Lucinda POV
Masa amat pantas berlalu. Sudah dua bulan keadaan menjadi sunyi dan damai. Tiada tanda-tanda musuh akan kembali untuk menyerang. Namun, aku tidak boleh berdiam diri dan lalai. Musuh mungkin mempunyai rancangan lebih strategik daripada sebelumnya. Sebarang kemungkinan boleh saja berlaku. Disebabkan itu, aku sentiasa bersedia. Apabila musuh datang, aku akan menyerang mereka.
Ibubapa aku menginginkan aku tinggal bersama mereka tetapi aku menolak. Aku berkata kepada mereka yang aku akan kembali ke pangkuan mereka apabila tiba masanya. Untuk seketika, aku tidak boleh tinggal bersama keluarga ku. Perbuatan aku membuat mereka risau tetapi Harry selalu sahaja memujuk mereka dan meminta agar mereka membenarkan apa sahaja tindakan aku. Papa, dia tidak mahu aku melakukan sesuatu sesuka hati kerana dia tidak ingin kehilangan aku. Aku faham perasaan itu. Tetapi, aku tiada pilihan. Aku harus meninggalkan mereka dan mencari tahu rancangan musuh. Keadaan aku dan keluarga aku agak tegang. Aku berasa bersalah kepada mereka. Harapan aku sekarang hanyalah Harry. Aku harap papa boleh mendengar kata-kata Harry.
Sekarang, Harry kembali ke istana untuk memperbaiki hubungan kekeluarga. Takeru dan Hikari juga kembali ke rumah mereka. Emmet Durley pula tinggal bersama keluarganya. Manakala ahli kumpulan yang lain terus kekal berada di dalam rumah ku. Aku dan Minami Ken kekal berada di dalam rumah Eros. Kami tinggal berdekatan kerana kami ingin membuat persediaan apabila musuh datang menyerang. Perasaan aku menyatakan yang peperangan besar akan berlaku tidak berapa lama lagi. Pelbagai kemungkinan boleh terjadi semasa peperangan. Oleh kerana itu, aku menulis jurnal di dalam sebuah buku catatan berkulit keras.
Di dalam buku itu, aku menyatakan bahawa kematian Eros mungkin memberi ketenangan kepada Sylvia. Semenjak Eros pergi, Sylvia tidak lagi muncul. Aku juga boleh merasakan kuasa The King of Envoy menjadi milik ku sepenuhnya. Aku bebas membuat keputusan tanpa dipengaruhi oleh Sylvia. Aku masih ingat bagaimana salah faham antara Sylvia dan Eros akibat orang ketiga. Sylvia seorang gadis yang berhati suci dan baik manakala pendirian Eros pula berubah daripada baik kepada jahat akibat masalah kekeluargaan. Kemarahan Eros menyebabkan Eros ingin membalas dendam kepada bapa kandungnya. Manakala, Sylvia pula tidak memahami Eros sepenuhnya. Hatinya sentiasa bercelaru. Dia tidak tahu siapakah yang perlu dia sebelahi. Akhirnya, dia memutuskan untuk mengorbankan diri demi memerangkap Eros setelah kemusnahan dunia magik berlaku.
Kemusnahan selama 200 tahun langsung tidak dapat diperbaiki sehinggalah permilihan mage istimewa yang baru. Permilihan itu dibuat semasa kemunculan mage di dunia manusia untuk kali pertama. Kemunculan mage di dunia manusia seolah-olah memanggil atau menyeru kami ke dunia magik. Jika aku ingat, gadis berjubah putih yang selamatkan aku semasa usia aku 7 tahun sebenarnya Sylvia. Sylvia memilih aku kerana dia percaya bahawa aku mampu membunuh Eros manakala Demolucia Sword memilih aku kerana Demolucia Sword percaya yang aku mampu menjadi The King of Envoy. Di saat itu, aku langsung tidak tahu aku bukan manusia. Namun, segalanya terbongkar apabila kemunculan Suez Knessdar Fothe semakin bersinar. Kemunculan lelaki yang memberi aku parut di leher itu semasa aku masih bayi telah membongkar segala rahsia tersimpan. Keluarga, keturunan dan darah yang mengalir di tubuh ku terbongkar semasa usia aku 17 tahun. Aku ingin memarahi keluarga aku tentang rahsia tersebut tetapi jika difikirkan semula, semua yang terjadi berpunca daripada aku. Jadi, aku hilang keupayaan untuk bersuara dan cuba menerima kenyataan.
Takdir menyatakan yang aku akan mati tetapi aku cuba melawan takdir itu. Aku bersyukur apabila aku boleh menikmati kehidupan ini sebaik sahaja aku sedar dari koma yang merupakan kesan daripada percubaan untuk menghentikan pergaduhan Emmet dan Tadashi. Walaupun, aku hampir mati....walaupun aku kehilangan kuasa magik dan aku hampir hilang keupayaan untuk bergerak, tetapi aku bersyukur yang aku masih boleh hidup. Aku menerima kenyataan yang aku sudah menjadi manusia biasa tetapi apabila muncul masalah di dunia magik, aku tidak boleh berdiam diri.
Aku kembali menjadi pahlawan dunia magik walaupun aku tidak mempunyai kuasa sihir. Usaha aku menyebabkan kuasa sebenar ku lahir dan The King of Envoy yang sebenar kembali. Malangnya, tiada berapa lama selepas aku mendapat kuasa aku, Eros pergi meninggalkan aku. Aku pernah menyoal adakah kuasa yang aku dapat ini dibayar dengan kematian Eros? Jika itu bayarannya, aku tidak perlu kuasa ini. Tetapi, apabila aku fikir mengenai takdir ku, aku rasa kematian Eros dan kuasa aku tiada kaitan. Kematian Eros semuanya kerana Ziel Darco. Disebabkan itu, aku memutuskan untuk menentang Ziel Darco.
Peperangan antara aku dan Ziel, mungkin akan memberi dua kesan negatif, iaitu sama ada kami berdua mati atau aku membunuhnya. Aku tidak akan membiarkan Ziel melakukan kejahatan. Disebabkan itu, aku meramalkan dua kesan tersebut. Kesan positif dari peperangan ini, Ziel akan menjadi mage lebih baik dan memiliki kehidupan lebih mulia. Apa pun hasil daripada peperangan ini, aku akan terima dengan hati yang redha.
Jika kesan peperangan ini ialah aku dan Ziel harus pergi bersama, aku ingin memberi semua asset ku kepada keluarga aku berserta permohonan maaf kerana aku banyak membuat mereka risau tentang hidup aku. Jika kesannya ialah aku membunuh Ziel, aku akan memohon maaf dan semadikan Ziel bersama keluarganya. Jikalaulah, Ziel akan menjadi mage lebih baik, aku mendoakan kebahagiaan Ziel.
Ziel Darco POV
Lucinda sememangnya kuat. Aku tidak menyangka yang serangannya memberi kesan kuat kepada aku. Sampai sekarang aku masih berasa sakit di dada aku. Namun, perasaan aku jauh lebih sakit apabila dia tidak mahu menerima aku. Aku tidak boleh memahami alasan Lucinda memilih jalan yang tidak bahagia. Dia menyeksa dirinya. Keadaan akan menjadi mudah jika dia meninggal segalanya dan menjadi milik ku. Lucinda, aku tidak pernah mempunyai keinginan untuk memiliki kau sekuat ini. Selepas kejadian lima tahun lalu, aku melihat tangisan kau kerana lelaki yang kau cintai tidak mempercayai kesetiaan kau.
Aku sangka kau mati dalam peperangan itu. Tetapi apabila aku mengetahui kau masih hidup, aku mengharapkan kebahagiaan kau. Aku sanggup melupakan semua kejahatan asalkan kau datang kepada ku. Malangnya, kau memilih jalan bertentangan. Lucinda, maafkan aku. Aku tidak ingin menentang kau tetapi aku tidak mahu menghentikan kejahatan ini. Jika aku tidak boleh memiliki kau, tiada siapa boleh memiliki kau. Aku rela mati di tangan kau. Jika kau mahu menghentikan aku, kau harus membunuh aku. Dalam hidup aku, aku sudah kehilangan segalanya. Aku menolak untuk melihat kau bahagia bersama orang lain. Disebabkan itu, aku memilih untuk mati di tangan kau.
Di dalam catatan ini, jika aku mati, hanya satu sahaja yang aku ingin, iaitu aku menginginkan kau mengingati aku. Oleh itu, seluruh harta keluarga Darco, aku akan turunkan kepada Lucinda Fergusson a.k.a Yoshikawa Emi. Tujuan aku memberi harta ku kepada Lucinda, bukan kerana aku ingin Lucinda hidup dalam keadaan bersalah tetapi aku sudah tiada sesiapa. Jadi, harta ku akan ku serah kepada wanita yang aku cintai. Inilah catatan terakhir ku.
I only can see you but cannot touch you. You are like a moon and I'm like a living things on the world. The distance between us is greater than the distance between our world and moon. Whatever your choice, I never want to prevent you. But, I never want to stop my plan because it is my choice. Only my death, you can achieve your goal, Lucinda
-Ziel Darco, the only man that love you-
YOU ARE READING
Mage (Missing King) Book 5
FantasySelepas Lucinda menghentikan pergaduhan Emmet dan Tadashi, Lucinda lenyap bersama Eros. Demolucia Sword milik Lucinda musnah dan semua orang menganggap yang Lucinda sudah tiada. Selepas pemergian Lucinda, keadaan dua belas orang mage istimewa beruba...