53

652 104 2
                                    

Aku buka mata sedikit demi sedikit apabila aku rasakan ketidakselesaan dalam posisi baring seperti sekarang ini. Aku baru sahaja mahu bergerak bila aku rasakan ada sesuatu melingkar di sekitar perut aku. Mata aku yang terkebil-kebil tadi dibuka seluasnya untuk melihat apakah bendanya itu dan aku terkedu seketika.

Ianya, tangan seseorang.

Aku menoleh ke belakang sedikit untuk melihat gerangan empunya tangan dan sekali lagi aku terkedu. Chanyeol tidur di sini, dalam bilik aku, atas katil aku, di belakang aku, dan sedang memeluk aku.

Aku mahu membangunkannya supaya dia berpindah ke biliknya sendiri kerana aku rasakan yang dia sudah tersilap ini. Namun melihatkan dia yang seperti terlalu kepenatan niat itu aku tepis jauh-jauh. Kasihan dia, mungkin balik lewat semalam sebab banyak kerja dan sehingga tersilap masuk bilik. Mengantuk sangat mungkin. Dengkuran halus yang terhasil dari mulutnya yang sedikit terbuka membuktikan yang dia benar-benar kelelahan.

Aku berpaling menghadapnya dengan berhati-hati, tidak mahu sehingga dia tersedar. Tangan aku bergerak ke bahagian anak rambutnya, lalu aku usap dengan lembut di situ sambil memandang wajahnya yang nampak polos semasa sedang lena. Mahu tercabut sahja tidak jantung aku apabila Chanyeol tiba-tiba membuka kelopak matanya lalu menatap aku tanpa riak.

Pipi aku rasa terbakar, malu yang amat.

“S-saya ganggu awak tidurkah? M-maaflah.. Awak tidurlah balik.”

“Aku pula rasa yang sebaliknya, aku ganggu kau tidurkah? Kalau kau rasa tak selesa, aku boleh pindah ke bilik aku. Sorry, tadi aku penat betul sampai tak kenal bilik sendiri sudah.”

Seperti yang sudah aku jangkakan tadi.

“Lagipun, aku rasa macam nak dekat dengan baby sahaja baru boleh rasa tenang.”

“Kalau macamtu, awak sambung sahajalah tidur. Saya tak kisah pun kalau awak nak tidur di sini.” Balas aku sambil menguntumkan senyuman kecil padanya.

Tanpa melanjutkan perbicaraan dia menutup semula matanya, dan menyambung lenanya. Dia sungguhan penat iya. Jika tidak, tidak sebegitu mudah untuk tertidur semula. Menatap wajahnya yang sudah tidur membuat aku turut sama rasa mengantuk. Jadi aku pun menyambung lena aku yang terganggu tadi, apabila aku rasakan tangannya kembali melingkari pinggang aku.

Aku biarkan sahaja.

Sebab aku rasa selesa dalam pelukan dia.

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now