BAB 1: pulang ke Malaysia

31.6K 161 1
                                    

Di lapangan terbang Los Angeles , Wani asyik memikirkan tentang Malaysia .Jika dia balik ke Malaysia sudah pasti kehidupanya tidak sebebas ketika berada di Los Angeles seperti bergaul bebas dengan lelaki , Berpeluk- pelukan sesuka hati kerana mama dan papanya iaitu Datin Melissa dan Dato' Ahmad tidak akan membenarkan dia terbang bebas seperti burung- burung . Lantas dia teringat akan diri nya dahulu iaitu seorang gadis yang berperwatakan lemah lembut , menutup aurat dan suka menghadiri majlis ilmu dia dihantar ke Los Angeles adalah disebabkan dia adalah satu-satunya anak tunggal keluarga Dato' Ahmad sudah pasti dia yang akan mewarisi perniagaan papanya , jadi papa dan mamanya mencadangkan agar dirinya dihantar menyambung pengajiaan di Los Angeles dalam bidang perniagaan . Pada awalnya dia menolak kehendak mama dan papa nya , tetapi disebabkan rasa simpati yang menyelubungi hati akhirnya dia bersetuju dengan kehendak mama dan papanya . keesokan harinya, dia terus dihantar ke Los Angeles , papa dan mamanya menghantar dia dengan sebuah harapan agar syarikat Ahmad's holding berkembang dan terkenal di rantau dunia .Tetapi hanya sia-sia sahaja usaha papa dan mama nya menghantarnya dan mengirim sejumlah wang ketika belajar disana kerana pihak Universiti di Los Angeles asyik menelefon mama dan papa nya memberitahu bahawa diri nya tidak selalu menghadiri kuliah . Dia perasan akan perubahan dirinya yang mendadak ketika berada di Los Angeles , tetapi dia tidak menghiraukannya kerana dia lebih suka kehidupanya sekarang berbanding dahulu yang terikat sangat dengan majlis ilmu dan dia juga lebih suka bergembira dengan kawan nya dari menghadap komputer riba dan membuat tugasan . Akhirnya mama dan papa nya menegaskan agar dia segera pulang ke Malaysia dan menyambung pengajian di Malaysia , pada awalnya dia agak keberatan untuk pulang ke Malaysia kerana tidak mahu meninggalkan kekasih hati nya , Aiman . Apabila papa nya mengugutnya bahawa tidak akan memasukkan lagi sejumlah wang ke akaunnya jika dia tidak pulang ke Malaysia jadi dia terpaksa pulang ke Malaysia dan dia akur dengan keputusan mama dan papa nya ..

Lamunanya terhenti , apabila melihat ramai orang membuat satu barisan yang lurus. Ia menandakan gate 7 sudah dibuka dan kapal terbang akan berlepas 30 minit sahaja lagi lantas dia mengambil Iphone 8 miliknya dan membuat panggilan kepada Datin Melissa untuk memberitahu bahawa dia akan berangkat sebentar lagi ."Mama Wani dah nak berangkat dah ni" jelas Wani sambil membetulkan rambutnya "okey , mama dan papa tunggu" balas Datin Melissa Ceria . selesai sahaja Wani memberitahu tentang keberangkatanya di Los Angeles terus Datin Melissa memanggil suaminya "abang , anak kesayangan kita dah nak balik dah . Rindu sangat saya dekat Wani tu" ujar Datin Melissa ceria . Dato'Ahmad hanya tersenyum dan meneruskan pembacaannya "Kakjah ? kejap lagi wani nak balik .Dalam 10 jam lagi jadi Mel nak Kakjah siapkan makanan kegemaran Wani" "Baik Mel , nanti Kakjah siapkan makanan kegemaran Wani . Kalau tak silap Kakjah , makanan kegemaran Wani tu Nasi Lemak dengan Ayam goreng berempah kan Mel ?" Balas Makjah sambil tersenyum manis "betul tu rindu nak tengok dia makan" Balas Datin Melissa sambil tersenyum kerana dalam 10 jam lagi Wani akan sampai ke Malaysia sungguh dia rindu dengan gadis manis itu !

10 jam kemudian...

Kelihatan seorang gadis berkaca mata hitam , berbaju ketat , berlengan pendek dan menampakkan sebahagian dada nya yang terdedah , berkasut tumit tinggi serta berseluar pendek itu sekaligus meraih perhatian orang ramai yang berada di Lapangan terbang Kuala Lumpur itu kerana rupanya tidak ubah seperti Selena Gomez versi berlesung pipit dan Wani juga perasan bahawa badannya yang gebu menjadi santapan lelaki berhidung belang . Semasa menunggu bagasi , ramai lelaki cuba mendekati Wani tetapi Wani tidak mnghiraukanya kerana dia sudah biasa dengan situasi begitu , ketika berada di Los Angeles malahan ada yang lebih teruk . terus Wani mencapai Iphone 8 miliknya di dalam beg LV Limited Edition hadiah daripada kekasih hatinya yang kini sudah jauh dimata . Sungguh dia rindu pelukan kekasih hatinya itu kalau tidak disebabkan papa nya tidak mahu mengirimkan lagi sejumlah wang jika tidak pulang ke Malaysia sudah pasti sekarang dia berada di dalam pelukan kekasihnya . Lamunanya terhenti apabila melihat bagasinya sudah kelihatan...

isteri aku sexy?Where stories live. Discover now