#DMYSBAB 7- Hajat (ll)

218 7 0
                                    

Malam itu Roseman sengaja menggambil angin malam, sejak kecil lagi dia sering ditinggalkan oleh ibubapanya. Dan kini dia ditinggalkan lagi oleh ibubapanya. Dia juga sedar sikapnya dulu tidak digemari oleh pelajar sekolahnya. Namun setelah meningkat dewasa dia sedar sikapnya adalah untuk menarik perhatiaan .

Dia pernah bercinta dengan beberapa orang gadis namun dia sendiri yang memutuskan hubungan itu.Baginya bekas teman wanitanya semua ingin menggambil kesempatan.Namun tidak bagi seorang gadis ini, Roseman kerap kali merindui gadis tersebut.Namun sikap gadis yang sukar didekati ini kerana mungkin juga masih mempunyai sifat benci yang tidak akan berkurang atau mungkin makin bertambah

"woi berangan apa itu?"tegur A'sy Iman berjalan mendekati Roseman

Roseman hanya memberi senyuman kepada gadis yang bertudung bawal berdiri di sebelahnya itu. A'sy Iman menghampiri lelaki itu yang berada di pangkin itu.

"tak nak pelawa aku duduk ke?"A'sy Iman bertanya
"oh ha duduklah."Roseman gagap.

A'sy Iman duduk di bangku batu bersebelahan Roseman, dia bersila sambil memandang langit.

"esok kau free tak?" A'sy Iman memulakan topik.
"kenapa? Kau nak keluar date dengan aku ke?"Roseman mengusik
"tak adalah. Aku nak keluar nak beli handphone baru." Selamba A'sy Iman berkata.
"laa handphone kau kenapa? Dahlah aku call tak angkat baik baling je." Roseman memberi cadangan.
"Sebab aku dah balinglah aku tak angkat dan sebab itu aku nak beli baru." gadis itu mula meninggikan suara.
"Okay sekarang ni kau nak teman aku ke tak?" A'sy Iman bertanya sekali lagi.
"Ahh mestilah nak."Roseman teruja.

Namun keterujaan Roseman tidak lama apabila dia dipandang aneh oleh A'sy Iman.

"Tak, aku maksudkan untuk kau semua boleh hehehe." Roseman menggaru kepalanya yang tidak gatal berasa malu.
"Wah kau sweetnya. Okay apa pun jumpa esok." A'sy Iman pergi meninggalkan Roseman dengan sisa baki tawa yang masih ada.

Roseman melambai A'sy Iman namun lambaian itu tidak dilihat oleh gadis itu. Roseman tersenyum gembira dia menghembuskan nafas lega. Dia memandang langit yang terbentang, banyak bintang yang berkelip dan bersinar terang.

"Percayalah Iman suatu hari aku akan bersinar macam bintang kat hati kau." Janji Roseman bersaksi langit gelap.

Malam itu Roseman begitu gembira dan dia tidak sangka dapat berbual dengan gadis itu dengan nada yang lembut tanpa perlu berkasar.

"Nak pakai baju apa ya?" Roseman membelek-belek bajunya di almari.

Kali ini bersungguh-sungguh mencari pakaian yang sesuai untuk dirinya, baginya penampilan yang dikenakan hanyalah untuk menarik perhatian gadis itu.

"Kenapa aku ni?" Roseman menampar-nampar mukanya di depan cermin.
"Kalau aku pakai apa pun aku tetap segak hensem bergaya."kali ini dia membetulkan rambutnya dan menyisir jambangnya yang sengaja dibela.
"Lagipun Iman tu bukan kesah pun."tambahnya lagi.

Roseman menghempaskan badannya diatas katil, terus sahaja matanya terlelap.

DIA masih yang sah [Completed]Where stories live. Discover now