BAB 30

92.5K 4.4K 305
                                    

Tetiba terasa nk update lakk mlm ni 😅
Buat karangan bm then aku teringat story ni 😂😂 author meroyan 😂😂 So aku here update dri author yg meroyan 😉

_______________

Mawar Qaisara berlegar-legar di lobi S'Holding sambil diperhati oleh Alex yang bersandar di dinding tidak jauh dari isteri bos dia itu.

Selepas mengambil Mawar Qaisara, Alex membawa budak itu ke situ. Itu pun atas permintaan Syed Syakil sendiri. Katanya nak ajak isterinya lunch sekali sambil berjumpa dengan client dia di Subang Jaya nanti.

Mata Mawar Qaisara yang asyik pada dekorasi syarikat gergasi itu jatuh ke arah seorang perempuan yang melangkah masuk dengan penuh lagaknya. Pakaian tak usah dikata. Bukan main seksi dan menggoda lagi. Dia berhenti di hadapan Mawar Qaisara dengan wajah sombong dan sinis dia itu.

"Can I meet Syed Syakil?"

Kata dia dengan wajah garang. Bibir dia yang merah dengan lipstik itu membuatkan Mawar Qaisara berasa seram. Tubuh dia yang dibaluti baju kurung moden sudah mengeletar. Alex yang mengecam perempuan itu mula berasa tidak sedap hati.

"Ermm--maaf saya--"

"Lembap! Aku just tanya mana bos kau! Itu pun kau tak boleh nak jawab ke hah! Macam manalah Syakil boleh ambil kau bekerja. Otak lembap macam siput!"

Kutuk perempuan itu selamba. Terkulat-kulat Mawar Qaisara disitu apabila ditengking. Nak nangis tapi dia tahan. Sabar selagi mampu. Pekerja yang ada berdekatan sudah mengerumuni mereka. Tertanya-tanya mereka siapa dua wanita itu.

"Maaf cik? Boleh saya tahu cik ni siapa?"

Tegur salah seorang pekerja disitu. Pelik melihat wanita seksi di hadapan dia itu. Kalau Mawar Qaisara dia tak kisah sebab selalu dilihat bersama bos besar mereka.

"Aku Naz Alisya. Tunang kepada Syed Syakil!"

Dalam nada bangga dia berkata. Naz Alisya menanggalkan kaca mata hitamnya dengan penuh lagak. Pekerja disitu sudah membuat muka. Bala sudah datang!

"Maaf cik, cik Naz tak boleh masuk ke bilik bos tanpa buat appoinment. Saya rasa cik Naz patutnya--"

Syafiqa selaku pekerja di bahagian kaunter pertanyaa mula berbicara. Tetapi dia mendapat semburan dari mulut puakan Naz Alisya.

"What the hell? Hei, aku ni tunang bos korang kot! Buat apa aku kena buat benda tak masuk akal tu! Kau fikir apa? Kuli batak macam korang? Pleaselah! Aku bukan macam korang. Korang memang patut kena buat benda tu semua sebab korang hanya KULI! Aku pula bakal isteri bos korang. Respect aku macam korang respect Syed Syakil. Tak pasal-pasal korang kena pecat huh!"

Merek sudah menahan rasa amarah di dalam dada. Siapa tak marah kalau dipanggil kuli? Siapa saja yang tak terasa? Mereka semua terasa hati. Tetapi Naz Alisya hanya buat tak tahu saja.

"Kakak tak baik kata macam tu. Dosa!"

Tegur Mawar Qaisara dengan muka polosnya. Naz Alisya yang memang sudah berasap makin berasap. Tiada siapa boleh menegur dia sebegitu.

"Siapa kakak kau? Hei perempuan! Kau dengar sini baik-baik! Kau tak layak panggil aku kakak. Aku bukan kakak kau jauh sekali keluarga kau. Jadi jangan nak berangan panggil aku macam tu. Muka hodoh ada hati nak tegur aku! Huh! Cermin diri kau dulu sebelum tegur aku. Kau tal layak! Jijik aku dengar! Perempuan murah!"

Lancang mulut Naz Alisya berkata. Pekerja disitu semua terkedu dan tergamam. Lagi-lagi Syafiqa yang tahu status Mawar Qaisara dan bos mereka.

"Ta--tapi abang Akil kata tak baik"

Mawar Qaisara berkata dalam nada sedih. Alex pula sudah mengelabat. Dia mula mendekati Mawar Qaisara. Tugas dia harus dijalankan.

"Kau kata apa?"

Naz Alisya pandang Mawar Qaisara tajam. Terketar tangan Mawar Qaisara apabila ditenung sebegitu. Mama, tolong adik!

"Abang Akil--"

PANG!

Terteleng Mawar Qaisara dengan tamparan padu itu. Bibirnya berdarah dan tangisan dia mula pecah. Mereka semua terdiam dengan kejadian itu. Syafiqa sudah menekup mulutnya. Habislah!

"Hei perempuan! Dengar sini baik-baik! Buka mata kau. Siapa kau nak panggil honey aku ABANG? Siapa? Kau hanyalah perempuan tak tahu malu saja! Perempuan lemah dan hodoh! Kau tak layak! Kalau aku tahu kau rapat dan panggil dia macam tu aku tak teragak-agak nak--"

"Kau nak apa?"

Suara itu membuatkan mereka semua pandang ke belakang. Syed Syakil tersenyum sinis dan dia dengan perlahannya berjalan ke situ. Pekerja-pekerja dia mula kecut dengan raut wajah bos mereka itu. Syed Syakil berdiri di hadapan Mawar Qaisara.

"Err, Syakil long time no see you honey! I really miss you! You tak rindukan I ke?"

Naz Alisya mula menggedik. Syed Syakil tayang wajah dingin dan bengis dia. Dia mencangkung di hadapan Mawar Qaisara. Wajah sendu isterinya di pandang.

Dagu Mawar Qaisara diangkat perlahan. Jelas wajah sembap Mawar Qaisara. Tangisan dia makin kuat apabila terlihat wajah kacak Syed Syakil. Teresak-esak dia menangis.

"Akil! Sakit hik...hik...kakak tu tampar Mawar...hik..."

Adu Mawar Qaisara dalam sendu. Syed Syakil menyentuh bibir isterinya yang pecah itu. Mawar Qaisara merintih kesakitan. Mendidih darah Syed Syakil melihat isterinya diperlakukan sebegitu.

"Shuhhh...abang ada. Mawar budak kuatkan. Nanti abang sapu ubat untuk sayang ya!"

Pujuk Syed Syakil lembut. Lambat-lambat Mawar Qaisara mengangguk. Syed Syakil berdiri. Perempuan di hadapan dia perlu diajar dengan satu cara!

'Kau dah sentuh hak aku tak mudah aku nak lepaskan kau macam tu je!'

BE MY BABY GIRL | C | TERBIT | A R S •3• Where stories live. Discover now