Bisikan Dendam(2)

1K 71 0
                                    

" Assalamualaikum prof. "

" waalaikumusalam, silakan masuk Adif. "

Adif melangkah masuk ke dalam. Hatinya mula berdegup kencang apabila dia melihat kelibat dato Hazam di sebelah prof. Nazir.

Prof. Nazir bangkit dari tempat duduknya.

" sebenarnya, saya tak der apa-apa yang nak dibicarakan dengan kamu tapi dato Hazam yang beria-ria nak jumpa kamu so, dato minta tolong saya aturkan masa untuk jumpa kamu, well.. Silakan dato.. " ujar prof Nazir sebelum dia selamba keluar meninggalkan dato Hazam dan Adif.

" ada apa sebenarnya ni dato? Kenapa nak jumpa dengan saya ye? " soal Adif, tertanya-tanya barangkali.

Dato Hazam memandang ke arah Adif. Keluhan kecil perlahan dilepaskan sebelum dia menatap lama wajah lelaki di depannya.

Jauh di sudut hatinya, dia menyesal dengan tindakan lampaunya.

" sebenarnya, papa nak bawa kamu pulang ke rumah semula, tak perlu tinggal di rumah mak Lijah lagi. " ujar Dato Hazam.

Adif mengerutkan keningnya sebelum tawanya dilepaskan.

" apa dato ni, maksud saya, saya bukan anak dato, lagipun kenapa dato nak pisahkan saya dengan emak saya? Dah bertahun-tahun dia jaga saya. Dia tu mak saya, dato tahu bukan perasaan seorang ibu apabila berpisah dengan anaknya? " panjang lebar dia cuba menerangkan situasinya.

Dato Hazam terkedu.

" maafkan papa, Adif. Tolonglah jangan macam ni, pulanglah dulu ke rumah papa, lepas tu papa akan bagi kamu pilihan sama ada kamu nak tinggal bersama papa atau mak Lijah. " dato Hazam masih lagi mencuba untuk memujuk.

Adif terdiam seketika. Wajah lelaki para 40-an itu di pandang. Kesian pulak. Memang betul dia kecil hati dengan perbuatan dato Hazam tapi tetap saja lelaki itu ialah ayah kandungnya sendiri.

" baiklah kalau macam tu, bila? " soal Adif. Dato Hazam sudah tersenyum lebar.

" minggu hadapan. "

" huh?? er.. er... " satu situasi yang tak dia dijangkakan. Bukan ke terlalu awal?

" tolonglah Adif.. Mama dah rindukan kamu! " sekali lagi, dato Hazam cuba mengumpan.

Adif mengeluh perlahan, wajahnya diraut sebelum dia memandang dato Hazam.

" Ok! Ok! "

******

Pap!!

Taufiq merampas kasar buku di tangan Adif. Buku itu dipandang sebelum dia mendengus kasar.

" eleh, kau nikan, ni zaman moden la, orang guna henpon(telefon) la sekarang ni, kau ni zaman batu ke apa? " sindir Taufiq.

Adif menunduk. Biarlah kawan kawan dia fikir dia penakut, skema atau orang batu sekali pun. Dia tetap akan berdiam diri, dia tak mahu marah atau berdendam dengan siapa pun.

Dia takut.

" hello? Eleh kau ni memang pekak eh? Atau kau gila? Asyik termenung jer kerja kau, aduhai, peninglah aku cakap dengan orang macam kau ni.. " sekali lagi Taufiq bersuara.

Adif menunduk.

" lantak kaulah Adif, aku tak kisah pun, biasalah, kau nikan miskin, aku tak faham betullah macam mana orang macam kau boleh afford masuk college ni, kau rasuah ke apa? " soal Taufiq. Sinis.

" mana ada rasuah Fiq.. Dia, duit pun tak der.. Haha " Hazlam menyampuk. Kemudian, disambut dengan tawa mereka yang lain.

" dah ah! Aku tak der mood nak layan laki ni, jom geng, kita blah.. " bidas Taufiq.

Buku di tangannya dicampakkan ke lantai. Langkah diatur pergi dari situ. Adif sekadar memandang susuk-susuk itu beredar sebelum dia menunduk untuk mendapatkan bukunya.

Bersabar jelah.

Bisikan Dendam [C]Where stories live. Discover now