Part 7

339 16 0
                                    

Kring ! Kring ! Kring !

Jam loceng Qaisara bersuara kuat menandakan sudah tiba waktunya untuk Qaisara Az-Zahra bangun. Qaisara yang sedang diulit mimpi terjaga dari tidurnya bangun dan duduk di sisi katil lalu mengosok-gosok matanya .

Tanpa dia sedari hari minggu sudah berakhir dan hari pembelajarannya di universiti Caplis bermula .

Qaisara bingkas bangun lalu berjalan menuju ke bilik air usangnya yang sudah uzur dimamah usia .

Selesai Qaisara bersiap , dia segera mengambil 2 keping biskut kering sebagai alas perut sebelum ke universiti Caplis.

Apabila bas yang dinaiki Qaisara sampai di pintu pagar Universiti Caplis , Qaisara segera turun sambil membetulkan rambutnya yang terkena terpias angin .

Semasa dia berjalan melepasi pondok guard . Kedengaran sebiji kereta membunyikan hon .

Mulanya Qaisara tidak mahu mengambil kesah memandangkan itu bukan hal dia . Tapi dia mula pelik dengan hon yang masih tidak berhenti setelah 3 kali hon . Qaisara menoleh, rupanya itu Tengku Putra Adryan sedang memanggilnya menggunakan isyarat tangan. Qaisara menunjuk dirinya, takut tersilap orang. Apabila melihat lelaki itu mengangguk.

Qaisara berjalan pelahan menghampiri kereta Ferrari merah Tengku Putra Adryan .

"Kenapa panggil saya?"  Tanya Qaisara

"Naik la , kita pergi satu tempat "   ujar  Tengku Putra Adryan

"Tak nak la , saya takut"   Qaisara mula beralasan . Memang hakikatnya dia tak akan ikut mana-mana lelaki.

"Degil la awak ni.Naik ja la. Saya ni bukan nak buat apa-apa pon kat awak . Kalau awak tak percaya ,awak boleh cakap call dengan bonda saya"       Panjang lebar kata - kata Tengku Putra Adryan yang cuba meyakinkan Qaisara supaya percaya kepadanya .

"Call la bonda awak tu"   Pinta Qaisara yang inginkan bukti

Tengku Putra Adryan mula menekan punat iPhone dan mendail nomber bondanya .  Setelah beberapa saat panggilan dijawab .

"Assalamualaikum bonda , Qaisara tak percaya yang Ryan nak bawa dia ke satu tempat ni "   Kedengaran Tengku Putra Adryan memberitahu bondanya .

Selepas itu Tengku Putra Adryan menghulurkan iPhone merahnya kepada Qaisara yang dari tadi hanya memandang .

"Assalammualaikum Mak Cik "  Ucap Qaisara

"Waalaikummusalam Qaisara , Ryan tu betul nak bawa Qaisara . Ryan tak akan berani nak buat hal . Percayakan Mak Cik ya"   lembut tutur kata Tengku Maisara .

Selepas beberapa saat . Qaisara mengembalikan semula telephone kepada Tengku Putra Adryan .

"Dah percaya ? "   Sindir lelaki itu kepadanya

Qaisara hanya mengangguk . Dan berjalan ke sisi sebelah kereta Ferrari itu dan mencuba membuka pintu itu tapi cubaannya gagal . Selepas berkali mencuba dia kembali semula kepada sebelah tingkap lelaki itu .

Qaisara melihat Tengku Adryan sudah ketawa terbahak-bahak .Mana taknya dia ketawa , dia melihat Qaisara yang keliru untuk membuka pintu kereta Ferrari dia .

"Macam mana nak buka?  tanya Qaisara

"Kejap saya buka "   balas Tengku Putra Adryan dengan tawa yang masih tersisa .

Lalu

Dengan canggihnya pintu kereta Ferrari terbuka. Qaisara tergamam seketika.

Semasa didalam kereta Qaisara tidak henti bertanya lelaki disebelahnya kemana mereka akan pergi . Tapi jawapan lelaki itu tetap sama iaitu Rahsia .

Tengku CharmingWhere stories live. Discover now