World Wars

676 8 0
                                    

Amalan ritual ILLUMINATI terhadap penyembahan syaitan bukanlah suatu pembohongan. Ianya telah wujud sejak dari zaman berzaman di dalam lipatan sejarah manusia. Ianya wujud secara tersembunyi dengan menjadikannya sebagai suatu rahsia sulit terbesar dikalangan Para Golongan Elit yang mengunci rapat akan kewujudannya daripada diketahui oleh masyarakat umum. Siapakah Golongan Elit ini dan apakah agenda sulit mereka? Temui jawapannya pada bahagian akhir topik ini.

Gambar Illustrasi Adolf Hitler

Para kuncu dan proksi-proksi ILLUMINATI, pementasan drama dan illusi pembohongan ke atas pentas sejarah dunia semasa mengetuai Jerman, yang kononnya untuk memimpin pakatan Axis ketika siri Perang Dunia Kedua (WW2), Fuhrer Nazi, Adolf Hitler pernah menyebut yang dipetik sebagai berkata:

"ThenationalismwilluseitsownrevolutionfortheestablishingofTheNewWorldOrder."

Amerika dan para sekutunya telah menggelar Angkatan Tentera Nazi sebagai suatu kuasa jahat yang akan menggugat keamanan dunia dan menjadi punca kepada tercetusnya SIRI PERANG DUNIA KEDUA. Adolf Hitler juga telah dilabelkan sebagai seorang penjenayah kemanusiaan kerana telah membunuh berjuta-juta orang Yahudi di dalam Peristiwa Holocaust. Tetapi golongan Yahudi yang bagaimanakah yang telah dibunuh oleh Angkatan Tentera Nazi yang diketuai oleh Adolf Hitler?

Peristiwa Holocaust

Pada satu sisi yang tidak kita sedari, AdolfHitler sebenarnya adalah salah seorang anggota di dalam satu pertubuhan rahsia (Secret Societies) di Eropah, di mana pertubuhan rahsia tersebut tidak menggunakan satu nama yang khusus bagi mengekalkan kerahsiaannya. Walaupun pertubuhan rahsia tersebut tidak mempunyai satu nama yang khusus, tetapi simbol penyatuan ILLUMINATI yang digunakan oleh mereka adalah sama seperti pertubuhan-pertubuhan rahsia sulit lain yang ada di dunia ini. Di sepanjang era pemerintahannya di Negara Jerman, Adolf Hitler merupakan seorang pemimpin yang kelibatnya hanya dapat dilihat semasa ia memberikan ucapan di dalam upacara-upacara rasmi negara itu seperti upacara perbarisan ketenteraan bagi meniup semangat Angkatan Tentera Nazi dan rakyat Negara Jerman yang menyokongnya.

Adolf Hitler Semasa Upacara Perbarisan Angkatan Tentera Nazi

Manakala pada waktu-waktu yang lain, ia banyak menghabiskan masa bertemu dengan anggota-anggota kerajaannya untuk memperbincangkan mengenai strategi-strategi peperangan dan halatuju Negara Jerman setelah selesainya 'Zaman Ketegangan Politik Dunia'. Mesyuarat dengan para anggota kerajaannya itu berlangsung secara tertutup. Tetapi walaupun mesyuarat tersebut melibatkan persiapan rapi mengenai peperangan, ianya jarang sekali dihadiri oleh para pegawai tertinggi ketenteraannya di dalam kebanyakan mesyuarat-mesyuarat yang telah diadakan. Kepada peminat-peminat dan mereka-mereka yang menyanjungi dan memuji-muji KEPERWIRAAN ADOLF HITLER, sedarlah bahawa anda semua telah terpedaya dan tertipu disebalik topeng syaitannya.

Pada saat kekalahan Angkatan Tentera Nazi, Adolf Hitler dikatakan telah lari bersama ahli keluarganya untuk membunuh diri dengan disaksikan oleh para pegawai tertinggi di dalam kerajaannya. Namun, benarkah Adolf Hitler telah mati begitu sahaja dan apa yang terisi di dalam kuburnya? Adakah benar bahawa Adolf Hitler mati dengan membunuh dirinya seperti apa yang tertulis di dalam sejarah dunia? Dan mengapa tiada pengganti kepada kedudukan Adolf Hitler untuk meneruskan dasar-dasar yang diperjuangkan olehnya dan memperkuatkan lagi Angkatan Tentera Nazi sedangkan ia mempunyai ramai pegawai-pegawai bawahan yang amat taat dan setia kepadanya?

Di dalam menjawab segala persoalan di atas, para penulis sejarah dunia memperjelaskan bahawa sebenarnya tiada seorang pun daripada para pegawai bawahannya yang benar-benar taat dan setia kepada Adolf Hitler termasuk pihak ketenteraan dan kerana itu jugalah tiada sesiapa pun yang mahu meneruskan dasar-dasar yang diperjuangkan oleh Adolf Hitler. Jika benar bahawa Adolf Hitler berseorangan di dalam memperjuangkan segala dasar-dasarnya, mengapa ia tidak ditangkap oleh pihak Angkatan Tentera Nazi sendiri dan menghukumnya tanpa perlu menunggu 'Serangan' daripada Gabungan Perikatan iaitu Negara Amerika, Britain dan para sekutunya?

RAHSIA & KONSPIRASIWhere stories live. Discover now