Sofia dan mak Munah melangkah masuk ke dalam rumah setelah saja memberi salam. Sofia berjalan ke ruang tamu manakala mak Munah ke dapur.
Kelihatan Afieq masih lagi menghadap TV. Sofia mengambil tempat duduk di sebelah Afieq.
"Mana Arqi?" tanya Sofia.
"Pergi hospital"
"Ish. Dia pergi hospital tak ajak aku. Aku pun nak pergi tengok Yaziq"
"Eh, kau tuh sakit. Duduk je diam-diam dekat rumah" kata Afieq.
"Dia pun sakit jugak"
"Dia lelaki. Tak apa, boleh tahan sakit. Kau perempuan. Bahaya kalau kau keluar tanpa aku"
"Kalau macam tuh, kau ikut lah sekali"
"Aku malas nak keluar" balas Afieq.
Sofia menjeling. Afieq kembali fokus menonton televisyen .
"Kau nak tahu tak? Tadi.."
"Tak nak tahu" potong Afieq.
"Eii, dengar lahh" Sofia memukul lengan Afieq.
"Yelah-yelah. Aku dengar. Ha, sambung lah"
"Tadi aku jumpa Nad"
"Nad? Siapa Nad?" Afieq memandang Sofia.
"Eh kau pulak ke yang amnesia?"
"Aku tak amnesia. Cuma kurang ingat budak yang bernama Nad ni" kata Afieq.
"Hish, Nad sepupu kita lah"
"Sepupu kita? Nadia ke?"
Sofia mengangguk.
"Dia ada dekat sini?" tanya Afieq.
"Ya. Dia pindah sini dengan kakak dia"
"Dengan Naz?"
"Yelah. Dengan kak Naz lah. Siapa lagi kakak dia kalau bukan kak Naz?"
"Makcik dengan pakcik ada?" tanya Afieq.
"Tak ada. Diorang berdua je pindah sini. Makcik dengan pakcik tak nak pindah sini" kata Sofia.
"Kenapa diorang pindah sini?"
"Sebab Nad nak lupakan kejadian yang menimpa Fitri"
"Kejadian yang menimpa Fitri? Kejadian apa?" soal Afieq.
Sofia terdiam.
"Er dah lah. Aku nak naik atas" Sofia bangun dari duduknya dan berlalu naik ke tingkat atas.
Afieq hanya memandang.
Sofia berjalan menaiki tangga ke tingkat tiga. Tiba di tingkat dua, dia berhenti.
Sofia memandang setiap pintu bilik yang ada di situ. Matanya tertacap pada sebuah pintu berwarna lain dari pintu yang lain.
Pintunya berwarna coklat berbanding dengan pintu yang lain berwarna putih. Dia mendekati pintu tersebut.
"Kenapa Yaziq tak bagi orang masuk? Apa rahsia dalam bilik ni?" kata Sofia seorang diri.
Sofia berdiri di hadapan pintu itu.
"Boleh tak kalau aku cuba masuk?" tangan Sofia sudah mula mahu memegang tombol pintu.
"Ha buat apa?"
Sofia tersentak. Dengan segera dia menurunkan tangannya lalu menoleh ke arah tuan empunya suara itu.
"Er, tak buat apa. Saja tengok pintu ni"
YOU ARE READING
7 Jejaka Hots [Book2]
Teen FictionSetiap perhubungan pasti ada dugaan . Begitu juga dengan Sofia dan Irsyad . Pelbagai jenis dugaan yang dihadapi oleh Sofia di Jepun . Bukan saja di Jepun , di Malaysia juga nyawa dia mungkin terancam . Natasya , bekas kekasih Irsyad . Merancang sega...