20

2.2K 73 1
                                    

AINUN'S

aku sekarang tengah sambung degree. daripada aku form 4 sampai diploma, aku dapat biasiswa daripada syarikat yang sama tau. so degree ni aku trylah mohon biasiswa daripada syarikat tu. alhamdulillah. dapat.

aku pun dah buat research pasal company tu. ok je. dia jual kain2. alah macam jakel tu. ha lebih kuranglah. yang aku tau pasal ceo dia. nama ceo syarikat tu emm.. tan sri omar bin ahmad. tak silap aku dia tubuhkan syarikat tu dengan isteri dia. tapi tak mentionlah nama isteri dia.

aku pun ada tanya hairil jugak pasal syarikat tu. sebab aku tak pernah dengar nama syarikat kain tu. hairil kata kat malaysia ada cuma tak famous sangat. famous kat luar negara. tapi aku pelik jugak dia macam tau banyak pasal company tu. dia kata dia pernah apply kerja kat situ. tapi tak dapat. sebelum interview tu dia buatlah research macam2. aku ada usik dia cakap entah2 tu company bapak dia sebab nama ceo tu sama dengan ayah dia. tapi dia kata bukan. atuk dia nama hamid. aku biarkan jelah.

"hoi minah! termenung apa?" sergah anep.

ha! aku lupa. anep sekarang tengah sambung degree jugak. tapi course doktor2. apa benda entah dia bagitau haritu.

aku terjumpa dia pun masa kat kafe haritu. masa tu aku baru2 masuk jugaklah. aku gi makan dengan member aku, tiba2 anep ni tegur. lepas anep blah, mulalah member aku ni puji si anep melambung2.

ada satu benda yang buat aku tak senang hati. aku tak bagitau hairil. kalau aku bagitau nanti dia emo dengan aku. tapi kalau tak bagitau, nanti dia nampak lagi dia tak tegur. tak tau aku kenapa si hairil ni anti dengan anep. aduhai.

"aik? aku tegur pun termenung lagi ke?" kata anep.

"diam bongok. kat library ni." marah aku dalam keadaan berbisik.

"duduk luar jom?" ajak dia dalam keadaan berbisik jugak. aku pun kemas barang2 aku dan pergi berambus keluar library. kitorang duduk dekat meja luar library.

"sibuk ke?" tanya anep.

"bolehlah. banyak jugak assignment kena buat ni. nak minggu depan. aduh. sakit otak aku." aku mengeluh. anep sengih2.

"nep. aku nak tanya something ni. tapi aku harap kau tak ambik hati ke apa." kata aku.

"ha apa?"

"kau lepas spm gi mana ek? tak dengar khabar berita pun?" tanya aku slow. takut anep ni marah. dia ni boleh tahan panas baran.

"eleh kau. entah nak dengar entahkan tidak berita aku. kau dah naik form 5, ada geng mana borak dengan aku. yelah. dah hot kan." perli anep. ni aku malas nak tanya ni. mengungkit jelah mamat ni.

"alah kau ni. mana ada. kau tu ha busy memanjang dating dengan sarah." kata aku cuba salahkan dia.

"eh? marah aku balik pulak?" kata dia.

"yelah2. lepas spm aku pergi ikut mama aku balik new zealand. parents aku ada problem sikit. so aku duduk sana, sambung study kat sana. tapi tahun lepas mama aku kata balik malaysia sebab dah lama sangat tak jumpa papa aku. diorang pun dah baik2 sebab papa aku datang pujuk mama aku banyak kali. tu aku balik sini. tapi aku nak sambung degree so aku masuk sini. saing2 kau jugak aku masuk." cerita anep.

"oh. lah kau ek. takde nak say goodbye kat aku pun masa balik new zealand." kata aku.

"heh. kau sendiri tengah sibuk dengan hairil kau tu. mana nak kisah aku." perli dia lagi.

"ah kau. lepas spm aku dengan dia tak baik lah. gaduh. adalah hal sikit." kata aku. malas nak ingat.

"alah kesiannya makcik debab kita ni." usik anep. aku ketuk kepala anep guna pencil box aku. dia menggosok kepalanya sambil mencarut.

"ainun!" tiba2 satu suara jerit nama aku. sarah.

"eh sarah! kau study kat sini jugak? course apa?" tanya aku lepas peluk sarah.

"course farmasi." balas dia ceria. kemudian dia duduk sebelah anep dan cium pipi anep.

"errr.." aku tak tau nak cakap apa. sarah ni pakai tudung labuh tau. baju pun longgar. tapi..

lepastu sarah sengih2 tengok aku dah lain macam.

"guess what? kami dah kahwin." kata sarah ceria sambil memeluk lengan anep dan letakkan kepala atas bahu suaminya.

"what? dah kahwin? bila? kenapa semua member aku kahwin aku tak tau ni?" tanya aku terkejut.

"well.. kitorang kahwin tahun lepas!" balas sarah masih ceria. tapi aku tengok anep.. macam dipaksa senyum.

"kenapa aku tak tau pun? kat instagram, facebook, twitter, takde apa2 pun pasal gambar korang?" tanya aku lagi. pening.

"hehe. kau je tak perasan tu. adalah." balas sarah. anep masih senyap.

"ye kot. anyway. tahniah guys. korang ni cute la. daripada sekolah menengah bercinta. tup2 dah kahwin. jelesnya aku." kata aku. tiba2 handphone aku berbunyi tanda ada orang call. hairil.

"hello assalamualaikum. makan? ha. aku kat library ni. kau tunggu kat kafe. aku datang." aku matikan talian.

"erm. korang. aku pergi dulu. member ajak makan. bye." kata aku sambil kemas barang2 dan berlalu pergi.

"bye." sarah melambai kepada aku.

SARAH'S

kami hanya senyap sepanjang perjalan balik ke rumah. anep pulak muka berkerut je. masuk rumah pun hempas pintu.

"erm.. awak.. nak.." belun sempat aku habiskan ayat aku, anep terlebih dahulu tolak aku ke dinding dan meletakkan kedua2 tangannya ke dinding membuatkan aku terperangkap. muka anep merah.

"kenapa kau cakap macam tu depan dia ha perempuan?" anep menahan marahnya.

"cak.. cakap.. apa..?" tanya aku tergagap2.

"cakap yang kita kahwinlah!" jerit dia sambil menumbuk dinding yang betul2 sebelah telinga aku. kaki aku dah menggeletar. aku dah terduduk kat lantai.

"sa.. saya.." aku dah menangis. kepala aku sakit. sakit sangat2.

"eh kau kena ingat! aku ni kahwin dengan kau sebab aku nak bertanggungjawab atas apa yang aku buat je tau!! sebab taknak family aku dan kau malu! tapi sekarang anak haram tu dah mampus!! aku pun memang dah lama tunggu dia mati! sebab aku tak sabar nak lepaskan kau!" tengking anep. aku dah tersedu2 menangis.

"awak.. jangan.. jangan ceraikan saya.." rayu aku sambil peluk kakinya. anep tolak aku. kemudian dia mencangkung depan aku dan mencengkam pipi aku dengan tangan dia yang besar.

"aku tak kisahlah kau nak cerai ke tidak, yang penting, aku nak kahwin dengan ainun." kata anep macam orang psiko. kemudian dia lepaskan pipi aku sekuat hatinya dan berdiri nak naik ke bilik.

aku bangun. aku kuatkan diri untuk bersuara melawan dia.

"aw.. awak tak boleh ceraikan saya!" jerit aku. tapi anep masih terus menaiki tangga.

"se.. seb.. sebab.. saya.. mengandung!" jerit aku. anep berhenti di tengah tangga.

"apa?" dia berhenti dan berpatah balik ke arah aku.

"sa.. saya meng.. mengandung." balas aku sedikit menggigil sebab aku nampak urat kat dahi anep dah timbul.

"sejak bila aku sentuh kau ha perempuan!? sejak bila!? entah dengan jantan mana kau sangkut! kata aku pulak!" tengking anep.

"2 minggu lepas! awak mabuk masa balik rumah! lepastu masa saya nak tidur awak tiba2 bukak pintu bilik saya dan awak.. awak.." jijik untuk aku ingat peristiwa malam tu. macam bukan anep yang aku kenal. anep terdiam. dia meramas kuat rambutnya.

"lepas tu sepatutnya minggu tu saya period. tapi tak. saya pun rasa pening2. saya pergi klinik. doktor kata saya pregnant." sambung aku perlahan.

"dan. saya. tak. pernah. disentuh. lelaki. selain. awak." kata aku satu persatu. anep terus tinggalkan aku.

Kupujuk HatimuDonde viven las historias. Descúbrelo ahora