ISTERI DARI SYURGA
"She is not my wife but she is still mine"Uwais memimpin tangan Hasya masuk ke dalam Suria KLCC.Hasya pula terkedek mengikut Uwais sambil memerhati sekeliling.Dia mendongak penuh melihat Menara Berkembar KLCC yang terletak di sebelah Suria KLCC.
"Abang.." Hasya memegang lengan kiri Uwais yang memegang tangannya.Uwais menoleh bila terasa jari runcing Hasya menyentuhnya.
"Why?"
"Hasya tak tahu pun menara tu tinggi sangat.Dari jauh nampak biasa je" kata Hasya sambil tangan menunding ke arah menara tersebut.Uwais tersenyum.
Sampai ke dalam,terlihat Haziqah yang tengah menunggu dengan office attire yang tersarung kemas di badan.Uwais mendekati Haziqah.Tangan masih kemas memegang tangan Hasya.
"Ziqah"
Haziqah menoleh."Tuan" kemudian dia menunduk hormat dengan muka seriusnya.Hasya jakun.Haziqah nampak profesional gila.Padahal di kampung hari tu elok je gelak-gelak dengan Uwais.
"You teman Hasya beli barang perempuan untuk dia.Underwear,dress,tudung,blouse and barang penjagaan diri dia.I got some work at office.I tinggal dia dengan you,pastikan dia tak lari langsung dari pandangan you" Haziqah mendengar dengan serius.Hasya perhati je Tuan dan pekerja dia bercakap.Tapi Uwais masih pegang tangan dia.
Hasya menunduk memerhatikan tangannya dalam pegangan Uwais.Tangan Uwais coklat,dia putih.Dia punya tangan nampak kecil gila dalam tangan besar Uwais.Urat yang timbul ditangan Uwais dimainkan dengan jari telunjuknya.Kejap-kejap
ditekannya.Urat pun sado.Bila Hasya mengangkat muka,Uwais dan Haziqah memandangnya.D hormat.Hasya turut gedik menunduk."Selamat jalan Tuan"
Uwais tergelak."Macam-macam la kau"
Baru dua tapak Uwais melangkah,Hasya menahan."Abang.."
Uwais menoleh.Hasya berlari kecil sebelum tangan Uwais dicapai dan dicium.Lembut.Terasa bibirnya di belakang tangan Uwais.Satu senyuman nipis terukir di bibir Uwais.Uwais bergerak memegang belakang kepala Hasya sebelum dahi licin itu dicium.Persis seperti ciuman Hasya ditangannya."Jaga diri."
Hasya mengangguk.Dia perhatikan Uwais yang dah keluar dari pintu auto open tu.Dahinya dipegang,ada sikit kesan liur Uwais.Tersenyum-senyum dia.
"Balik rumah nanti angau balik ye.Jom kita beli barang" bisik Haziqah ditelinga Hasya.Hasya menoleh.Malu pulak tertangkap.
"Jom akak" Hasya memaut tangan Haziqah.Haziqah gelak.Bermulalah pengembaraan mereka di Suria KLCC.
"Hasya nak beli apa dulu?" Tanya Haziqah.
"Abang Uwais suruh Hasya beli baju lengan pendek." Jawab Hasya polos.
"Ooh..jom"
Mereka berjalan di dalam Suria KLCC itu.Sekali pandang macam kakak dengan adik.Haziqah dengan full office attire dengan gaya elegant tangan dimasukkan ke salam poket skirt pendeknya manakala Hasya dengan blouse dan skirt kembangnya.Kasut pulak flat.Tak padan dengan Haziqah yang memang sedia tinggi ditambah pulak dengan heels 3 incinya.
"Ni kedai dia.". Hasya mengikuti langkah Haziqah.Dengan tangan masih lagi memaut lengan Haziqah,Hasya terdongak melihat nama kedai.Zara.Zara Zya?
Bulat mulut Hasya melihat pakaian yang tergantung di situ.Semuanya cantik dan mengikut trend terkini.Hasya tak tengok langsung baju lengan panjang.Fokus dia terhadap baju lengan pendek sahaja.
"Hasya,ni cantik" Haziqah menghulurkan satu baju.Berwarna putih dengan tulisan Zara berwarna hitam.Simple.
"Ok " Hasya mengangguk.Diambil baju tersebut lalu diletakkan di atas lengannya.Haziqah tergelak.Senangnya.
Setengah jam di situ,Hasya sudah merengek nak keluar.Baju semua kebanyakannya Haziqah yang pilihkan.Hasya pilih semuanya nak yang longgar-longgar dan besar.
Di kaunter,Haziqah membayar semua baju dengan kad kredit yang diberi oleh Uwais.Dalam 3 plastik juga baju di situ mereka beli.
Selepas itu mereka masuk pula ke kedai Calvin Klein.Hasya mengikut saja langkah Haziqah.Hasya teruja melihat baju couple yang tersarung di patung.
"Akak.." Hasya menggoyang tangan Haziqah.Haziqah menoleh.
"Nak tu" jari Hasya menunjuk ke arah patung tersebut.Haziqah tergelak.Alahai,macam budak minta mainan.
"Nak beli sekali dekat Tuan ke?"
Hasya mengangguk."Comel tak kalau saya pakai dengan Abang Uwais"
"Comel.." Haziqah rasa macam nak lenyek budak yang tengah bergantungan di lengannya ini.Macam mana boleh comel macam ni?
Muka Hasya teruja gila waktu memilih baju untuk dia dan Uwais.Dalam masa yang sama,Haziqah turut bercerita Uwais punya taste dengan baju yang macam mana,jenama apa and jenis fabrik yang dia suka dan macam-macam lagi.Hasya cuma ohh mengangguk.
Lama juga mereka di situ,Haziqah turut mengesyorkan Hasya beli underwear couple.Hasya terpinga.
"Ada juga ke akak?" Haziqah memang bantai gelak waktu Hasya tanya.Dah la muka dia innocent gila.Waktu tengah pilih tu,Hasya suruh Haziqah pusing sebab takut Haziqah nampak underwear Uwais punya.Haziqah pun layan je.
Dah habis memborong di situ,Haziqah membelok pula kedai Dior.Buat apa? Beli handbag untuk budak kecik sebelah ni.Dah jadi isteri orang tak da handbag lagi.Tak lama lagi mak orang dah.Hik hik.
"Akak mahallah sini..tercabut mata tengok harga.Nanti Hasya ajak Abang Uwais beli dekat Jalan TAR je" Hasya menarik-narik tangan Haziqah.Haziqah goyang jari telunjuk.
"No no no.Hasya ingat Tuan nak beli kat situ.Tunggu dia muflis baru dia beli.Dah jom.Tak da hallah.Harga beg ni baru 1% peratus gaji Tuan setiap bulan"
Hasya mencebik.Diikutkan saja Haziqah.Kali ini sekejap saja sebab Hasya pun ikut je taste Haziqah.Haziqah kata cantik,jalan.Tak de bantahan.
Setelah bershopping sakan segala baju,tudung,kasut,handbag untuk Hasya,mereka berhenti makan seketika.Haziqah menelefon pembantu Uwais datang ke situ untuk membawa pulang barang Hasya.Nak tercabut tangan bawak.
Hasya hanya menempah nasi ayam dan jus oren.Tu pun dah RM 15.Nak terjatuh rahangnya melihat.Kalau dekat warung biasa baru RM 6.