Chapter : 40

2.6K 232 8
                                    

Ryan memegang tangan kanan Ren kerana risau dia hilang sepanjang berada di akuaria. Ren terpegun dengan kecantikan ikan-ikan di situ.
Aryn, William dan Lily berjalan bersama di belakang mereka. Manakala Tyra, Raizel, Qi, Kiri dan Hazel berjalan di bahagian lain.

"Abang, cantiknya ikan tu..." Ren memerhatikan seekor ikan yang berwarna purple dan biru.

"A'ah lah... Abang pun rasa macam tu" Ryan melihat ke arah ikan yang dimaksudkan.

"Abang, ikan tu pun cantiklah!" Ren menunjukkan ke arah seekor ikan yang berwarna merah dan oren.

"Banyakkan ikan cantik di sini?" Ryan memandang muka Ren.

"Semua cantik!" Ren membalas.

"Nampak gembira je Ren tu kan?" Aryn memerhatikan wajah Ren.

"Yalah, dah lama dia tak jalan-jalan..." balas William pula.

"Korang memang kenal dia ke? Mak ayah dia pun?" soal Lily.

Aduh soalan maut keluar dah..

"Kitorang baru kenal dia semalam. Mak ayah dia kami tak tahu, sebab Ryan jumpa dia pengsan depan hospital" Aryn menerangkan keadaan Ren.

"Aik, tak fahamlah... cerita sikit" Lily berada pening dengan cerita yang diceritakan.

"Begini... semalam, Ryan berjalan-jalan di sekitar hospital. Lepas tu, dia jumpa Ren pengsan. Dia mintalah nurse bawa Ren masuk. Ren pun dirawat dan diletakkan di sebelah katil Ryan. Macam tulah..." Aryn menceritakan satu per satu.

"Oh, jadi korang tak tahu dia anak siapa lah ni?" soal Lily.

"Ya..." Aryn menjawab pendek. Harap-harap dia tak tanya dah.

"Kak Aryn, Kak Lily, Abang William! Abang Ryan panggil untuk makan tengah hari!" panggil Ren beberapa meter dari mereka.

"Ya!!" jerit Aryn.

"Korang nak makan apa?" soal Ryan.

"Awak belanja ek?" soal Lily.

"Ya..."

"Kalau macam tu, saya nak nasi ayam!" Lily mengorder.

"Saya pulak sizzling!" Aryn menyedut makanan yang diingininya.

"Aku nak nasi goreng cina" giliran William order makanannya.

"Ren nak apa?" soal Ryan.

"Saya...nak....nasi ayam sama dengan Kak Lily!" Ren tersenyum ceria.

"William tolong aku" arah Ryan.

"Okay" balas William.

Sementara Ryan dan William membeli makanan, Aryn dan Lily berbual bersama Ren.

"Eh, korang tak panggil Raizel dengan yang lain-lain ke?" soal Lily.

"Dah, Ryan dah bagitahu dah. Sekejap lagi diorang sampai lah..." balas Aryn.

"Hai, korang! Sorry lambat!" Kiri menegur dari belakang.

"Panjang umur, baru sebut tadi..." balas Aryn.

"Duduklah" kata Lily.

"Mana William dengan Ryan?" soal Raizel.

"Beli makanan... korang nak makan apa? Hantar wakil bagitahu Ryan dia belanja..." kata Aryn.

"Baiknya dia belanja hari ni..." balas Hazel pula.

"Okay, aku wakil korang nak makan apa?" Tyra menyoal.

"Saya nak nasi claypot!" Hazel mengorder.

"Saya pulak nak nasi goreng cina!" kata Qi.

"Saya nak bihun goreng!" kata Raizel.

"Bihun sup" kata Kiri ringkas.

"Okay, tunggu kejap ya?" Tyra berjalan ke arah Ryan dan William.

Mereka memerhati dari jauh. Tiba-tiba Raizel bersuara.

"Ren kan?" soal Raizel.

"Ya. Kenapa abang Raizel?" soal Ren.

"Panggil abang Rai je. Panjang sangat bila tambah 'abang'. Ni, abang nak tanya kenapa kamu masuk hospital?" soal Raizel.

"Saya pengsan..." balas Ren.

"Ibu bapa mana? Diorang tahu ke?" soal Raizel.

"Diorang-" belum sempat Ren berkata apa-apa Aryn memotong.

"Ibu bapa dia tak tahu sebenarnya. Cerita dia macam ni..." Aryn menceritakan cerita yang sama yang diceritakan kepada Lily.

"Oh, macam tu..." balas Raizel.

Aryn cuba untuk menukar topik supaya tidak disoal lagi.

"Raizel, macam mana plan kita?"

"Semua berjalan lancar..." balas Raizel.

"Oh, baguslah" balas Aryn semula.

"Makanan dah sampai!" Ryan datang membawa makanan-makanan yang di order.

"Terima kasih Ryan, belanja makan" Qi tersenyum.

"Sama-sama" Ryan membalas senyuman Qi.

"Ryan, lepas ni nak balik terus ke?" soal Raizel.

"Kejap. Ren, larat lagi tak?" Ryan menyoal Ren.

"Bertenaga!" jawab Ren. Nasi penuh di pipinya. Ryan mengambil tisu dan mengelap pipi Ren.

"Nasi penuh kat pipi lah" Ryan ketawa melihat muka Ren.

"Maaf..." Ren pula ketawa.

"Korang ni macam adik-beradik je kami tengok" Tyra menegur Ryan.

"Kalau Abang Ryan betul-betul abang Ren mesti seronok" kata Ren.

Ryan hanya tersenyum memandang Ren. Dia mengusap kepala Ren.

"Kenapa abang?" soal Ren.

"Takda apa. Dah, jom kita pergi... Fun fair!"

"Yeay, funfair!" Ren menjerit teruja pula.

Yang lain-lain hanya melihat telatah mereka. Mereka tersenyum. Hanya Ryan yang memahami Ren kerana dia seorang sahaja tahu apa yang benar-benar berlaku pada Ren.


The Fallen AngelWhere stories live. Discover now