Chapter 21 : Shopping Mall

1K 40 3
                                    

Bab 21 : Shopping Mall

Recap : KNOCK! KNOCK!

Kailyn membesarkan matanya dan Jessica pula terkejut. 'Macamana kalau itu Jerald?' tanya Kailyn dalam hati. Berdengup kencang jantungnya. 'Alahai malunya!' sambungnya lagi.

Jessica melompat lalu berlari menuju ke pintu bilik itu. 

"Yesh sir?" tanya Jessica sambil melihat muka Josh.

"Ada orang cari awak." Kata Josh sambil berpeluk tubuh.

"Siapa?" tanya Jessica lagi.

 "Donovon!" kata Josh sambil mendengus.

"Kenapa dia ada kat sini?" tanya Jessica lagi.

"Dia kata dia ada hal nak cakap. Kitaorang dah suruh dia pergi tetapi dia enggan." Kata Josh "apa kata awak jumpa dengannya." Sambungnya lagi.

"Okok." Kata Jessica lalu dia berlalu pergi ke pintu utama.

Semasa Jessica menuruni tangga itu, dia melihat Jerald tengah bercakap sesuatu kepada Donovon. Jessica berlari lalu menarik tangan Donovon. Jessica membawa Donovon di depan pagar mereka. "Apa awak nak?" tanya Jessica sambil berpeluk tubuh.

"Aku minta maaf atas apa yang aku lakukan kepada awak. Aku betul-betul menyesal atas apa yang aku lakukan kepada awak." Kata Donovon sambil menundukkan kepalanya. 

Jessica senyum lalu berkata "Dah habis dah awak bercakap? Kalau awak dah habis cakap aku nak masuk ke dalam!" kata Jessica lalu dia berjalan menuju ke pintu utama di mana abang-abangnya berada.

"Setiap orang dapat peluang kedua kan?" Donovon bersuara. Langkah Jessica terhenti lalu dia menoleh ke belakang. 

"J, please. Forgive me! Saya menyesal atas apa yang saya lakukan kepada awak. Boleh kah awak bagi saya peluang kedua?" tanya Donovon sambil berjalan ke tempat Jessica.

Jessica berpeluk tubuh lalu berkata "Aku maafkan kau!" kata Jessica lalu berjalan ke pintu. Dia menghiraukan panggilan Donovon. 

"Should we teach him?" tanya Jack. "Pergila tapi jangan sampai korang tumbuk. Just give him a warning!" kata Jessica.

~~~

Apabila abang-abang Jessica masuk, Jessica melihat abang-abangnya. 

"So?" kata Jessica yang ingin kepastian. 

"Dah, kitaorang dah bagi warning kat dia." Kata Jerald lalu duduk di sebelah Jessica. 

"korang tak guna kan kekerasankan?" tanya Jessica.

"Takk, kitaorang bukan macam tu!" kata Jerald lagi. Jessica tiba-tiba dia mendengus 

"Ugh! What a drama!" katanya. 

"Rilek la brader!" kata jack sambil memukul bahu Jessica. 

"Ouch!" kata Jessica. 

"Malam kita makan malam di luar. Aku hari ne malas nak masak!" kata Adam sambil melihat mereka semua kecuali Kailyn.

"Awak belanja?" tanya Jessica. 

"Yesh, aku belanja korang semua." Kata Adam lagi. Semua yang ada di sana sorak kegembiraan. 

"okay la, aku nak rehat kejap. Aku penat sesangat. Lagipun, dari pagi aku belum lagi mandi." Kata Jessica lalu berdiri.

"Eii, busuk!" kata Jack sambil menutup hidungnya. 

"Duh!" kata Jessica lalu berlalu pergi ke biliknya. Jessica meletakkan beg tangannya lalu dia mengeluarkan smartphonenya. Dia kemudiannya memasang radio lalu menguatkan suara di radio itu.

The Idiot BrothersTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon