BAB 16

24.6K 1K 8
                                    

SAMPAI sahaja di perkarangan rumah Raihana,Riyadh bergegas masuk ke dalam.Memang keadaan dalam rumah itu agak huru-hara.Ada beberapa barang yang pecah dan bertaburan di atas lantai.Ketika itu,Raihana sedang mengemas menyusun meja dan perabot di dalam rumah itu yang agak tidak teratur susunannya.

"Hana,Ell mana? Dia okey tak?" soal Riyadh.Tak ada salam tak ada apa,terus saja menerpa ke arah Raihana.Nampak macam tak menyabar je.Tapi Raihana boleh nampak muka cemas lelaki itu.Amboi.. risau bukan main ye,abang?

Raihana tersenyum kecil."Dia okey je.. cuma dahi dia luka sikit.Hana rasa mungkin kena bucu meja agaknya.
Tapi tak apa,Hana dah check dan Ell tak ada apa-apa",

Jelas di situ Riyadh menghela nafas lega.Lega kerana Aurell tidak mengalami kecederaan yang teruk.

"Aik,risau nampak? Dah berkenan ke?" usik Raihana yang sedari tadi memerhati reaksi muka abangnya.Jangan-jangan abangnya ni dah jatuh cinta agaknya dekat Aurell.Tengoklah tadi.. cemas bukan main bila tanya pasal Aurell.

"Jangan nak merepek.. Abang tanya je lah.Lagipun dia kan tetamu kita,kalau apa-apa jadi dekat dia bukan ke kita jugak yang susah?" jawab Riyadh tenang.Dia duduk di atas sofa yang sudah di susun semula oleh Raihana.

"Ye laa tu.." Raihana duduk di sebelah abangnya.

"Ni.. kenapa Hana macam tak rasa apa pun? Rumah Hana ni kena pecah masuk tau", soal Riyadh hairan.Biasanyalah kan,kalau orang yang rumahnya kena pecah masuk macam ni,bukan main risau lagi.Siap nak tukar kunci pintu dan geriji lagi.Tapi adiknya ni? Tenang je dia tengok.

"Benda dah jadi,abang.Nak risau apa? Lagipun tak ada barang dalam rumah ni yang hilang.Semua ada elok je dekat tempatnya.Hana bukan nak cakap apalah kan,tapi Hana rasa.. orang yang ceroboh masuk dalam rumah ni cuma nak cederakan Ell", Raihana berfikir sendiri.Berdasarkan logik akalnya sekarang ni macam tu lah.Sebab kalau betul orang yang pecah masuk dalam rumahnya ni merupakan penyamun,kenapa dia nak pecah masuk waktu siang? Dan kenapa dia tidak menggeledah almari dan laci dalam rumah ni? Dan kenapa dia tidak naik ke tingkat atas rumah? Apa yang jelas cuma Aurell yang dicederakan.

Riyadh diam.Seakan memikirkan logik dari kata-kata Raihana itu.Tapi kenapa pulak orang yang menceroboh masuk dalam rumah Raihana ni hanya ingin mencederakan Aurell? Dia kenal ke Aurell? Mana dia tahu Aurell tinggal di sini?

Fikir punya fikir,Riyadh teringat sesuatu! Tak mungkin! Takkanlah..

"Hana nampak tak siapa yang pecah masuk rumah ni?"

Raihana menggeleng."Tapi beberapa hari sebelum ni Hana ada ternampak satu van hitam ni asyik berhenti depan rumah je.Pemandu van tu selalu jugak Hana nampak mengintai dalam rumah ni.Tapi.. Hana tak fikir apalah pulak masa tu",

Riyadh memandang Raihana dengan mata yang terbeliak."Van hitam.. rasanya betullah tu", katanya sendirian.

"Betul? Apa yang betul?"

"Abang rasa abang tahu siapa yang pecah masuk rumah Hana ni",

" Siapa?

"Lintah darat",

Dahi Raihana berkerut."Lintah darat? Tapi Hana tak pernah berhutang dengan orang pun.Kenapa dia nak cederakan Ell?"

"Bukan pasal Hana,tapi ni pasal Ell.Sebenarnya sebelum abang jumpa Ell malam tu,abang pernah selamatkan dia dari dua orang lintah darat ni.Masa tu dia hampir nak culik Ell tapi nasib baik abang sempat halang.Abang rasa orang yang pecah masuk rumah Hana ni adalah orang yang sama",

Raihana mengangguk faham.Patutlah dia cuma nak mencederakan Aurell saja.

"Berapa banyak yang Ell hutang dengan lintah darat tu?" soal Raihana.Walaupun agak mustahil untuk percaya bahawa gadis seperti Aurell itu berhutang dengan lintah darat,tapi mungkin jugak semua itu benar.

Love In Silent ✔Kde žijí příběhy. Začni objevovat