Hye guys sorry lambat update. Ada banyak benda nak buat sampai kadang-kadang terpaksa tangguh nak sambung buat cerita ni. Tapi apapun nah ambik! sekali 4 bab aku update sebagai tanda rasa bersalah aku pada korang. Author harap korang semua suka lah😢
-Author Pov-
-Malaysia-
Setelah selesai mengebumikan jenazah Encik Ismail, kesemua ahli keluarga Daniaelle pulang kerumah Encik Ismail semula. Mereka semua duduk berkumpul diruamg tamu rumah yang gah ini bersama kesedihan yang masih menemani mereka. Manakala Daniaelle pula hanya berpura-pura menenangkan uminya yang masih bersedih diatas kematian Encik Ismail bagi mengelakkan diri disyaki apa-apa nanti.
"cepat betul arwah pergi meninggalkan kita. 3 tahun yang lepas arwah Mak yang tinggalkan kita dulu, dan sekarang arwah Ayah pulak yang ikut mak." kata ibu saudara Daniaelle yang dikenali sebagai Mak Ngah dengan suara yang serak.
"tu lahh.. secara tiba-tiba je ayah pergi.. mesti ada something ni.. Doktor tak cakap apa-apa ke punca kematian ayah?" soal Umi Daniaelle pada semua penghuni yang berada di ruang tamu tersebut.
"Assalamualaikum" kesemua penghuni yang berada di ruang tamu tersebut mengalihkan perhatian mereka kearah pintu utama untuk melihat gerangan manusia yang memberi salam tadi.
Kesemua ahli keluarga Daniaelle berasa pelik dengan kehadiran beberapa anggota polis yang tiba-tiba datang kerumah mereka. Manakala Daniaelle pula hanya tersengih melihat kedatangan anggota polis tersebut. Disebelah anggota polis pula, berdirinya bapa Daniaelle iaitu Tan Sri Nickman Abdullah.
"walaikumsalam. ye? ada apa datang kemari?" soal bapa saudara Daniaelle yang hanya dikenali sebagai Pak Long.
"nick kenapa polis tiba-tiba datang ni?" soal bapa saudara Daniaelle pula yang dikenali sebagai Pak Tam.
"ha'ah. kenapa ni bang?" soal Umi Daniaelle kepada suaminya. Tan Sri Nickman hanya diam sahaja, tidak menjawab pertanyaan dari ahli keluarganya itu. Dia bingung kerana tidak tahu bagaimana harus memulainya.
"bawak bertenang semua.. macam ni.. saya dan rakan-rakan saya datang kesini adalah arahan daripada Tan Sri Nickman dan Encik Hafzan." kata salah seorang anggota polis yang dikenali sebagai Inspektor Zaidi kepada penghuni diruang tamu tersebut.
"hah? kenapa pulak ni bang?" soal ibu saudara Daniaelle yang hanya dikenali sebagai Maksu kepada suaminya, Encik Hafzan.
"err macam ni tuan-tuan dan puan-puan semua. Doktor Hamzaid ada bagitahu kepada Tan Sri Nickman punca Encik Ismail meninggal bukanlah disebabkan beliau sakit tua ataupun penyakit serangan jantungnya datang menyerang tapi disebabkan.." Inspektor Zaidi berjeda lama pada kata-katanya.
"tapi disebabkan apa?" soal Zuldfan yang tiba-tiba membuka mulut ingin tahu.
"Encik Ismail terminum racun yang berbisa ketika beliau sedang minum ubat yang diberikan. Dan kemungkinan besar ini adalah kes pembunuhan yang sengaja dilakukan." jelas inspektor Zaidi.
"HAHHH??!!" semua penghuni diruang tamu tersebut berasa terkejut dengan kenyataan yang dibuat oleh Inspektor Zaidi tadi. Tetapi tidak bagi Daniaelle. Dia hanya menyembunyikan sengihannya apabila mendengar ucapan dari Inspektor Zaidi.
"bunuh? sape pulak yang nak bunuh ayah ni?"
"jangan nak merepek.. siapa yang berani nak buat kerja gila tu?"
"jangan nak main-main pasal benda ni boleh tak? ingat kelakar ke?"
luah ketidakpuasan hati sanak - saudara Daniaelle apabila kenyataan tersebut keluar dari mulut Inspektor Zaidi.
"tenang.. tenang semua.. saya tahu kalian semua pasti susah untuk terima hakikat ini tapi kami, pihak polis telah melakukan siasatan mengenai kematian Encik Ismail.. Dan sisatan tersebut mendapati beliau mati akibat terminum ubat yang mengandungi racun ular tedung Selar." jelas Tuan Sivanesan yang berpangkat koperal kepada ahli keluarga Daniaelle.
"astaghfirullahalazim" Tiada apa yang mampu menggambarkan suasana dalam hati sanak saudara Daniaelle setelah mendengar ayat yang keluar dari mulut Koperal Sivanesan itu.
"dan kami datang kesini adalah atas arahan Tan Sri Nickman dan Encik Hafzan untuk melakukan siasatan kepada semua pihak yang berada disini. Harap kalian memberi kerjasama" kata inspektor Zaidi pula.
"apa maksud Tuan? Tuan nak kata pembunuh tu sekarang berada dengan kitaorang?"
"ha'ah. Tuan nak tuduh kami yang membunuh bapak kitaorang sendiri? what the hell? ingat kitaorang ni apa?"
"err bawak bertenang semuaa.. maaflah saya bukan nak cakap apa.. tapi doktor Hamzaid sendiri cakap pada saya, ayah mati bukan disebabkan sakit tua.."
"yee kitaorang tahu ayah mati sebab terminum racun ular.. masalahnya takkan nak tuduh kitaorang kott" kata-kata Tan Sri Nickman terhenti apabila kakak iparnya yang hanya dikenali sebagai Puan Fuziah memotong percakapannya.
"bukan nak tuduhh.. kitaorang cuma nak tahu macam mana kes ini boleh berlaku. bayangkanlah selama ini ayah minum ubat yang Ariff selalu bagi tak ada apa-apa pun berlaku tapi kali ni tiba-tiba boleh keracunan. so mestilah ada seseorang yang meletakkan racun ular tersebut dalam botol ubat ayah untuk bunuh ayah" jelas Encik Hafzan kepada sanak saudaranya sehingga membuatkan yang lain terdiam.
" tolong bagi kerjasam semua. saya tahu encik-encik dan puan-puan kat sini masih sedih atas peninggalan arwah, tapi tak salahkan kalau kita nak membela kematian arwah Encik Ismail? takkan nak biarkan pembunuh tu berkeliaran disini kott" ujar koperal Sivanesan seraya memberi pandangan kepada ahli keluarga Daniaelle.
"ermm.. sekarang ni terpulang lah pada kalian semua nak membela ataupun tak kematian ayah ni" kata Encik Hafzan kepada keluarganya yang lain
"Sure ke pembunuh tu ada dalam kalangan kita?" soal Puan Fuziah kepada Encik Hafzan.
"takpe kita try dulu.. inshaallah kebenaran itu akan terungkap" balas inspektor Zaidi.
"amacam?" soal koperal Sivanesan kepada kesemua ahli keluarga Daniaelle sama ada setuju ataupun tidak untuk membuat siasatan terhadap kematian Encik Ismail.
Kesemua ahli keluarga Daniaelle bersetuju untuk pihak polis melakukan siasatan terhadap kematian Encik Ismail.
"Baiklah kalau macam tu saya minta kalian semua berkumpul disebelah sana dan akan disoal siasat satu persatu oleh anak buah saya. Manakala saya dan Koperal Sivaneson bersama yang lain akan mengcheck satu kediaman ini kalau-kalau ada sesuatu benda yang mencurigakan" kata Inspektor Zaidi yang dipersetujui oleh saudara-mara Daniaelle.
Tanpa membuang masa lagi pihak polis tersebut mulai menjalankan tugas mereka.
'kau tunggu nasib kau Ariff Sial!' kata Daniaelle didalam hati. Dia sudah tidak sabar untuk melihat drama yang seterusnya.
.
."Tuan! Saya terjumpa sesuatu!" kata salah seorang anak buah inspektor Zaidi, membuatkan kesemua penghuni dalam rumah tersebut menumpukan perhatian mereka kepada pihak polis tersebut.
"apa dia?" soal inspektor Zaidi sambil berjalan datang kearah anak buahnya itu.
"ini.." salah seorang pegawai polis itu memberikan sebuah botol doublemint kepada inspektor Zaidi.