32: Pilihan

242 21 0
                                    

Kaku dalam keriuhan,
statis dalam keramaian.

Bersuara minda,
jiwanya melangah.

Lurus langkahnya,
berliku jalannya.

Indah senyumnya,
melompong tawanya.

Bersinar matanya,
saru retak empangannya.

Mahunya -
mengacir.

Rahsia yang menyanggah;
mendiamkan bibir yang
mahu berbicara,
menyepikan jiwa
yang mahu berkata-kata.

Pilihan yang ada -
mematung.

7 Disember 2017 ;
12:40 AM

Puisi: PilihWhere stories live. Discover now