan ketukan pada pintunya. Oleh kerana pintu bilik pejabatnya itu diperbuat daripada kaca, dia dapat melihat gerangan yang menganggunya pada pagi itu. Iz masuk ke dalam bilik pejabat sahabatnya itu tanpa kebenaran.

“Termenung jauh nampak.” Tegur Iz sambil melabuhkan punggungnya pada kerusi di hadapan meja Dylan.

Dylan menghela nafas panjang, “Kau betul-betul rasa dia boleh kalahkan aku?” Soalnya secara tiba-tiba.

“Dia? Siapa?” Soal Iz kembali. Tangannya bermain dengan perhiasan di atas meja Dylan.

“Doktor baru tulah.”

Iz berhenti daripada menganggu perhiasan di atas meja Dylan, “Dr. Emma?” Soalnya menginginkan kepastian. Dylan mengangguk. “Well, yes.” Tambahnya pula.

“Whatever.” Dylan merasa jengkel. “Kau takde surgery ke sampai kau rajin sangat nak datang kacau aku kat sini?” Soalnya lagi dengan sinis

Iz tertawa, “Marahlah tu.” Usiknya. “Okaylah, aku nak buat check-up kat patients aku. Kau nak join aku lunch nanti tak?” Soalnya pula. Tangannya dimasukkan ke dalam poket kot putihnya.

“I've lost my appetite.” Balas Dylan perlahan sambil mengurut dahinya menggunakan jarinya.

Iz sekali lagi tertawa, “Chill lah bro. Kau dah ada kat sini for three years, aku rasa chance kau lagi besar dari Dr. Emma and kau pun ada ramai fans, aku rasa vote kau pun berkemungkinan lebih tinggi. So, just chill.” Tambahnya pula lalu meninggalkan Dylan untuk berfikir.

•●•●•●•

Emma berjalan di sekitar taman yang terdapat di hospital swasta itu setelah selesai melakukan pembedahan. Walaupun dia baharu di hospital itu, di amat disenangi oleh doktor dan staf yang lain.

Langkahnya terhenti apabila dia ternampak susuk tubuh seseorang sedang duduk di sebuah park bench sambil membaca novel.

“September by Rosamunde Pilcher?” Emma membaca tajuk novel yang dibaca oleh doktor tersebut. Doktor tersebut mengangkat mukanya. “Dr. Iz?” Emma sedikit terperanjat. “You read romance novel?”

“Rasanya tak salahkan kalau saya baca?” Balas Iz dengan sinis. Emma membuka mulut untuk mengatakan sesuatu tetapi dipotong oleh bunyi deringan telefon bimbit Iz. “Hm, be there in five.” Ujar Iz lalu menamatkan panggilan telefon. “Excuse me.” Ucapnya kepada Emma dan berlalu pergi.

“Sombong giler.” Omel Emma sendirian. Tiba-tiba dia ternampak seseorang yang dikenalinya sepanjang seminggu dia berada di hospital tersebut. “Afaaf!” Panggilnya.

Gadis yang bernama Afaaf itu segera mendekati Emma. “Doktor panggil saya ke?” Soalnya.

“Yes, temankan saya lunch?” Ajak Emma, matanya berkilau dengan keterujaan.

“L-lunch de-dengan doktor?”

•●•●•●•

“So tell me, doktor empat ekor tu macam mana?” Soal Emma mula membuka bicara.

Afaaf sedikit keliru pada mulanya, “Empat ekor? Oh, maksud Dr. Emma, F4 ke?” Soalnya pula.

“F4?” Kini Emma pula yang keliru.

Surgeon In LoveWhere stories live. Discover now