Kalau ada satu perkara yang mengelirukan dalam perkara ini dan ianya tidak mampu diatasi oleh sesiapapun, semua itu tetap tidak mampu mengatasi kekeliruan yang sedang dialami oleh Lisa. Semua ini terlalu rumit untuk dihadam oleh Lisa dan semuanya itu sangat memeningkan.
"Siapa bagi semua ni kat Lisa?" Tuan Mahmud bertanya kepada isterinya.
"Lisa tak tahu. Lisa dapat semua benda ni in a random way. Lisa ingatkan abang yang bagi kat Lisa, mula-mulanya."
"Abang dah buang benda ni. Entah macam mana semua benda ni boleh ada kat sini."
"Then, macam mana dia ada kat sini?""Entah. Abang sendiri tak tahu. There must be someone who passed it to you."
Lisa mendiamkan diri. Dia tak tahu apa lagi yang dia patut katakan atau lebih tepat, justifikasikan. Semua ini terlalu kompleks untuk diterima oleh otaknya.
"Kenapa abang tahan dengan Ramona? Dia kejam! Maafkan Lisa tapi she doesn't deserve you from the beginning."
Tuan Mahmud tunduk memandang lantai. Semua perasaan singgah ke tangkai hatinya. Semua perasaan yang mampu mengenangkannya terhadap isterinya yang sangat dia cintai. Isteri yang dia siakan cintanya.
"Because how bitchy she is, how dominating she can be, she is my wife. A wife that I marry. Isteri yang abang pernah janji untuk hidup bersama saling cinta satu sama lain... selamanya."
Lisa mulai rasa simpati.
"Abang tak pernah salahkan dia. Abang marah kat mulut je. Semua yang abang marah kat dia, macam yang Lisa baca dalam diari tu, semua tu kat mulut je. Abang tak pernah ambik simpan dalam hati."
"Kenapa tak pernah cakap kat dia? She is your wife. She supposed to know."
"Sebab abang bodoh. Abang ego. Dan abang kalah dengan semua tu..." Tuan Mahmud jeda seketika. Dia memandang potret arwah Cik Puan Ramona di dinding. "Dia menang. Dia sentiasa menang."
"Abang tahu tak pasal Khusyairi tu?"
"How could I don't? I know everything."
"Dan abang tak marah kat Ramona for that?"
"Orang yang sepatutnya abang marah untuk cerita dengan Khusyairi hanya ada seorang je. Orang tu adalah abang sendiri, Lisa."
"Kenapa pulak abang kalau Ramona yang curang?"
"I was not there when she wanted my attention. I was not there when she just wanted me to treat her daughter which is not mine, as good as every father can be. It is my fault from the beginning."
"Tapi abang cuba betulkan keadaan, kan?"
"Lisa tak sedar ke masa tu semuanya dah terlambat. Dia dah jatuh angau dengan Khusyairi. Dia tak sempat jatuh cinta dengan Faris sebab masa tu, dia masih cintakan abang. Abang masih jalankan tanggungjawab abang dengan baik walaupun ada bahagian yang abang masih salah. Sekarang ni..."
Lisa menghempaskan diari itu ke lantai. Hatinya benci dan marah kepada isteri pertama suaminya yang juga adalah ibu kepada dirinya itu. Ada rasa seperti dia punca semua ini terjadi. Kelahirannya 23 tahun dahulu.
"Fuck this diary! Seriously!"
"Lisa, Ramona tak salah..."
Lisa tidak lagi fokus mendengar apa yang diperkatakan oleh suaminya. Sebaliknya, dia terus mencapai kunci kereta di atas meja kopi dan terus menuju ke garaj kereta di villa tersebut. Dia terus memandu sebuah kereta Porsche Cayanne yang berada di situ meninggalkan Villa MahMona.
Di dalam rumah, Tuan Mahmud terduduk sendiri di atas sofa. Semua koleksi diari arwah Cik Puan Ramona yang berada di situ dikutipnya dan dipeluknya rapi dan erat. Matanya memandang potret arwah isterinya. Tidak puas rasanya menatap wajah jelita itu bertahun yang dahulu.
"Ramona, you betul. Semuanya betul."
Wajah yang di dalam potret itu yang pada awalnya tersenyum dilihatnya bertukar menjadi wajah meluat. Arwah Cik Puan Ramona yang dulunya murah dengan senyuman, tidak lagi dilihatnya sebagai Ramona yang satu itu. Dia sangat merindui Ramona yang itu.
"Tuan, sabarlah tuan." Kak Gee cuba memujuk majikannya.
"Kalau saya ni tak sabar, Gee, dah lama saya ikut dia pergi."
"Tuan, saya tahu Cik Puan Muda Lisa tu baik. Tuan tak nak kejar dia ke?"
"Untuk apa, Gee? Sekurangnya dia dah tahu semua ni. Saya memang rasa berdosa selagi dia tak tahu apa perkara sebenar yang terjadi."
"Saya faham tu, tuan."
Tuan Mahmud memandang ke arah pendiang api hiasan di dalam villa tersebut. Benaknya memikirkan sesuatu. Sesuatu yang agak gelap dan mengarut sekiranya difikirkan mengikut logik akal manusia biasa.
"Gee, panggilkan semua pekerja villa ni untuk kumpul kat ruang tamu ni pukul enam petang nanti. Saya ada pengumuman."
"Pengumuman apa tu, tuan?"
"Nanti saya akan beritahu. Bagitau Biah sekali. Dan tolong panggilkan Razziq ke sini sekali."
"Baiklah, tuan."
Kak Gee terus naik ke tingkat atas untuk memanggil anak angkat majikannya itu. Dia sendiri bingung dengan apa yang sedang berlaku terhadap perkahwinan kedua tuannya itu.
"Kenapa papa cari saya, Kak Gee?"
"Entahlah, Tuan Muda Cik. Kak Gee pun tak tahu."
Razziq turun ke tingkat bawah dengan perasaan yang berbaur. Dia juga bimbang sekiranya rahsia yang dipendamnya terbongkar ketika itu. Rahsia apa? Ada, besar jugalah rahsianya.
"Cik, kita pindah."
Razziq tergamam. Dia naik hairan mengapa tiba-tiba sekali papa angkatnya membuat keputusan begitu. Villa ini merupakan mahligai kenangan bagi Tuan Mahmud, kalau nak diikutkan.
"Pindah mana, pa?"
"Somewhere else. But not here."
"Sebab?"
"Can you please don't question anything? Pergi siap jelah!"
"But..."
"Go!"
Kemudian Tuan Mahmud mencapai gagang telefon rumah. Telefon rumah tersebut terletak di atas meja di bawah potret besar arwah Cik Puan Ramona. Sambil mendail nombor, Tuan Mahmud memandang wajah isterinya dalam potret tersebut.
"Hello, Tuan Mahmud."
"Pak Heru, saya akan pindah ke Pulau MahMona."
"Apa dia, tuan?"
"Saya akan pindah ke Pulau MahMona. Permanently."
"Kenapa, tuan?"
"Dia dah tahu."
Pak Heru di hujung talian terdiam. Dia tahu siapa dan apa yang dimaksudkan oleh Tuan Mahmud itu tapi dia masih rasa sukar untuk mempercayainya.
"Maknanya betullah Cik Puan Muda Lisa tu anak kepada Cik Puan Ramona?"
"Ya betul. Dan selepas dengan dia pun, saya masih tak rasa untuk meneruskan perkahwinan kami."
"Tuan pasti ke?"
Tuan Mahmud mengeluh di hujung talian. Zahirnya dia pasti, batinnya tak pasti. Bagaikan ada satu tenaga asing yang memaksanya berkata ya dan semua itu membuatkan dia sendiri keliru. Keliru antara perasaan sendiri.
"Saya pasti. Saya tak boleh teruskan perkahwinan ni dengan hidup dalam villa yang saya ciptakan khas untuk Ramona."
"Ramona akan faham, tuan."
"Tak! Saya kenal Ramona. Saya kenal sikap sebenar isteri saya tu."
Pak Heru diam kembali. Dia tidak berani menjawab apa-apa lagi yang dikatakan oleh Tuan Mahmud, majikannya itu.
"Tuan, saya ada benda nak beritahu tuan."
"Tentang?"
"Diari-diari arwah Cik Puan Ramona. Sebenarnya, saya yang beri semua tu pada Razziq. Untuk diberikan kepada Cik Puan Muda Lisa."
Tuan Mahmud tidak membalas apa-apa. Sebaliknya meja yang menyokong telefon tersebut ditumbangkan ke lantai.
_______________
Bila Daniel Darwisy update semakin laju, anda semua harus tahu itu adalah petanda novel ini bakal berakhir tidak lama lagi... so, keep supporting!