💞DPC 22

8.1K 342 4
                                    

" Kau okey tak ni?" soal Aafiyah. Dia hanya mampu memandang wajah lesu Arisha. Haih, nak buat macam mana. Dugaan masa mengandung.

" Okey..cuma itulah, Fikri tak bagi aku buat kerja. Tadi bukan main marah dia bila aku pegang cawan padahal nak minum je pun." adu Arisha. Nak menangis rasa bila Fikri memarahinya. Nasib suaminya cepat saja memujuk kalau tidak memang tidur luarlah gamaknya malam ni.

" Eloklah kau tak payah buat kerja. Kandungan kau fragile lagi. Rest banyak-banyak, esok jangan kau hentam daging banyak pulak kang naik blood pressure kau." nasihat Aafiyah.

" Ish kau ni..Dengan aku jangan berani nak keluarkan aura doktor kau tu. Aku bukan apa, nanti aku tak buat kerja apa-apa ada pulak yang mengata. Kau macam tak tahu dalam rumah ni ada langau.. Berdesing je telinga aku dengar bunyi dia."

Aafiyah ketawa. Arisha ni sempat lagi duk mengutuk. Dia tahu sangat 'langau' yang dimaksudkan Arisha itu siapa.

" Lantak dialah weh.. Dia bising pun bukan buat kerja sangat. Duk jaga kuku pontianak dia tu. Konon-konon cantiklah ada kuku panjang macam tu padahal tak tahu banyak bakteria yang melekat kat kuku dia." cebik Aafiyah. Dari tadi si Iffa hanya reti mengarah, buatnya tak pun.. Kesian dia tengok adik sepupunya asyik jadi mangsa. Sekali sekala dia ada menyampuk tapi malaslah nak bertekak dengan orang tak faham bahasa ni. Buat sakit hati ja!

" Aku keluar dulu. Kejap lagi lepas Isyak, Seri nak pakai inai. Kalau kau nak join kau keluarlah bilik." Aafiyah membetulkan selimut dikaki Arisha. Kemudian dia keluar dari bilik itu. Tidak mahu menganggu sahabatnya itu berehat.

Aafiyah masuk ke biliknya pula. Mahu merehatkan tubuh yang agak penat. Baru saja meletakkan kepala ke bantal, bunyi pintu dikuak kedengaran. Dia hanya membiarkan saja kerana dia tahu siapa gerangan yang masuk. Mata sengaja dipejamkan.

" Kesian isteri abang ni, penat.." Zaim mengusap pipi Aafiyah dengan perlahan-lahan. Tidak mahu menganggu lena isterinya. Dia terus bangun masuk ke bilik air. Mahu mengambil wuduk.

Usai mengambil wuduk, Zaim duduk dibirai katil membelakangkan Aafiyah. Menunggu waktu Isyak masuk. Penat sangat dia rasa hari ni tapi seronok. Dapat beramah-tamah dengan orang-orang kampung, suasana yang dia jarang dapat kalau berada di bandar.

" Abang menungkan apa tu? Fiya ada je kat sini.. Ingatkan apa?" laju tangan Aafiyah memeluk pinggang suaminya. Dia sengaja sebenarnya. Tahu yang Zaim ada wuduk tapi sengaja nak buli Zaim.

" Tadi bukan Fiya tidur ke? Nakal isteri abang ni,ya." ditarik hidung Aafiyah manja.

" Abang penat? meh sini Fiya urutkan. Kesian suami saya ni, penat.." ucapnya sambil tangan naik ke bahu Zaim seraya mengurut bahu suaminya.

Zaim pejam mata. Rasa selesa dengan urutan Aafiyah. Lega sikit sengal-sengal dibahunya tadi.

" Cukuplah.. Fiya pergi ambil wuduk, kita jemaah sekali. Abang pun kena ambil wuduk sekali lagi gara-gara isteri nakal abang ni."

Aafiyah ketawa manja. Suka dapat buat Zaim geram dengannya. Sebab selalu dia jadi mangsa usikkan lelaki itu.

🐝🐝🐝

Pegun Aafiyah melihat Zaim yang sedang menyikat rambut. Bibir diketap. Suami siapa handsome sangat ni. Haih.. dia punya abs bikin hati i cair.

" Abang pakai smart malam-malam ni kenapa? Saja nak bagi perempuan kat luar sana usha abang ke?" cebik Aafiyah. Dia tak suka!

Zaim ketawa tengok wajah cemberut isterinya. Dia menghampiri Aafiyah yang elok duduk dihujung katil lantas dia duduk melutut menghadap isterinya.

Dia..Painkiller cintaku ©️Where stories live. Discover now