Akak perempuan yang ke dua ni memang nak hidup berdikari lah kononya, so dia ambil keputusan untuk sewa rumah kat pekan. Rumah dia memang berhampiran dgan bandar tapi tak ubah macam tmpat jin bertandang!.
Tepi paya! Senang banjir!
Waktu ni aku baru je abis pt3,bahan uji kaji katakan,Steres sungguh!.mom selalu hantar aku gi rumah akak sebab dia kerja kat hospital segamat sahaja. Aku pon tak tahu nak buat apa.
Pada malam sewaktu aku mula-mala jejak kaki kat rumh akak tu dah rasa lain dah,tiba-tiba bula roma meremang sendiri beb!
Masa mgrib aku selesai solat, tgah-tengah berdoa. Ada dua titik darah yg masih fresh hujung sejadah aku.aku mula2 pelik tapi tiba-tiba housmate akak dtang dan sapa aku,
"Kenapa min?,goishh!. Darah lagi ke?"
Dia mula megambil gambar darah tadi dan mula bercerita.
"Thu tak,minggu lepas pon jadi macam ni,tapi lagi teruk sampai kat telkung pon kena darah tu"
Housmate akak yang berbadan chubby tu mula berseloroh.aku ada tanya jugak akak kalau-kalau tangan nya berdarah. Tetapi jawapannya hampa.
Aku mula hiraukan kejadian tadi, aku mula melayan rakan-rakan fb aku. Aku ni jenis budak kpop,so layan grup-grup kpop je lah.
"Min,akak nak keluar jap,kau tinggal dgn akak tu,dia tumpg tido bilik ni.tak berani katanya tido sorang-sorang"
Aku anggukkan sahaja kepala,malas nak buang air liur malam-malam ni. Aku layan je grup chatting sampai lah larut pagi,kouta akak abis pkul 2.so rasa membazir lah kalau tak mnfaatkan.hahahaha.
-------
Dalam pukul 1.30 pagi tu aku tiba-tiba terdengar bunyi tapak kaki dekat luar. Aku ingat akak aku. Jadi aku hirau kan je lah sambil bukak YouTube.
Housmate akak ni takpyah cakap lah, tidur berdengkor megalahkn bunyi kapal.surah yassin terbuka dari tadi.
Sekali lagi aku dengar tapak kaki orang dari luar bilik,tapi kali ni lagi dasyat.siap dengar suara budak-budak ketawa. Rumah akak tak tukar lagi tikar getah.so biasa lah tikar lama.kalau di pijak,sebatu boleh dengar.
Aku mula tutup tab akak dan selubung satu badan dalam selimut. Suara budak-budak tadi masih kedegaran sehingga lah akak tiba-tiba balik.aku cerita pada dia,tapi dia tak hiraukan kata-kata aku itu.
------
Keesokkn harinya pula,aku keseoragan di rumah. Akak dan housmate keluar pergi kerja,
aku? Mereput makan meggi je lah jawabnya.
Aku bangun untuk masak meggi,dapur akak ni jenis yang pakai gas kecil,macam dapur untuk kem lah senang. Petik ke bawah baru hidup apinya.
Selesai aku masak meggi tu aku pergi ke bilik akak,tonton rancagan realiti running man dari leptop akak.
Sebelom tu aku sapu-sapu sikit bilik akak dan rumah dia.pintu depan aku buka,grill pagar aku kunci.kang ade pulak orang tak diigini masuk!.
Dah siap aku sambung lagi menonton,tiba-tiba aku terdengar bunyi pintu grill tadi di pulas.mungkin akak yang balik. Tapi jawapan aku hampa.tiada orag di luar mahupon di dalam,hanya aku sendiri.
Aku masuk balik dan habis kan sisa meggi yang berbaki tadi, lepas habis aku bawa mangkuk ke singki dapur, basuh sambil bernyayi kecil. Tiba-tiba aku terhidu gas,
aku nampak dapur tadi terpetik ke atas, tapi api tiada. Aku petik ke bawah balik supaya gas tak terbuang begitu sahaja. Aku pergi ke pintu dapur dan bukanya sedikit. Untuk hilangkan bau gas,kang mati aku kat dalam rumah ni.
Kaki ku mula atur ke bilik kembali, tapi telingga ku menangkap bunyi dapur tadi . Lagi sekali ianya terpentik ke atas dan tiada api.
Masa aku tutup balik dapur aku ternampak susuk tubuh di pintu dapur, mahluk tu memegang kepalanya sambil merigai ke arah aku.
Mata terjojol keluar,
Badan berbongkok,
Dan paling jijik. Darah dari mulutnya tersembur ke luar.Sekarang baru aku tahu datang darah menitik itu!.
Kaki aku macam kena paku, aku baca ayat khursi sambil dengar benda tu menggilai.sumpah aku macam nak terkencing waktu tu.
Bila aku dah dapat gerakkan kaki,aku pecut habis masuk ke dalam bilik akak dan ambil kitab yassin.
-----
Tenggah aku gigil-gigil aku terdengar suara memanggil ku, ahh sudah! Takkan benda tu tak puas sakat aku lagi!
Tmbol pintu terpulas sendiri, aku hanya mampu masuk ke dalam selimut sahaja, pintu bilik akak ni tak bolah nk kunci sebenarnya.
"Min kau kenapa?, kau okey tak ni? Muka kau pucat sis"
Aku mampu menghela nafas lega, rupanya akak aku yg balik, sekarang pon dah pukul 6 petang,masa akak pulang dah tiba.Aku tak cakap apa-apa pon kat akak.
1.sebab aku takut dia tak percaya kata-kata aku.
2.takut dia dah taknak duduk rumah tu dah, ye lahh dia baru je pindah kan.Lepas peristiwa tu aku dah tak nak duduk rumah akak lagi, dah lah lepas balik rumah dia, badan aku abis lebam-leban. Di tekan tak sakit, sah benda tu isap darah aku kan!.
-----
Lepas sebulan peristiwa tu akak chat aku dan dia cakap dia nak duduk rumah umi balik, aku pelik dan tanya sebab nya,tapi dia hanya cakap
"Sewa situ mahal lah,dah lah banjir selalu.lagipon housmate aku tu tak guna,tak nak bayar pon duit rumah"
Aku diam kan sahaja sampai ade suatu haritu dia terlepas cakap. Terlajak perahu boleh diundur. terlajak kata,cerita je lah kan? Hahahaha.
"Rumah tu ade penghuni,kau tahu hampir setiap malam aku kena kacau. Aku bawa ustaz ke rumah tu dan dia cakap rumah aku tu ada bunian,ade nenek,dan paling teruk ada pontiank. Badan aku asik lebam-lebam sebab ponti tu sedut"
Haa,tu lahh.aku dah cakap kat dia,Tak percaya kan? Hahh amiklah kau!
--------------
Maaf guys baru update, dapat cuti balik kampung takde line,balik putrajaya bezy kelas pulak.
Btw,commen and vote ye guys 😘
YOU ARE READING
Sixth sense
ParanormalAku ade deria keenam, tak percaya?. aku boleh rasa,aku boleh dengar, bahkan aku boleh lihat sendiri kalau banda tu muncul depan aku. Aku special? tak. aku rasa aku ni pelik. nak dengar ? Sini aku cerita pengalaman aku.