BAB 16

144 18 1
                                    

Pagi2 buta lagi mak Adele telah menelefonnya dan memberitahu ingin berjumpa di bandar. Adele buntu ingin ke sana naik apa? Dia dah trauma naik bas sorang2 sejak kene kejar dengan orang jahat pada tempoh hari.

  "kau call lah Syafiq." cadang Adele.

  "syafiq tak de kat sini,dia pergi Ipoh" balas Kiera. Adele mengeluh. Tiba2 dia teringat seseorang. Pantas dia mendail nombor Izzan dan memintanya untuk datang segera.

   Adele menunggu Izzan di luar pagar. Sebuah motor berhenti di hadapannya. Izzan membuka helmet
Eh tu Izzan ke?. Sebab dia memakai tudung sarung berwarna pink coklat. OMG! Adele menelan air liur. Sape pulak ni?

  Orang itu pun mengangkat mukanya. Izzan! Adele hampir menjerit tetapi pantas dia menutup mulutnya. Apa Izzan buat ni?!

  "Hai Adele, cantik tak tudung i nii..." Izzan buat gaya mak nyah. Adele hampir ketawa tapi ditahannya.

  "Izzan jangan buat lawak masa ni. Cepatlaaa..."

  "Ok jom" Izzan menghulurkan satu lagi helmet ke Adele. Adele teragak agak ingin mengambilnya. "naik motor? " tanyanya.

  "Yelah! Takkan terbang!" eh2 menjawab pulak mamat ni. Adele menjeling. "Tapi kita tak boleh naik motor . Nanti bersentuhan laa saya kene peluk awak lah apa lah semua!"

  Izzan menyinsing lengan bajunya. "cik Adele,dont worry... awak tak payah peluk saya nanti. Awak pegang besi kat belakang tu hah lagipun awak takkan jatuh punya. Pastu di tengah2 antara kita saya letak beg. " jarinya menuding ke sebuah beg yang berada di atas motornya.

  "so kita takkan bersentuhan pun. Jangan risau k." Izzan mula naik ke atas motorsikalnya. Adele terpegun. Tak sangka, lelaki ini begitu menghormatinya walaupun dia tidak menutup aurat sepenuhnya. Untung siapa dapat Izzan!

  Adele pun naik ke atas motor Izzan. Beg diletakkan di antara tengah2 antara mereka.

   Izzan memarkirkan motornya di tempat khas untuk motor sahaja. Izzan membetulkan tudungnya sedikit. Orang yang lalu lalang disitu memandang Izzan dengan pandangan yang pelik. Lelaki pakai tudung. Dahlah baju hitam,seluar hitam jeans. Haih...

  Telah beberapa kali Adele memaksa Izzan membuka tudungnya tetapi Izzan degil . Katanya dia berminat kerana pertama kali dia nampak tudung tu kat pasar malam dia terus beli dan pakai.

  Adele agak malu. Dahlah dia berdiri di sebelah Izzan. Aduh! Lelaki pun retu pakai tudung inikan aku pulak original perempuan.

  Akibat tak tahan sangat, Adele menarik tudung yang dipakai oleh Izzan. Izzan cuba menghalang. Beberapa orang yang berada di situ hanya mampu melihat. Ada yang ketawa, ada yang menggelengkan kepalanya mungkin menganggap dieorang tu gila dan ada yang cakap "aummm sweetnya dieorang!" Ewww.!

  Tiba2 satu suara menyapa Adele. "Adele?"

  Serta merta Adele menoleh ke sisi. Hah? Mak! Adele tersengih.

  Izzan mendengus. "Janganlah rosakkan tudung ni. Rm10 tau saya beli!" Izzan memberitahu Adele tentang harga tudung pula.

  "Mak" Adele menyalam tangan ibunya dan memeluknya lama. Rindu yang teramat. Maklumlah tinggal jauh.

  Izzan terpaku melihat kecantikan mak Adele. Wah! Orang putih mak kau! Pandangan Izzan bersilih ganti. Sekejap pandang Adele. Sekejap pandang Mak Adele.

  "asal muka korang sama?" tanyanya pada Adele. Adele menepuk dahinya.

  "Ni mak saya" bisiknya di telinga Izzan. Izzan terbatuk batuk sedikit.

  "Hai auntie". Inilah mak Adele yang berasal dari luar negara tu. Ya Allah cantiknya ciptaan Tuhan. Mak cantik anak pun cantik. Untung sape dapt mak dia. Untung jugak sape dapat anak dia huhu.

Demi Kita Where stories live. Discover now