5 | Nightmare

78 9 2
                                    

Farah mengelap peluh dingin yang mula membasahi seluruh wajahnya. Mimpi sebentar tadi membuatkan nafasnya tidak teratur. Jantungnya berdetak hebat.

Farah memandang Yusra yang nyenyak lena dibuai mimpi disamping. Sejak bila kakaknya sampai pun, dia tak pasti. Farah bangun dari pembaringan. Telefon bimbitnya dicari didalam laci.

Cahaya dari telefon membuatkan dia sedikit silau. Namun dia masih nampak jam kini. Pukul 3 pagi.

Air diatas meja diambil dan diteguk perlahan. Fikirannya menerawang memikirkan mimpi itu tadi. Mengenangkan mimpinya sebentar tadi juga membuatkan dia jadi seram sejuk. Airil pucat, kenapa dengan pisau?

Mimpi ngeri. Ah mungkin berlaku kerana tidak membasuh kaki.

Farah ingat! Sebelum tidoq basuh kaki! Baca tiga kul, ayat kerusi jangan lupa DOA tidoq! Letih macam mana pun hang, jangan tinggal semua tu. Lebih elok kalau ada wudhuk!

Ya, itulah pesanan daripada Zatul. Acap kali jika dia bercerita tentang mimpi ngeri yang seringkali bertandang.

Ku Nazatul Fatihah dan Nur Aryn Munira. Tempat dia bergantung dan bercerita. Mereka berdua adalah sahabat yang dikenalinya dari dalam group Whatsapp. Hebat bukan?

Gelas kembali diletak ditempatnya. Pandangan dibawa ke tingkap, melihat kegelapan langit. Gemerlapan bintang tidak menonjol lagi. Langit hitam semata-mata. Dimanakah bulan?

Dia sering terbangun pada waktu sebegini dan inilah yang bakal dilakukan untuk membuatkannya sedikit tenang. Melihat bulan dan bintang. Itulah salah satu sebab mengapa dia meminta katil ditepi tingkap hospital ini.

Sekarang pukul 3 pagi. Kalau di rumah, pastinya dia mempunyai masa satu jam lagi sebelum mempersiapkan barang jualan.

Hatinya tiba-tiba terasa sayu. Dia tak tahu kenapa. Seakan mahu menangis tapi dia tak mampu. Kegelapan malam itu dipandang Farah dengan perasaan bercampur baur sebelum dia sendiri terlelap.

SUARA seseorang yang terasa hampir dengannya membuatkan lena Farah terganggu. Perlahan-lahan matanya dibuka walaupun tubuhnya seakan enggan. Mahu sambung tidur lebih lama lagi.

Kornea matanya cuba menstabilkan apa yang dilihatnya sekarang.

"Good morning Farah. Sleep well?"

Farah mengerdipkan matanya berkali-kali. Sekejap, dia melihat Airil dan sekejap dia melihat wajah lelaki yang tidak dikenalinya.

Apabila dia mengerdipkan matanya sekali lagi, wajah lelaki yang bersut doktor semakin jelas. Dia mengeleng perlahan. Dasar hayalan!

"Awak tak cukup tidur ke?"

"Hah?" pantas Farah menggeleng lagi apabila doktor itu sudah salah faham dengan gelengan dia tadi.

Doktor itu tersenyum manis membuatkan Farah ikut tersenyum tipis. Laju je kau Farah. Tahulah hensem!

"Kenalkan saya Syafiq, doktor yang akan merawat awak sekarang"

Kenyataan yang diungkapkan doktor itu membuatkan dahi Farah berkerut diikuti senyumannya yang sudah hilang.

Mana datang doktor ni? Asal kena rawat aku? Habis mana doktor yang selalu rawat aku tu? Pelbagai persoalan menjengah mindanya sekarang. Pelik pun ada. Sumpah pelik.

"Saya nak periksa awak. So, how do you feels now? " soal Syafiq apabila melihat Farah hanya diam. Mungkin masih bingung.

"Ok je" Farah hanya diam memerhati Syafiq yang tekun memeriksa nadi dan degupan jantungnya. Sesekali melirik kearahnya.

"Mana kakak saya?" soal Farah apabila sudah siap diperiksa.

"Dia dah balik tadi. Katanya sekejap lagi dia datang balik."

Farah hanya mengangguk perlahan. Dilihat Syafiq yang juga melihatnya. Sebenarnya banyak soalan yang hendak ditanya tapi macam tak terluah pulak.

"Awak jangan stress selalu. Nanti berisiko untuk mental awak. Cuba tenangkan dan kawal diri kalau awak stress. Ok?"

"Saya pergi dulu. If anything just call me"

Sekali lagi Farah hanya mengangguk tanpa membalas apa-apa. Biasalah tu, nasihat yang selalu dikatakan doktor. Kadang-kadang muak jugak. Diorang cakap memang senang tapi aku yang hadap ni yang susah. Haih.

Dipandang lelaki itu yang semakin hilang dari pandangan.

Keluhan kecil dilepaskan. Dah dapat doktor hensem tapi kenapa still tak gembira eh? Demand ye Farah! Hmm.

Seketika itu, Farah mengelamun. Entah kenapa wajah doktor itu kini bermain di mindanya. Bukan kerana rupa paras nya sahaja. Tetapi aura yang dimilikinya amat berbeza. Bagaikan aura si 'dia'. Pintu bilik dikuak dari luar, seorang wanita atau lebih tepat seorang jururawat menatang makanan dia dalam dulang dan menuju ke arahnya. Argh ini yang membuatkan dia menyampah 'melawat' hospital. Makanan untuk tetamu langsung tidak menyelerakan!

Rasa seperti ubat! Tiada perasan. Sudahlah warna pun tidak menarik. Huh dasar hospital. Jururawat muda itu menatang bubur ayam. Bubur ayam kononnya. Langsung tidak kelihatan batang hidung ayam! Eh ayam ada batang hidungkah!? Lantak lah.

Muka jururawat itu hanya ketat sahaja, langsung tidak tersenyum. Ish ini lagi satu masalah. Ingat dia tu lawa sangat? Sampai taknak senyum! Manusia zaman sekarang. Tahulah kulit dia putih melepak. Muka macam artis Korea. Tapi sombong!

Ish ini kalau cerita dekat Zatul dengan Aryn mesti mereka menyuruh dia menangkap gambar, sebagai bukti muka jururawat itu ada seiras korea. Diorang kan kpopers sejati.

Farah dengan susah payah menelan bubur ayam yang tidak layak digelar bubur sekali pun. Rasanya seperti nasi putih yang dilenyek kemudian dituang air suam semata-mata. Kemudian ditaburkan daun sup sebagai hiasan. Huh pandai sangatlah kau Farah. Fitnah hospital.

Telefon Farah berbunyi menandakan mesej masuk.

Apabila melihat pengirimnya terus dia menutup telefon  tanpa membaca. Ya dari  si 'dia'

'Sekarang bukan masa yang sesuai untuk memaafkan.' Gumam Farah lalu meneruskan usaha menelan bubur palsu itu

___________________________________

Author chit n chat
@Miznyra_
SoulClam__

Soul: Maaf maaf maaf maaffffff!
Nyra: Kenapa-knapa?!
Soul: Kan kita dah lama tk update. Busy punya pasal.
Nyra: Itu lah. Busy dgn life. Hw. Orientasi. Problems.
Soul: Kami Cuba untk mngupdate dgn lebih cepat. Tapi tulah. Macam mna nk tulis kalau mood pun xada
Nyra: Kami serabut sikit dkat real life and wattpad pun buat hal...
Soul: Oui! Anyways kepada readers yang still membaca Merci beaucoup! (Abaikan ejaan!)
Nyra: Yes thank you so much! Kmi dpt feedback yg positive
Soul: Smpai disini sahaja! Aurevoir -.-
Nyra: Anyeong!

--------------------🌸🌸🌸------------------------

Cerita ini bukan untuk populariti akan tetpi untuk menyimpan pahit dan manis kenangan yang kami simpan.

Mudah mudahan Allah sentiasa melindungi semua watak-watak ini di dalam kehidupan harian mereka
AMIN.

All love from,
Nyra&Soul.
2018 | 5 Jan
AiFar

AiFarWhere stories live. Discover now