♧Card 12: Kuasa Halilintar♧

1K 94 58
                                    

"Engkau ingat semudah macam tu je ke nak curi kad-kad tu dari aku?! Jangan harap!" jerit Halilintar.

Halilintar terus meluru laju ke arah Kikita dan menyerang Kikita secara bertubi-tubi. Kikita bertahan menggunakan pisau yang berada di sarung tangannya.

Bunyi geseran pertembungan antara pedang milik Halilintar dan pisau Kikita kedengaran di tempat mereka bertarung. Sekali sekala percikkan api keluar apabila Halilintar membuat serangan menggunakan pedangnya.

"Rasakan ni! Libasan pedang halilintar!!" jerit Halilintar.

Kikita mengerang kesakitan apabila serangan daripada Halilintar terkena pada mukanya.

"Macam mana? Sedap?" ejek Halilintar.

Kikita mengelap darah yang keluar, wanita itu terus meluru laju ke arah Halilintar. Sementara itu, Probe dan Ejojo berada di atas bangunan berdekatan dengan tempat mereka bertarung.

"Menarik! Halilintar lawan Halilintar!" kata Probe dengan riang.

"Tapi bukan ke kita patut tolong mereka sekali?" soal Ejojo.

"Biarkan dulu, bila darurat nanti kita tolong Kikita," kata Probe.

"Donderspiese!!" jerit Kikita.

Muncul tombak halilintar di tangan Kikita dan wanita itu terus mencampak tombak halilintar ke arah Halilintar. Halilintar tersenyum sinis, dia terus melurukan tangannya ke tombak halilintar dan kadar yang pantas dia mengambil tombak tersebut lalu mencampak semula ke arah Kikita. Kikita yeng terkejut dengan serangan pantas oleh Halilintar itu, tidak sempat mengelak. Tombak halilintar itu tergeser di bahu kirinya, Kikita mendarat di atas tanah dan tangan kanannya memegang bahu kirinya yang terluka itu.

"Bagitau aku, siapa yang hantar engkau ke sini?" soal Halilintar, dingin.

Halilintar berjalan ke arah Kikita dengan riak wajah dinginnya. Kilat semakin kedengaran kuat dan suasana semakin gelap. Solar yang pengsan akibat dari serangan Kikita, terbangun.

"Kepala aku. Eh?! Cermin mata aku!" kata Solar sambil tangannya meraba-raba, mencari cermin matanya.

Ternyata cermin mata Solar sudah pecah dan gagal berfungsi, Solar terkaku kerana penglihatannya 100% tidak kelihatan.

"Macam mana ni?? Halilintar!" kata Solar.

Solar berdiri dan cuba untuk berjalan tetapi tidak berjaya, dia selalu terjatuh akibat tidak nampak dan terlanggar halangan yang berada di hadapannya.

"Tak guna! Aku tak nampak satu pun!" rungut Solar.

"Siapa yang hantar aku? Itu tidak penting. Yang penting aku nak kesemua kad tu!" jerit Kikita lalu dia terus menumbuk Halilintar.

Halilintar menahan tumbukan Kikita dengan hanya menggunakan tangan kanannya. Penumbuk Kikita digenggam kuat sehingga terdengar tulang tangannya retak, Kikita mengerang kesakitan. Halilintar menyeringai.

"Anakatépste bàla!!"

Beberapa buah bebola bayang muncul ke arah Halilintar, Halilintar terus melompat dan mengelak daripada terkenan serangan itu. Dia menoleh ke belakang, ternyata Probe yang terapung di awang-awangan, menyeringai ke arahnya.

"Nampaknya engkau dah tunjuk kuasa sebenar engkau tu, Halilintar," kata Probe.

"Engkau lagi!" jerit Halilintar.

"Hoi! Kenapa lambat sangat, huh?!" jerit Kikita.

"Saja, aku nak tengok keseronokkan engkau lawan dengan pengembara miskin ni," ejek Probe.

[C]♤The Quest Of CardHouse [1st Season]♤Where stories live. Discover now