Untitled Part 17

182 4 0
                                    

"Ok lepas ni kalau kita berhenti lagi kat mana-mana saya akan jerit kat semua orang...Hai saya bersama Ahmad Sufri ni...penyanyi popular. Siapa yang nak salam, selfie, sain autograf, datanglah...",sindirku

Dia ketawa dengan kuat...

"Boleh...boleh...",ujarnya.

"Hai...biasanya saya drive sorang-sorang balik Singapore, boring gile...Kali ini lain sangat...dah ada penghibur", guraunya lagi

"Ee..", aku mengajuk sebutan wajib yang biasa ku dengar keluar dari mulutnya...

"Oo..dah pandai ajuk cakap orang Singapore ee..!"

"Awak pernah datang Singapore"soalnya mengubah topik perbualan.

"Pernah.."

" Bila...?"

"Selalu...dalam mimpi", aku pula bergurau.

"Serius la..."

"Ok..Ok...saya pernah datang sekali...trip dengan rakan-rakan guru...mana la saya mampu nak datang selalu..Barang-barang Singapore mahal, lagipun Ringgit Malaysia mana boleh tanding Dollar Singapore" ceramahku panjang...

"Eh, ye ke...? Bagi saya orang Malaysia la kaya...masuk tandas pun bayar kot",sindirnya.

"Jangan nak sindir-sindir ye...Bukan rezeki awak banyak kat sini ke...? Ramai lagi peminat awak kat sini kan....! Tak baik cakap macam tu tau..!",getusku ..agak emosional dengan statementnya tadi.

"Saya cakap betul la...mana ada sindir...Saya sedar diri la..Kalau tak ada Malaysia...tak ada la Ahmad Sufri" ujarnya sambil menggosok-gosok matanya..

"Ee.."

" Tapi saya suka Singapore tau"getusku lagi

"Ye ke...? Kenapa..?"soalnya

"Kebersihan terjaga...,pentadbiran tersusun...,pemandangan yang cantik-cantik...,bertutur Bahasa Melayu baku...,rata-rata rakyatnya tak suka buang masa."

Dia memandangku sambil tersenyum bangga.

"Macam saya kan, saya tak suka buang masa",ujarnya bangga.

"Tapi...ramai orang cakap warga Singapore ni sombong orangnya...sorry ee..",aku tersengih padanya.

"Ye ke...? Saya tak pun", ngomelnya.

"Kalau awak sombong, awak ingat orang Malaysia nak minat awak ke?",soalku lagi.

"Tapi saya tak sombong dengan awak kan walau awak bukan peminat saya..",apa yang dia merepek pula ni..

"Mana awak tahu saya tak minat awak..?", soalku menduga..

"Oo...jadi awak minat saya la ye..!tq...tq..",tersenyum meleret dia memandangku.

"Eh...eh perasaan.." ,aku terperangkap dengan kata-kata sendiri..

"Awak nak tau tak kenapa orang beranggapan Singaporean ni sombong..?",soalku.

"Saya dah tahu..."

"Kenapa ?",soalku

" Sebab....kita orang semua hidung mancung...hidung mancung sama dengan hidung tinggi kan...Hidung tinggi tu maksudnya sombong kan..",dia ketawa puas dapat mempermainkan aku.

"Ha...tu la sebabnya kitaorang beranggapan negatif pasal kauorang...bila cakap asyik masuk bakul angkat sendiri je..!",ku kenakan dia balik.

"Alamak..",getusnya.

"Orang Melayu sana asal cakap je speaking tak kira tua atau muda..",ujarku lagi.

"English kan bahasa rasmi kita orang",katanya.

"Tu la pasal, mulanya sebelum kenal orang-orang sana, saya pun beranggapan sama, tapi bila difikirkan itulah faktanya...orang ramai akan paling banyak bertutur dalam bahasa rasmi kan"

"Aa..that's true..!"

"Macam awak le..."

"Kenapa pula dengan saya?", soalnya penuh cuak.

"Bila normal, awak cakap Melayu je dengan saya...tapi bila sakit...habis awak meracau dalam English...nasib baik la saya lulus dalam English masa exam dulu..."

"Hehe...",pecah derai tawa lunaknya.

Aku cuma tersenyum melihat keletahnya. Kenangan 1001 malam lewat malam tadi kembali mengimbau di ingatan...Semasa dia menggigil tu macam-macam jugak racaunya...Aku malas nak layan sebab aku memang letih sangat malam tadi...Entah kenapa tiba-tiba dia membelok kereta ke kiri menuju ke hentian rehat highway PLUS...penat agaknya, lama memandu..Ada beberapa buah kereta turut berhenti di situ...

Dia memberhentikan kereta di sebelah hujung sekali..kebetulan di situ agak teduh kerana dibayangi pokok ketapang yang rendang dahannya.

"Huh...."dia melepaskan keluhan panjang sambil menanggalkan topi dan mengusap rambutnya dari depan ke belakang...lantas menyandarkan kepalanya pada belakang kusyennya. Kasihan melihatnya.

"Awak letih memandu ya...tak pe nanti lepas solat Zuhur, saya drive pulak...",ujarku sambil memandang simpati padanya.

"Tak de lah...saya ok je...",katanya sambil mengalihkan badannya betul-betul menghadapku...lalu ditanggalkan kacamata hitamnya dan merenung lembut ke arahku...ah..mata itu...mata yang sering mengingatkan aku pada seseorang...

"In fact...,I want to thank you a lots for your kindness...for your helpful.... and for your caring last night.."dia terhenti dalam nada serius...Menyesal pula aku timbulkan isu ni..dah 'mood' sedih balik...

"Saya sebenarnya..malu sangat pasal malam tadi" ,tak sangka pula dia ungkapkan kata-kata itu.

Eh.. bukan aku ke yang kena malu...Aku yang dipaksa tanggalkan baju kan...!,getus hatiku..

"I,m so sorry....Saya nak minta maaf sangat-sangat kat awak pasal malam tadi...Saya memang sangat-sangat menyusahkan awak...Demi Allah apa yang berlaku malam tadi bukan disengajakan apatah lagi dibuat-buat oleh saya untuk ambil kesempatan atas awak ok..Saya betul-betul sakit...Sakit yang belum pernah saya alami sepanjang hayat saya..."

Ditenungnya aku dalam-dalam. Aku bagai dipukau untuk mendengar kata-kata seterusnya.



SUMPAH CINTAWhere stories live. Discover now