Bilik misi M.A.T.A
Ejen kitta, alicia dan pasukan alpha sedang melaporkan tentang kehilangan ali.
Ejen kitta: nampaknya ali telah diculik oleh uno.
General rama: macam mana dengan iris?
Ejen kitta: iris masih berada dengan ali tapi isyarat iris sangat lemah.
General rama: kalau begitu, pasukan alpha, saya mahu kamu pergi selamatkan ali sekarang.
Alicia: general, izinkan saya sertai misi kali ini.
General rama: baiklah, saya benarkan kamu sertai misi ini, bertindak segera!
Pasukan alpha: baik general!
Dengan itu, mereka semua pergi menyelamatkan ali.
Sementara itu, di tempat persembunyian uno. (pulau terpencil yang jauh dari cyber raya)
Uno: macam mana cinco, rancangan berjalan dengan lancar?
Cinco: ye, mereka telah berjaya mengesan iris dan beberapa ejen dikerahkan ke sini.
Uno: bagus, biarkan mereka datang. Saya nak tengok macam mana dia uruskan mereka.
Berbalik semula kepada pasukan alpha.
Rudy dan chris sedang memandu pesawat khas milik M.A.T.A, mereka terpaksa gunakan pesawat kerana tempat persembunyian uno agak jauh dari cyber raya. Alicia duduk di dalam pesawat tersebut sambil berfikir.Alicia: bertahan ali, kami datang selamatkan awak.
Ejen karia: kamu okey alicia?
Alicia: ye, saya okey.
Bakar: jangan risau alicia, uncle yakin yang ali tak apa-apa, dia kan hebat macam uncle😜
Ejen karia: apa pun, saya berasa hairan, jika uno dah rampas iris dari ali, tak mungkin kita dapat kesan iris tapi uno langsung tak rampas iris malah biarkan saja iris bersama ali.
Bakar: mungkin uno tak dapat nak pisahkan iris dari ali.
Ejen karia: itu mustahil, sebab uno dulu pernah berjaya pisahkan iris dari ali, tak mungkin la kali ni dia tak dapat nak buat lagi.
Alicia: kita akan tahu bila kita sampai kat sana.
Chris: bersedia untuk mendarat semua, kita hampir sampai.
Kemudian, pesawat tersebut mendarat di sebuah kawasan lapang di pulau tersebut.
Ejen karia: okey semua, bersedia.
Mereka semua mengeluarkan senjata masing-masing dan melangkah keluar dari pesawat itu, rudy mengaktifkan mode 'stealth' untuk menyembunyikan pesawat mereka.
Chris: macam mana kita nak cari tempat tu ye?
Ejen karia: jet, boleh kamu cari di mana tempat tu?
Jet: baik. (jet menggunakan jet packnya dan terbang ke atas lalu mencari tempat persembunyian uno)
Dekat situ, (jet menunjukkan arah tersebut)Dengan itu mereka terus bergerak ke arah yang ditunjukkan oleh jet.
Time skip...
Mereka telah sampai ke tempat persembunyian uno, mereka berjalan masuk dan mendapati bahawa tempat itu lengang seperti tiada penghuni.
YOU ARE READING
Ejen Ali: Side Story
FanfictionMusuh di masa silam bangkit kembali untuk membalas dendam, mampukan ejen ali dan rakan-rakannya melindungi M.A.T.A....