Bab 20

23K 1.4K 795
                                    

In the end-Linkin Park (T^T)


In the end-Linkin Park (T^T)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Whatever will be,will be.The future is not for us to see.


Anis menutup kembali zip bagasi besarnya sebelum menyandarkan badan kebelakang.Matanya merenung perkataan 'Pelepasan antarabangsa' dengan lama.Tiket sudah ada di tangan,barang semua dibawa,dan dia juga sudah mendapat restu ibu dan ayahnya untuk belajar master di Kanada.Cuma satu yang dia tidak dapat bawa,perasaan gembiranya.Walaupun dia sudah tekad untuk keluar negara bagi melupakan semuanya,hatinya tidak dihinggapi perasaan teruja atau senang.

"Ini keputusan kau Anis..Jangan mengalah sekarang."

Ujarnya seorang diri lalu menutup mata.Tangannya mengeluarkan telefon bimbit di dalam poket skinny jeans nya dan membuka contacts.Anak matanya merenung nama Mikael.Di dalam hatinya sudah mengira untuk menghubungi jejaka itu atau tidak.Anis tersenyum kecil sebelum menggeleng-gelengkan kepala dengan laju.Otaknya teringat kembali peristiwa dia berada di dalam pejabat Mikael untuk berbincang tempoh hari.

"Why you do this Anis? I tak faham kenapa you lakukan benda macam ni kepada Sara?Dia tak ada dendam pada you langsung! She doesn't even know you do this to her."

Mikael menggeleng-gelengkan kepala dengan hampa setelah dia memberitahu Anis bahawa dia sudah tahu segalanya.Mikael telah mengetahui kesalahan aku yang sudah sabotaj perniagaan Sara.Fikir benaknya.Anis hanya mampu menghulurkan senyuman pahit.

"I tahu I salah Mikael,I sedar perkara tu sekarang..."

Lemah sahaja suaranya.

"You jangan risau,I dalam proses untuk betulkan semua kesalahan I.I akan jumpa Sara,dan mengaku pada dia kesalahan I.I juga dah beritahu mama,untuk putuskan pertunangan kita.Sebab I nak sambung belajar nanti,di Kanada."

Riak Mikael kelihatan tersentak.

"Kenapa you tak beritahu I hal ni awal-awal?"

"I malu Mikael.You tahukan yang I sukakan you lebih daripada seorang kawan,dan sekarang I cuba hancurkan hubungan you dan Sara.I yang teruk sebenarnya,memusnahkan persahabatan kita yang dulu.I akan berundur kebelakang,dan bagi you dan Sara kehadapan."

Anis memberanikan diri merenung pandangan Mikael yang dalam.Mikael diam seketika sebelum membuka mulut.

"Pada mulanya I mengaku,yang I marah dengan you sebab buat benda begitu kepada Sara.Namun perasaan marah tu tak lama, sedikit sebanyak sebab I juga you buat macam tu.I minta maaf sebab tak lebih prihatin dengan perasaan you Anis.Kalaulah,I tak terlalu ikut perasaan dan bincang elok-elok dengan you.Mungkin kita boleh elak semua ni."

Keluh Mikael dan laju Anis menggeleng-gelengkan kepala.

"No Mikael.Perbuatan I,tak ada siapa yang pengaruh I untuk buat benda macam tu.I yang nak buat benda macam tu kepada Sara.I yang memang bersalah,you tak salah dan Sara pula hanya mangsa keadaan.I akan tebus kesalahan I Mikael,you jangan risau."

Terkecuali : MikaelWhere stories live. Discover now