I Will Wait - Little Mix
Lagu tema Kisah Kita (KK) pilihan by Hani 😭
Inspirasi part seterusnya :))-
"Aliff bertegas. Aliff takkan ceraikan Hani atau duakan dia. Ayah, mak... Pak Cik, mak Cik, Tasnim... Tu keputusan akhir Aliff."
"How could you, Aliff! I tak minta you ceraikan dia. I rela bermadu!" Balas Tasnim. "I can't do that, Tasnim."
"Kenapa?! Kenapa you berubah macam ni? How could you?!" Tasnim berdiri. "Tak boleh ke you sabar? You sendiri tak dapat buktikan itu anak I kan?" Aliff membalas
"Sejak bila you pandai menangkan dia? How about me?!" Tasnim berdiri. "Tasnim, dahla tu!"
"Ayah jangan masuk campur! Ayah nak tengok Tasnim besarkan anak seorang diri sebab Aliff? How could you?" Tasnim menunjuk Aliff
"Aliff betul. Kau tak dapat buktikan yang tu anak Aliff. Kenapa kau nak paksa dia? Dia ada hak untuk membantah!" Balas Pak Tahir.
"Ayah memanglah! Tak pernah berpihak dekat anak sendiri!" Tasnim berlalu keluar dari rumah Pak Samad.
"Maafkan aku Samad. Tapi aku tak rasa kita patut bincang pasal kahwin." Ujar Pak Tahir. "Aku tunggu keputusan kau." Balas Pak Samad.
"Kita jumpa nanti ya Samad?" "Yelah."
-
"Abang. Abang ok?" Azhar duduk sebelah Aliff. "Takde apa lah." Balas Aliff tenang.
"Abang takkan lepaskan kak Hani kan? Abang janji dengan Azhar?" Tanya Azhar. "Budak ni. Sibuk je." Aliff tersenyum.
"Abang. Kalau abang lepaskan kak Hani, Azhar tak mengaku abang sebagai abang Azhar. Jadi tolonglah janji yang Abang takkan lepaskan kak Hani."
Aliff mengeluh kecil, cuba tenangkan hati. Membalas jari kelingking Azhar. "Yelah. Insyaallah." Aliff mengangguk kecil.
"Apa apa pun, abang kena janji. Kak Hani tu baik. Dia dah ajar Azhar macam macam walaupun abang tak nampak. Azhar tak nak lah kak Tasnim tu. Abang pun tau. Dari dulu Azhar tak suka dekat dia."
Aliff tersenyum pahit. Memang dia tahu Azhar tak sukakan Tasnim sejak dulu lagi.
"Azhar. Kau akan ada untuk abang kan?" Tanya Aliff. "Selagi abang dengan kak Hani, Azhar akan sentiasa ada untuk sokong abang." Balas Azhar.
"Okay. Janji tau?" "Mestilah!"
"Dah pergi masuk. Nanti mak marah pula." Ujar Aliff. Azhar masuk diikuti Aliff Dari belakang.
Hatinya gundah gulana. Apa nak buat?
-
"Tahniah, puan Adlina. Encik Arash. Kandungan sangat sihat dan dah berusia lapan minggu."
Kata kata doktor memberikan cahaya pada Adlina dan Arash. "Betul ke doktor?" Arash gembira. "Ya. Kandungannya sihat."
Sebaik keluar dari bilik doktor, Adlina terus call Adzrin. "Tapi abang Zairi mesti tengah risau pasal Hani. Kak Rin kena la di sisi abang Zairi kan?"
"Betul jugak." Adlina teragak agak. "Bagitau mak dulu lah." Ujar Arash. Adlina mengangguk setuju.
Mereka masuk ke dalam kereta.
-
"Makkkkkk...."
"Hisy budak ni. Mak kena sakit jantung nanti!" Mak Linda mengurut dada. "Mak ni sikit sikit nak marah Ad je!"
"Haih kamu ni. Hah pergi duduk sana." "Yelahhh..."
"Ada apa tiba tiba datang ni?" Tanya Mak Linda. "Ayah mana, mak?" Tanya Arash.
"Ayah mentua kau tu biasalah. Lepak kedai kopi sana hah. Tak padan dengan tua. Penat mak nasihat kaki tu sakit jangan gerak gerak dia pergi jugak. Dah tua tua kamu jangan jadi degil macam tu!"
"Yelah makk..." Arash tersengih. "Mak. Kitorang ada berita baik ni." Ujar Adlina. "Apa dia?" Tanya Mak Linda.
"Mak. Akan dapat dua cucu." Adlina tersenyum. Mak Linda keterujaan. "Bila masanya dapat tahu?"
"Pagi tadi. Lepas tak tahan asyik mual je tiga empat harini. Pergi klinik terus." Balas Adlina.
"Jaga kesihatan kamu tu. Makan tu jaga. Jangan melantak je kerja. Bersenam ringan sikit sikit. Nanti berlemak anak kamu tu macam kamu nanti."
"Eee mak ni suka usik Ad!" Bentak Adlina. "Suka hati mak lah!" Usik mak Linda.
"Mak. Ada janji nak ambil Adam tadi. Kitorang ambil dia lepastu makan tengahari dekat sini eh?" Ujar Arash.
"Abang pergi lah. Nak sembang dengan mak." Rengek Adlina. "Yelah. Pergi dulu eh mak?"
"Hah hati hati. Jangan biar budak tu merayau keluar sekolah." Balas Mak Linda. "Ye makk!" Arash membuka kunci kereta.
-
"Kau datang kerja Aliff? Kan hari cuti ni?" Tegur Fadhil. "Kau tu?" Aliff menegur.
"Aku tertinggal fail maklumat ni hah semalam nak cepat. Kau pulak apa kes?" Fadhil menunjuk fail di tangannya.
"Ohh.. Kau balik la dulu." Balas Aliff. "Kau ada masalah ke? Nak aku tolong apa apa?" Tanya Fadhil. "Takpelah. Aku ok je."
"Kau nampak macam ada masalah besar je ni? Cerita lah bro." Ujar Fadhil. "Takde. Aku cuma stress sikit kebelakangan ni. Tu je." Bohong Aliff.
"Ambil la cuti pendek, MC kejap sekali sekala. Kau tu kuat bekerja sangat. Tengok? Hari cuti Ahad ni pun kau datang pejabat lagi." Balas Fadhil.
Aliff tersenyum paksa. "Yelah aku singgah kejap je. Nak balik dah lepasni." Balas Aliff.
"Hah jom la balik? Jom la minum kopi? Aku belanja, jangan risau." Ajak Fadhil. "Ye laahh alang alang kau baik ni kan."
Aliff mengunci pejabat.
Dalam hatinya, masih terasa pahit. Tapi menjaga hati Fadhil, dia ikutkan sahaja.
-
Aku patut jauhkan diri dari dia sementara waktu?
Atau aku patut teruskan macam ni?
Tapi kau nampak Aliff, dia terluka sekarang ni.
Banyak persoalan dalam kepala Aliff sekarang. Tak tahu nak buat apa. Tersepit dalam dua situasi rumit.
"Aliff. Kenapa dengan kau ni?" Aliff bertanya diri sendiri. Kepalanya sakit. Rasa nak menjerit tapi ditahan.
Mejanya dikosongkan. Fail fail dimasukkan ke dalam laci. Pen yang berselerak dimasukkan ke dalam bekas.
Serabut. Semak.
Kepalanya serabut. Aliff memadamkan komputer yang di buka sebentar tadi.
Kerja tak dapat buatkan dia lupa hal hal ni. Makin serabut adalah. Aliff mengeluh berat. Letih dengan semua ni.
Apa yang betul?
Apa yang salah?
Mana satu?
-
"Hani tak balas mesej." Ujar Adlina. "Biarlah dia buat sementara ni. Dia tengah rehat la tu." Arash memujuk.
"Hani dah balik rumah. Rasanya Aliff tak balik la ni." Balas Adlina. Arash speechless, tak tahu nak cakap apa.
Takut apa yang dia cakap akan semakin keruhkan keadaan tiba tiba.
"Dia tak jawab jugak?" Tanya Arash. Adlina menggeleng hampa. Arash buntu tak tahu macam mana nak pujuk Adlina.
"Kau tidur dulu. Mungkin Hani tengah tenangkan perasaan dia. Aliff pun tak angkat call aku." Ujar Arash.
Adlina mengeluh hampa. Akhirnya telefon diletakkan atas meja dan Arash menutup lampu. Kerisauan masih melanda hati masing masing.
YOU ARE READING
Kisah Kita [C]
Teen FictionAdlina dan Arash menikah tanpa apa apa masalah. Berkenalan dan berkawan sejak zaman kolej, tiada masalah bagi mereka. Adlina mencadangkan sepupunya, Hani yang sebaya dengan nya untuk berkahwin dengan sepupu Arash, iaitu Aliff. Satu keluarga bersetuj...