2 Tahun lepas...
"Dia tinggal aku weh! Teruk sangat ke aku sampai dia pergi cari orang lain. Aku rasa aku dah buat yang terbaik. Apa yang dia nak semua aku try bagi tapi kenapa weh?! Omaigad kenapa sia? Aku kemurungan lah macamni."
Miya hanya mendengar luahan hati seorang sahabatnya. Dia tunduk mencari idea bagaimana mahu memberi semangat kepada sahabatnya.
"Janganlah diam! Janganlah buang minyak motor aku semata-mata nak jumpa kau sebab aku tau kau sorang je yang faham aku . Janganlah diam!" kata Haikal. Rakan baik Miya yang dikenali dari sekolah rendah.
Kenal je dari sekolah rendah dari darjah1 tapi tau nama jelah. Ceh,ayat macam dah best friend forever bertahun-tahun! Miya dan Haikal baru rapat ketika mereka berada di Tingkatan3. Nampak bodoh bukan? Tetapi fakta . Mereka ditempatkan di satu kelas di Tingkatan3. Pada mulanya, Miya agak 'akward' apabila bercakap dengan Haikal tetapi tiba-tiba ter-rapat. But don't worry, Haikal ada girlfriend sendiri,Miya pun ada someone dalam hati dia.
"Kau diam sekejap boleh? Aku tengah fikir! Aku pun taknaklah membazir duit uber aku nak datang sini jumpa kau lepastu aku tak cakap apa-apa, mestilah aku kena bebel tapi japlah sabar!" respon Miya. Tidak tahu bagaimana mahu menasihati Haikal lagi.
Yang Miya faham tentang kisah cinta Haikal ni, Haikal couple dengan seorang senior. Mungkin disebabkan dia senior, pemikirannya agak matang dan agak malas melayan seorang 'budak' macam Haikal. Dari dulu, Haikal kata dia asyik layan lelaki lain tetapi katanya sayang Haikal je. Tapi dia cara dia layan Haikal boleh dilihat sangat ketara dan berbeza. Nampak sangat macam malas layan. Miya dah cakap dari dulu putus sahaja tetapi Haikal terlampau sayang. Dan Miya juga tidak faham dengan senior tu. Kalau tak suka Haikal, straight to the point! Ini tidak,sekejap okay,sekejap gaduh. Aish! Selalu sangat gaduh tetapi kalau dah baik tu sweet tahap potong kaki lah pula! Siap plan nak kawin hari apa tahun apa. Eee!
Dan sekarang senior tu telah meninggalkan Haikal atas sebab dia sudah berubah hati. Kesian! Tidak boleh dinafikan Haikal seorang lelaki yang baik dan sentiasa mengikuti kemahuan senior itu tetpi susah juga orang yang tidak tahu menghargai ni hm
Moral of story : Hargailah orang yang sayang kita. Okay bye jom sambung cerita.
Suasana sepi menemani Miya dan Haikal. Tiba-tiba, Xiomi Redmi 4A milik Miya yang diletakkan di atas meja batu berbunyi menandakan ada masej whatssap yang masuk. Miya buat tidak endah ,otaknya sibuk mencerna apakah yang harus dilakukan untuk membuatkan Haikal gembira seperti dulu lagi.
Haikal mencapai telefon bimbit Miya. Password dimasukkan. Memang sejak mereka rapat , Haikal mengatahui semua password akaun milik Miya termasuk password telefon. Macam mana boleh taktau? Sama je semua password so yea.. Haikal membuka whatssap yang baru masuk. Ianya dari bae Miya, Haqimi namanya.
' we meet after i'm sure that i can make you halal for me' - haqimi
Haikal tidak faham. Dia memandang Miya yang sedang tunduk berfikir sejenak sebelum menyambung scroll whatssap Miya bersama Haqimi. Jika mereka ada masalah? Mengapa Miya tidak cerita? Jarang sekali Miya dan Haikal berahsia.
Haikal terkejut membaca isi-isi whatssap Miya bersama Haqimi. Haqimi itu pelajar Tingkatan4 yang sangat cemerlang. Jarang sekali ada gred selain A dalam markah peperiksaannya. Malah, Haqimi juga tercalon sebagai Ketua Pengawas pada tahun hadapan. Haqimi juga seorang yang kuat pegangan agamanya sehingga lansung tidak berjumpa dengan Miya ketika mereka berkongsi perasaan yang sama. Meraka hanya berkomunikasi didalam whatssap.Apabila selisih di sekolah, seorang menghalakan pandangan kebarat dan seorang lagi ketimur. Ya, lain dengan hubungan Haikal dan senior itu,hubungan mereka diketahui oleh semua warga sekolah.Miya lebih selesa berahsia. Ini pun, hanya Haikal seorang sahaja yang mengetahuinya dan seorang juga rakan Haqimi yang tahu.
Miya dan Haqimi baru sahaja berkongsi perasaan selama 3 bulan. Miya mula berasa tidak selesa apabila keputusan peperiksaan Haqimi sedikit jatuh dan menyalahkan dirinya atas sebab itu berlaku.Miya ada beritahu Haiqal perkara tersebut dan dia bercadang untuk memutuskan hubungannya bersama Haqimi demi kebaikan Haqimi dan dirinya sendiri. Kata Miya lagi, pada tahun hadapan Haqimi Tingkatan5 dan akan menduduki peperiksaan SPM. Sebelum ini, Haqimi kerjanya chatting dengan Biologi dan Kimia sahaja. Hadir Miya dalam hidupnya, sudah pasti masanya lebih banyak diluangkan bersama telefon bimbit. Miya juga takut hubungannya bersama Haqimi tidak berpanjangan apabila Haqimi keluar dari sekolah dan menyambung pengajiannya di universiti. Haqimi orang pertama yang mengusik hatinya jadi dia tidak mahu disakiti.
Haikal tidak menyangka Miya benar-benar melakukan apa yang dia katakan. Ya, Haikal sudah hadam perbualan Miya bersama Haqimi. Pada mulanya, Haqimi menolak tetapi siapa je mampu kalah apabila berdebat dengan manusia yang dinamakan perempuan bukan?
Haikal memerhati mata Miya . Ya. Sudah sahih lah perkara ini. Mata Miya juga kelihatan seperti baru lepas menangis.
"Ha aku dah tau!" kata Miya secara tiba-tiba. Ideanya sudah keluar untuk menasihati Haikal. Haikal memerhati Miya dengan pandangan kosong. "Aku taknak dengar apa-apa." katanya . "Alah! Membazirlah duit aku bayar Uber!" cebik Miya. Haikal menunjukkan perbualan Miya bersama Haqimi. Miya tergamam. Bila dia ambil telefon aku? Lansung tidak perasan!
"Kau nak nasihatkan aku tetapi kau pun sedang sakit hati, adil ke?" tanya Haikal.
"Aku dah biasa.." jawab Miya . Air matanya jatuh. Haikal hanya merenung simpati, pertama kali dia melihat Miya menangis di hadapannya. Selama ini Miya hanya kata 'aku nak menangis' kepada Haikal di perbualan mereka dalam aplikasi watssap.
"Kenapa tidak beritahu aku? Mengapa pendam? Kenapa pretend okay keluar dengan aku, dengar masalah aku sedangkan hati kau juga sedang hancur?" tanya Haikal bertalu talu. Miya mengusap air matanya lalu tersenyum.Dia mengangkat bahu.
Jauh disudut hati , Haikal sangat mengangumi Miya. Gadis itu mempunyai masalah keluarga tetapi tidak pernah menunjukkan perasaannya terhadap orang lain. Boleh tersenyum dan tergelak seperti biasa. Kalini, melibatkan hati dan perasaanya. FIRST LOVE. Haikal yang sudah banyak love ni juga meroyan setiap kali break. Apatah lagi first love bukan?
'Aku tak mampu nak jadi macam kau' detik hati Haikal. Sekali lagi , suasana sepi menemani mereka berdua.
"Assalamualaikum."
Miya dan Haikal sama-sama berpaling. "Waalaikumusalam." jawab mereka serentak.
Haikal memandang Miya. Ada rona merah pipi sahabatnya itu. Mengapa? Yang memberi salam kepada mereka itu Emir namanya. Emir seorang rakan sekolah mereka. Miya meminati Emir kerana Emir seorang yang handal apabila bersuara di khalayak ramai (minat dengan bakat Emir) dan Emir juga seorang team dakwah sekolah. Cara Emir menyampaikan dakwah amat memberikan kesan di hati Miya.
"Kindly remind.Tidak manis korang duduk berdua macamni. Boleh menimbulkan fitnah walaupun di tempat orang ramai." tegur Emir.
Ya, bakat Emir itulah yang membuatkan Miya meminatinya.
Haikal memandang lagi muka Miya. Dia menahan gelak. Merah habis dah ni,
"Bro,kau pun tau kitorang kawan rapat. Ini sesi meluahkan perasaan kepada sahabat." kata Haikal kepada Emir.
Emir duduk disebelah Haikal. "Lain kali ajaklah aku sekali." kata Emir lalu ketawa.
Kehadiran Emir mengusir suasana sunyi.
...
how starter?
vote, comment. Muah
YOU ARE READING
square love
Teen Fiction(im so failed on writing synopsis so read please) "Triangle love is so weird!" - Miya "Tapi kes kau ni dah jadi square love, sedar tak?" - Mira . "Aku first love dia....Takkan senang sangat dia lupakan aku..." - Haqimi . "Tapi.... Dia pernah suka ak...