Aku dan Jay

172 6 0
                                    

Jay dan aku merupakan kawan rapat sejak daripada kecil lagi. Kami berkenalan ketika kami berumur 11 tahun. Kami sering melakukan aktiviti harian kami bersama - sama. Kadang kala kami pergi ke "cyber cafe"  , bermain basikal , melepak dan sebagainya. Hal ini turut berlarutan sehinggalah kami beralih ke sekolah menengah.

Kami terpaksa mengikuti sekolah menengah yang berlainan dek kerana keputusan UPSR kami yang tidak sama. Aku mendapat 4A 1B dalam ujian UPSR ku , manakala Jay tidak seberapa cemerlang. Oleh sebab itu , aku dapat masuk ke sekolah menengah yang boleh dikatakan lebih baik daripada sekolah si Jay kerana untuk memasuki sekolah menengah aku tersebut , pelajar perlu ditapis terlebih dahulu.

Jay masuk ke sekolah menengah dimana ramai pelajarnya mempunyai masalah disiplin yang teruk. Jadi kehidupan kami juga seperti biasa , kami pulang daripada sekolah dan berjumpa untuk berborak kosong. Aktiviti bermain permainan video di "cyber cafe"  masih kami teruskan dan ketika ini , kami di tingkatan 1.  Kehidupan kami penuh dengan aktiviti tidak berfaedah tetapi walaupun begitu aku mampu menyiapkan kerja rumahku dan belajar sedikit untuk setiap peperiksaan walhal Jay tidak terlalu menghiraukan pelajarannya. Boleh dikatakan keputusan Jay untuk setiap peperiksaan tidak begitu memberangsangkan.

Aku pula? Ketika di tingkatan 3 , keputusan aku pada tahun lepas membolehkan aku masuk ke kelas pertama dan mempunyai rakan - rakan yang rajin belajar. Manakala Jay? Dia masih berada di kelas terakhir dan berkawan dengan rakan - rakan yang tidak tentu hala pelajaran mereka , bahkan juga perangai mereka. Jay berkata pada aku bahawa dia mahu memperbaiki keputusannya untuk PMR yang akan datang , jadi aku pun menawarkan diri untuk mengajarnya.

Alhamdulillah , Jay mendapat keputusan yang baik untuk PMR dan matematiknya? Dia berjaya memperoleh A. Tetapi ketika di tingkatan 4 , Jay di buang sekolah kerana terlalu banyak ponteng sekolah dan masalah disiplin yang dilakukannya. Walaupun begitu , Jay masih berusaha mengambil SPM untuk kebaikan dirinya juga. Alhamdulillah , Jay lulus SPM.

Ketika kami berumur 18 tahun , kami sudah tidak lagi gemar melakukan aktiviti tidak berfaedah seperti dahulu. Kini kami berfikir untuk bekerja dan membantu keluarga. Jay berjaya mendapat pekerjaan sebagai penjual pakaian jersi dan seluar "jeans" .Manakala aku pula bekerja di pasaraya yang sama tetapi menjual alatan komputer, Ketika inilah , Jay bertemu dengan seorang gadis bernama Farah. Jay berkata pada aku bahawa Farah itulah cinta pandang pertamanya. Jay pun cuba untuk merapati Farah dan akhirnya mereka berdua pun menjadi pasangan.

Ketika itu , aku perhati sahaja gelagat si Jay. Dia selalu tersenyum ketika memegang telefon pintarnya dan kadangkala dia "on the phone"  dengan Farah. Boleh dikatakan kehidupannya ketika itu sungguh ceria sehingga aku pun terabai. Aku tidak kisah kerana pada aku , asalkan dia gembira aku juga turut gembira sama. 

Namun , hari tidak selalunya cerah , sedangkan pantai pun berubah inikan pula cinta , Jay memberitahu aku bahawa Farah sudah lain. Dia sudah tidak seperti Farah yang dahulu Jay pernah kenal. Jay semakin jarang ber"whatsapp" dan jarang "on the phone" dengan Farah. Satu hari , Jay dapat tahu bahawa Farah ada berborak dengan seorang lelaki di "facebook". Aku dan Jay kenal siapa lelaki tu , nama dia Ray. Kami pun segera berjumpa dengan Ray untuk meminta penjelasan.

Ray sebenarnya merupakan kenalan aku juga. Dia seorang lelaki yang baik. Aku kenal dia. Aku ikut Jay bertemu dengan Ray kerana risau akan berlakunya pergaduhan berbentukbfizikal. Jadi mungkin dengan adanya aku , keadaan mampu dikawal. Ketika kami berjumpa dengan Ray. Jay terus bertanya kepada Ray , apa hubungan dia dengan Farah. Ray menjawab bahawa dia dan Farah memang ada perasaan suka antara satu sama lain. Ray juga memberitahu Jay bahawa Farah mengaku bahawa diri nya masih "single". Itu sebabnya Ray memulakan langkah untuk mendekati Farah. Setelah Ray selesai memberi penjelasan , muka Jay berubah. Mukanya jelas menunjukkan kekecewaan. Diketap bibirnya , matanya layu melihat tanah. Lalu Jay memberitahu Ray bahawa Jay ialah kekasih Farah tetapi Jay berkata dia maafkan Ray dan teruskanlah hubungan mereka berdua. Jay terus berlalu pergi sambil berjalan dengan pantas. Aku mengekori Jay daripada belakang.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 30, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Rahsia JodohWhere stories live. Discover now