Bab 34

35.6K 2K 141
                                    

Oh there she goes again,
Every morning it's the same.
You walk on by my house
I wanna call out your name.

*_*_*_*

CINTA TAK SETARAF

Aku bukan cinderella,bukan juga princess.

_________________________

SESUDAH menunaikan solat zohor,Irsya menapak keluar dari rumah kayu itu dan menuju ke pangkin yang dibina di hadapan rumah tok wan.Walaupun kelihatan agak usai sedikit namun cukup menguatkan firasatnya bahawa ia kukuh.Kukuh ye gais..

Di pangkin itu terdapat Adrian,Idlan dan Kak Ziera.Punggung dilabuhkan disebelah Adrian.

"Buat apa tu?"Soal Irsya sambil tersenyum.

"Tak de pape.Sya dah solat?"

Irsya mengangguk.

"Ni nak ikut tak akak dengan Abang Lan keluar pergi jalan-jalan kat Pekan?"Kak Ziera mengerling ke arah Idlan.

Irsya pula memandang Adrian."Ad pergi?"Adrian menggeleng.Irsya kembali memandang Kak Ziera.

"Tak pelah.Sya nak lepak dengan Ad."

"Ouh.Kalau macam tu jomlah.Dah petang ni."Ujar Idlan yang mahu mengangkat punggung.

"Kak Ziera pergi dulu."Irsya bersalam dengan Kak Ziera sebelum kedua-dua figura itu hilang sebaik meloloskan diri ke dalam kereta.

Irsya menoleh memandang Adrian yang sudah berbaring beralaskan lengan."Ad?Tak nak keluar?"

Adrian memandang Irsya."Nak tu memang nak.Kak Sya nak teman?"

"Boleh je.Hmm..Kenduri doa selamat bila?"Soal Irsya sambil membetulkan tudungnya akibat ditiup angin.

"Malam besok insyaallah lepas maghrib."Ujar Adrian sambil memejamkan matanya. Menikmati suasana nyaman kampungnya lebih-lebih lagi angin sepoi-sepoi bahasa menampar lembut tubuhnya.

"Ouh..Ad..Dekat kampung ni apa yang best?"Soal Irsya lagi.Dah lama rasanya dia tidak menginap di kampung.Kalau dulu arwah datuk dan neneknya masih ada,sentiasa dikunjunginya. Namun bila semuanya sudah pergi tinggalkannya.Hanya tinggal kenangan.

Pernah terdetik dalam hatinya mahu menjejakkan kaki ke rumah arwah datuk dan neneknya serta rumah keluarganya dulu.Sama ada sudah dijual atau belum dia tidak pasti.Hanya perlu masa yang sesuai untuk pergi.

"Dekat sini ada dua tempat best.Kak Sya pilih,air terjun atau pantai?"Adrian bangkit daripada pembaringan.

Irsya memandang ke atas untuk membuat pilihan."Ermm.Air terjunlah.Dah lama Kak Sya tak pergi."

"Okay jom."Adrian melunjurkan kaki ke bawah untuk memakai sandals manakala Irsya membetulkan lengan bajunya yang terlipat sedikit.Baru sahaja dia mahu turun dari pangkin itu,suara mama kedengaran menjerit dari ruang belakang rumah.

"Ye ma?"Adrian menyahut sambil melabuhkan kembali punggungnya seketika.

"Tolong mama kejap!Pergi kedai beli seguni kecil bawang merah,bawang putih,halia dan cili!Untuk kenduri!Cepat sikit tau!"

Sesudah suara mama tidak kedengaran lagi,keluhan hampa kedengaran.Irsya dan Adrian saling berpandangan.Wajah lelaki itu cukup hampa dengan arahan yang baru sahaja diterimanya.

Cinta Tak Setaraf [ C ] Donde viven las historias. Descúbrelo ahora