*Bab 44*

3K 68 1
                                    

SEJADAH dibentangkan ke arah kiblat. Posisi diambil untuk menunaikan solat Istikharah bagi memohon petunjuk dari Allah swt.

Lima minit kemudian..

"Assalamualaikum warahmatullah.." salam terakhir diberikan sebelum tangan ditadah untuk berdoa pada Yang Esa.

Pada pagi yang hening itu, Konstabel Shadriq dengan penuh khusyuk berdoa pada Allah untuk memohon petunjuk dariNya tentang jodohnya bersama Lidya.

" Ya Allah! sesungguhnya aku memohon petunjuk memilih yang baik menurut PengetahuanMu, aku memohon kepastian dengan KudratMu dan aku memohon dengan KurniaanMu yang amat banyak kerana sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tiada kuasa, Engkau Amat Mengetahui sedangkan aku tidak tahu dan Engkaulah yang Maha Mengetahui sesuatu yang tersembunyi. Ya Allah ! sekiranya Nur Lidya Huraisha Binti Hakimi adalah yang terbaik untukku, agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku, buat masa kini dan masa akan datang, maka takdirkanlah ia kepadaku dan permudahkannya untukku, kemudian berkatkan aku padanya. Tetapi, sekiranya di dalam PengetahuanMu dia bukan jodohku dan tidak baik buatku, agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku, buat masa kini dan masa akan datang, maka hindarkanlah dia daripadaku dan tentukanlah kebaikan untukku walau di mana jua aku berada serta redhakan lah aku dengannya. Sesungguhnya Engkau yang Maha Berkuasa di atas segala sesuatu ! Rabbana Atiina Fird dunya Hasanah, wa fil akhiratihasanah wa qina 'azabannar , wa sholallah hu'ala saidina Muhammad wa 'ala alihi washahbihi wassalam walhamdulillah hirabbil'alamin. "

Doa yang panjang itu diaminkan. Nafas ditarik dan dihembus perlahan sebelum lelaki itu bangkit dari duduknya. Sejadah dilipat dan diletakkan di dalam almari.

Badan yang penat dibaringkan di atas katil. Sempat lagi tanganya menyambar handphone di atas meja untuk melihat waktu sekarang.

"Hmm, dah pukul 1:50 pagi. Patutlah ngantuk lain macam ni."

Selimut ditarik paras dada dan doa tidur, Al-Fatihah, ayat Kursi dan surah 3 Qul dibaca sebelum tidur.

******
Sesosok tubuh tegap duduk membelakanginya dengan kemas mengenakan baju melayu putih, bersampin dan bersongkok hitam di atas kepala. Lagaknya persis seperti orang yang ingin akad nikah.

Lidya memandang sekeliling sebelum merenung dirinya sendiri. Baju kurung berwarna sedondon dengan lelaki di hadapannya kini melekat dibadannya. Rasa hairan menyelubungi hati. Dahi dikerutkan.

'Apa yang berlaku ni ? kenapa ramai orang kat dalam rumah aku ? dan siapa lelaki itu ?' soal Lidya bertalu-talu. Namun soalan itu hanya mampu disuarakan dalam hati. Entah mengapa mulutnya terkunci pada saat ini. Hatinya meronta-ronta ingin mengetahui siapakah gerangan lelaki di hadapannya kini.

Tiba-tiba bahunya dipeluk dari sisi. Lidya menoleh. Kelihatan wajah gembira terpancar di raut wajah ibunya, Puan Hana.

"Sabar ye Sha. Jangan nervous. Beberapa minit je lagi Sha akan jadi isteri orang.." kata-kata Puan Hana membuat Lidya terpanar.

'Apa ?! isteri orang ?!! isteri siapa ?!' Lidya hanya mampu menjerit di dalam hati. Saat ini, dia bagaikan patung yang  bernyawa.

"Okey, dah sedia semua ? mari kita mulakan.." soal satu suara, mungkin itu suara tok kadi.

Lidya menjadi gelisah. Ingin saja dia pergi dari situ. Namun, dia umpama di 'gam' di tempat duduk itu. Matanya ditumpukan pada belakang lelaki yang bakal bergelar suaminya sebentar saja lagi. Dan sejak bila ayahnya, Encik Hakimi yang merupakan wali untuk menikahkannya selesai melaksanakan tugasnya. Lidya terlepas mendengar nama suaminya itu akibat terleka dalam dunianya sendiri.

"Aku terima nikahnya Nur Lidya Huraisha Binti Hakimi dengan mas kahwin tersebut.."

"Sah ?"

"Sah !"

          

Dengan sekali lafaz, Lidya sudah sah menjadi isteri lelaki itu.

Tetapi, tidak bagi Lidya. Dia perasan akan sesuatu.

'Suara itu.... aku kenal.. itu suara... Oh! tak mungkin ! ' Lidya terus mengangkat kepalanya.

Dan belum pun sempat lelaki itu berpaling ke arahnya, azan Subuh berkumandang di handphonenya sehingga membuat gadis itu tersedar dari mimpi tadi.

"Astaghfirullahal'azim.." ucap Lidya lalu meraut mukanya.

"Allahuakbar ! mimpi rupanya. Siapa lelaki tu ? Hmm.. takpa, mimpi aje tu.." malas untuk menyesakkan kepala otaknya, Lidya terus menuruni katil untuk ke bilik air.

******
Selesai memanjatkan doa pada Yang Esa, lelaki itu meraup mukanya. Sejadah kembali dilipat dan diletakkan di dalam almari usai menunaikan solat Subuh tadi.

Konstabel Shadriq melabuhkan duduk di atas katil. Otaknya ligat mentafsir mimpi tadi. Mimpi dimana dia berjumpa dengan seorang gadis yang dia rasa, dia kenal. Namun wajah gadis itu masih kelihatan samar-samar. Jadi, dia tidak berapa nak cam gadis itu.

"Ya Allah ! adakah ini petunjuk dariMu. Andai benar, Kau perlihatkan wajahnya untukku lihat Ya Allah agar mudah untukku membuat keputusan. Amin ya Rabbal'alamin.." doa di aminkan.

Konstabel Shadriq yang sudahpun membersihkan diri sebelum menunaikan solat Subuh tadi, mengenakan pakaian seragamnya. Jam di atas meja sudahpun menginjak ke angka 6:30 pagi.

Jam tangan dipakaikan. Rambut dibetulkan sedikit sebelum belereng polis dipakai. Siap !

Tepat pada masanya. Pintunya diketuk dari luar. Siapa lagi kalau bukan Konstabel Johan yang mengetuk pintu rumahnya pagi-pagi macam tu.

"Haa, aku dah siap ni. Dah jom !" ujar Konstabel Shadriq sebaik saja membuka pintu.

Namun, bukan Konstabel Johan yang berdiri di luar seperti selalu. Kelihatan wajah sengih Konstabel Badrul di situ.

"Aik.. kau Bad ?Aku ingatkan Johan tadi. Johan mana ? "

"Ye. hehe. Johan? ada kat bilik tu. Buang lebihan. Hahaha.." gurau Konstabel Badrul.

"Ohh ye ? hahaha.. Itu lah, semalam bukan main lagi meratah satey daging, kan dah sakit perut. " sokong Konstabel Shadriq diselangi dengan tawa.

"Hahaha.. macam tak kenal Johan tu. Pantang jumpa makanan. hahaha"

"Haih.. Johan, Johan.. macam-macam. Dah, jom Bad ! tunggu kat bawah. Nanti aku message dia, kata kita tunggu kat bawah." ajak Konstabel Shadriq.

Konstabel Badrul membalas dengan anggukan.

******
"Morning Sha !" ucap Lukman seraya menapak di meja makan.

"Morning too Long ! Dah simpan semua barang ?"

"Dah.. Sha tak kerja hari ni kan ?" soal Lukman sambil menyapu jem di atas roti bakar.

"Ha'ah. Tak.. kenapa Long ?"

"Hmm.. takda apa. Okey ke tinggal kat rumah ni sorang-sorang ? Kalau tak, Sha boleh tumpang rumah kawan ke untuk 3 hari ni sementara along takda." jelas riak risau diwajah Lukman. Mana tak risaunya nak tinggalkan Lidya seorang diri di situ.

"Sha okey. Along tak payah risau. Sha boleh jaga diri." ujar Lidya dengan senyuman.

"Betul ni ? Along risau jugak nak tinggalkan Sha sorang diri. Ke Sha nak ikut along balik kampung jugak." ujar Lukman pula sekali gus memberi cadangan.

"Eii, mana boleh. Esokkan Sha kerja balik. Tak pasal-pasal kena buang kerja nanti.."

"Sha minta lah cuti kat bos Sha tu.." Lukman masih memujuk.

MR.KONSTABEL, Fall In Love ?! [COMPLETE]Where stories live. Discover now