+3

4.8K 454 20
                                    


Nama aku Jung Ilkay, 27 tahun.Aku berdarah O dan aku datang daripada keluarga yang sederhana. Dulu Puan Jeon yang kutuk aku miskin tu sebab dia yang terlebih kaya. Yela, tu contoh orang yang bongkak.

Well , sambung cerita.

Pekerjaan aku? Pelukis komik dalam webtoon.

"Kayu..."

Siapa lagi yang ganggu masa aku dengan readers ni ?

Aku menjengukkan kepala ke luar tingkap rumah aku. Dari luar, seorang mak cik sedang berdiri tegak dengan bakul rotan di tangan.

Aku membulatkan mata. Tergesa-gesa menukar pakaian. Baru aku ingat hari ni aku tolong Mak cik Bedah jual kat pasar. Aku kena cepat ni kalau tak gaji aku yang kena potong.

* * *

"Jungkook..."

Seorang perempuan tiba-tiba memeluk Jungkook dari belakang. Dia mencium sekilas pipi Jungkook bersama senyuman yang manis.

Jungkook membalas pelukan tersebut. Dia mengulum senyuman tipis.

"Baby dah tidur ke?" soalnya, menoleh sedikit ke arah diam

"Ya, tidur lena sangat."

"Bagus lah. Awak rehat lah. Saya nak siapkan kerja ni. Semalam awak tak tidur jaga baby kan?"

Perempuan itu mengangguk lalu mencium lagi pipi jungkook sekilas sebelum mengorak langkah masuk ke dalam bilik tidur.

Jungkook tersenyum.

* * *

"MARI BELI! MARI BELI! IKAN SEGAR DARI SYURGA KAYANGAN ANDA SUDAH DATANG! IKAN DARI SYURGA!"

Orang ramai berpusu-pusu membeli ikan syurga yang dijual oleh kay. Maklumlah, pandai betul gadis ini mempromosikan ikan mereka.

"Mak cik, saya nak yang ni. 2 Kilo ikan ni."

Kay layankan saja karenah pelanggannya. Tapi kenapa pelanggan dia selalu memanggilnya mak cik?

'Mungkin rupa aku iras mak cik jebon yang jual ikan tepi pagar rumah diorang kot' bisik hati kecilnya yang mahu bersangka baik.

Siapa yang cakap dia tua memang teruk la kena belasah nanti. Tak tua lagi ok? Baru 27 tahun.

Beberapa jam kemudian,  dia menutup gerai tersebut.

"Fuh, hari ni memang laku habis.  Ni la berkat guna khidmat orang cantik macam aku ni." dia berkata sendirian.

Dengan bangganya, dia mencabut apron yang dipakai. Kemudian dia terus flip rambutnya yang panjang itu namun perbuatan itu terhenti apabila seorang lelaki yang sangat tampan tiba-tiba merempuhnya.

Mereka berdua jatuh di atas ikan  busuk yang berteraburan .

"ARGH!"

"Siapa kau?"

Lelaki itu membersihkan rambutnya yang terkena darah ikan.

'Alahai, hensemnya dia bersihkan rambut dia tu' desis hati Kay.

Walaupun lelaki itu hanya menunduk ke bawah, dia dapat rasakan yang lelaki itu pasti seorang yang tampan. Dia angau sekejap.

Apabila lelaki itu mendongak memandangnya, Kay terpempan. Mulutnya ditekup menggunakan tangan.

***

JungIlkay's

Aku menekup mulutku.
Jungkook?

Dia jungkook kan?

Aku gelabah tak tentu pasal.Serta- merta aku bangun lalu berlari meninggalkan Jungkook yang masih terkial-kial untuk berdiri.


"Tunggu!"

Tangan aku digenggamnya erat.Ya, sentuhan dia sama macam dulu. Aku menepis tangannya dengan kasar.

Tanpa berpaling ke arahnya, aku terus berjalan pergi meninggalkan dia dengan hati yang pilu.

"Saya nak ganti rugi ikan awak!"

"Tak payah!"

Jantungku berdegup kencang. Nampaknya dia semakin dekat dengan aku.

Aku berlari selaju yang mungkin tapi dia tetap mengejar aku.

Kenapa la dia ni dulu budak atlet sekolah?


"Cik !"

Dia memanggil aku. Aku pula menjerit.


"Jangan ganggu aku! Aku tak buat salah pun kat kau!"

Sewaktu aku sedang berlari, tanpa sedar kaki aku tersepak satu batu lalu aku hampir jatuh tersadung.

Belum sempat aku jatuh, satu tangan sudah melingkari pinggang aku .

Ceh cliche nak mampus .

"Cik? Cik okay tak?"

Aku tersedar. Eh aku mengelamun ke tadi?

Aku memandang seluar panjang yang aku pakai itu sudah carik di  bahagian lutut.

Adeh, apa ni? Aku memang jatuh rupanya.


Jungkook hulurkan tangannya untuk membantu aku bangun.Aku menatap wajah dia sekejap.


'Kalau aku ambil tangan dia, ke jinjang pelamin kah kita? Kalau aku tepis tangan dia, aku tak perlu hadap mak juon dia tu lagi.'

Tanpa berlengah, aku menepis tangannya lalu bangun sendiri, berjalan meninggalkannya di situ.

Dia tak halang pun aku.

"Kau pernah cakap kau akan cari aku Jungkook. Mana janji kau tu? Janji melayu betul kau ni." aku berbisik perlahan.


"Tunggu!"

Aku tidak mempedulikan dia.

"Nama?" soalnya lagi.

Aku senyap malah masih lagi berjalan tanpa hiraukan dia.

"Saya cuma nak tahu nama awak, please."

"Nama aku Han Kayu"

Aku terus blah. Ceh, aku reka je nama tu. Ni semua inspirasi dari lagu terbaru betes, Hang kayu.

Lebih baik dia tak tahu nama sebenar aku .

TBC

【C】Come Back + JjkWhere stories live. Discover now