Cuti.
Aku suka cuti.
Cuti bermaksud aku tidak pening dengan masalah berkaitan dengan sekolah. Cumanya, kertas exam aje yang kena semak.
"Eh, Al. tak melawat anak murid kesayangan kau ke arini?"
Aku baling bantal kecil terus ke muka Amira. Ish, baru nak aman hidup aku.
Amira ketawa. Kuat sambil pegang perutnya. Seronoklah tu. " Yelah, tunjuk rasa concern kau kat dia ke?"
"Takde maknanya. Kau nak kena semburan naga tu? Semalam tu berkali kali dah aku kena. Takkan nak tambah pulak arini? Kau ingat muka aku ni suka sangat nak menghadap dia ke?"
Amira sambung ketawa. "Manalah tau kan kot-kot dia dia jatuh hati kat kau ke? Lepas tu eloklah dia berubah, kan?"
Elok sangat la idea Amira ni. Idea bernas mana dia cedok ni? Dalam lumpur?
"Selisih malaikat 44."
"Kau jangan. Sekali Emir Hafiz tu suami kau, aku orang paling suka."
"Amira Jehanna! Kau gila ke?" Aku sudah menjerit.
Tak hendak aku. Dahlah muda lagi daripada aku, mafia sekolah pulak tu. Tambah lagi perangai memang bukan-stok-sejuk-perut-bakal-mak-pak-mentua memang aku rejek awal-awal dah. Nak cari suami cari yang bernyawa sikit, ada sejuk perut nak memandangnya. Kalau Emir Hafiz, hari-hari memang panas melahar jawapnya. Siap pakej boleh panggang daging BBQ agaknya.
"Aku gurau ajelah."
Amira angkat tangan, tanda menyerah apabila aku membaling bantal kecil ke arahnya bertubi-tubi. Nah, rasakan. Bagi lagi idea luar alam tu.
"Tapi, serius kau tak nak melawat ke?" Muka Amira kembali serius.
Aku jongket kening sambil pandangan diarahkan ke kaca televisyen. Kebetulan babak yang menarik dimainkan.
"Malaslah nak menghadap muka Emir tu. Semalam tu dah beberapa kali kena. Telinga aku ni lama-lama boleh pekak sebab Emir tau."
"Ohhhhhh. Takpelah."
Hairan. Kenapa suaranya macam bunyi kecewa sahaja mendengar jawapan aku?
"Kau ni kenapa? Beria semacam aje suruh aku melawat Emir. Jangan-jangan kau yang dah jatuh hati dengan Emir ni?"
Bulat mata Amira. Dia menggeleng pantas. "Kau gila?"
Baru tahu perasaan aku bila kau kenenkan aku dengan mafia tu.
"Haaa, dah tu?"
Amira tersengih. Jari telunjuk kanannya dilagakan dengan jari telunjuk kirinya beberapa kali. Aku jongket kening sebelah. Weird. Something fishy in here.
"Haa, kau kenapa?!"
"Oh mak kau!"
Aku tergelak. Latah jugak si Amira ni rupanya. Tangan Amira pantas memukul belakang badan. Apa kena dengan minah ni?
"Takdelah. Kalau kau melawat Emir tu boleh lah aku ikut sekali." Dia tersengih sambil garu pipi.
Menarik.
Si Amira mana pernah kisah tentang Emir sebelum ini. Tolong mengutuk Emir bagi pihak aku adalah. Takkan sebab semata-mata Emir masuk hospital dia tiba-tiba berubah jadi baik? Nak melawat Emir.
"Cuba cerita kat aku, apa yang kau nak buat ni sebenarnya? Takkan kau tiba-tiba baik hati nak melawat Emir? Musykil pulak aku."
Aku garu dagu. Perhatian sudah tertumpu ke arah Amira yang sudah memerah pipinya. Nah, sudahku agak! See! Mesti ada something.
"Cakap dengan aku, kau nak jumpa siapa ni?"
"Masa aku balik aritu, aku terjumpa seseorang."
Bulat mataku. wow! "Siapa?"
"Adalah, someone." Amira berteka teki dengan aku.
"Siapa? Cleaner handsome ke?" Amira pukul lengan aku.
"Bukanlah. Doctor handsome."
"Hmmmmmmmmmm.... Berkhidmat kat hospital yang Emir admitted tu ke?"
Amira angguk laju. Rupanya. patutlah gatal semacam aje nak melawat Emir. Ada udang di sebalik maggi. Nak melawat orang lain. Melepas rindu.
"Then? Kau nak ushar dia pastu buat adengan 'tiba-tiba-terjumpa-kat-hospital-sebab-teman-kawan-melawat-anak-murid' gitu?" aku buat serkap jarang.
Amira tersengih lagi.
"Macam mana kau tahu ni?"
"Beb, ini cerita cliché Melayu kau boleh tengok anytime. Dalam novel lagi banyak sampai aku hafal jalan cerita."
Amira tolak bahu aku." Tak sporting la kau ni."
Aku jongket bahu sambil menoleh ke arah telefon yang tiba-tiba bergetar. Aku kerut dahi apabila melihat nombor yang tertera di skrin telefon. Siapa ni?
Whatsapp.
Siapa?
Sebaik sahaja ikon view aku gesek, sumpah malam tu jugak aku diserang insomnia.
********************************************************************************************************************
********************************************************************************************************************
Firstly, saya minta maaf sebab lewat update dalam minggu sebab fon dengan lappy sekali ada problem. so, terpaksa tunggu pulih dulu baru dapat publish.
Secondly, atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, maka H = S akan diupdate setiap Khamis. Sorryyyy, guys.
YOU ARE READING
HUBBY = STUDENT
ChickLitKahwin dengan anak murid? Althea buat rolling eye. Itu kisah typical Melayu. Tapi itu cerita sebelum dia belum posting lagi. Kisah lepas posting? "Cikgu, nak kahwin dengan saya tak?" "I love you cikgu." Althea sengih sampai gusi. Hari-hari dengar...